Friday, September 04, 2009

Kenapa tak menulis??









Orang tanya kenapa aku tak menulis. Aku jawab sebab aku dah bosan menulis. Aku mahu melukis pulak. Lukis gambar2 manusia. Lukis wajah2 manusia. Aku suka, dan aku tak peduli kalau orang lain tak suka
Ya, aku bosn menulis. Noktah!



18 comments:

Mazarina said...

cantiknyerr..memang cam real

Nafastari said...

Cik Tini, cantiknya lukisan tu! Lama tak bersua.. Harap semuanya baik2 sahaja di sana. Dah alang2 melukis tu tolonglah lukis potret kami skeluarga, boleh? Kami nak balik M'sia Oktober ini.

*Mawar Nafastari* said...

kamu memang berseni!

cantik, suka lukisan itu.. :)

||chickserame|| said...

wow....very nice..nk tgk real gambo saye...hehe

Anonymous said...

salam.

Wanita Seni.

saya mengagumi karya dan seni awak. Kenapa tanak menulis? Bosan? Iya, sudah bosan menulis? Janganlah begitu. Sy kepingin membaca tulisan awak disini. Alirannya penuh tersurat. Menulislah kembali.

Seni.seni. Terlahir dari lakaran foto awak. Mungkin boleh suatu masa saudari melakar gmbr wajah saya pula ya.


Teruskan menulis.
Jangan biarkan rajuk itu berpanjangan.

sutera putih

Hartini Omar said...

tuan mazarina,
-terima kasih banyak

ahmad,
-hantarkan pada saya gambar kamu sekeluarga. saya terlalu sudi melakarnya, i'allah

mawar,
-terima kasih banyak. sekadar hasil tangan yg tak seberapa

sue,
-gambar ko ada akak lukis. nanti dtg tgk ye.. hehe

tuan sutera,
-saya kehilangan kata2, kerana itu saya berhenti menulis. saya kehilangan diri, entahkan bila dapat bertemunya kembali

..saya juga masih menanti..

terima kasih semua

Bila Diary Bercerita said...

Keindahan seni ada masanya boleh di tintakan dengan mata pena ada kalanya boleh dilakarkan sahaja.

Cantik sekali lukisan Tini.

KopiahPuteh said...

Dulu..masa kecik2 saya sangat berminat serta agak berbakat dalam bidang seni ini.Tapi sekarang,saya tak tahu ke mana hilangnya bakat itu.Apapn,saya masih lagi sangat teruja bila dapat bersua dengan orang yang berbakat seperti kamu.
Silalah lawat blog saya juga.
Lutfi.

Hartini Omar said...

kak aishah,
-terima kasih banyak. tangan2 yg diberikan tuhan kak. saya hanya perantaranya

tuan kopiah putih,
-anda itu adalah lutfi yang selalu datang dulu2 ke teratak buruk saya kah? terima kasih menyinggah. gunakan bakat itu, untuk lebih dekat kepadaNya

subhanallah..

terima kasih kalian berdua

AeyRuLjOe said...

sumber inspirasi ku....jangan berhenti menulis......ms tolong jangan berhenti disini....kami sanggup membaca isi hati ms dalam penulisan ini...

KopiahPuteh said...

Ya,semuanya menghala ke arah keredhaannya.Lutfi yang itu lah kiranya.

permatabonda said...

Subhanallah...cantiknya..

Anonymous said...

Dahulu saya sangat suka melukis..banyak pertandinagn yang saya sertai.Guru2, kawan2mempercayai bakat yang saya ada. menjadi terkenal di sekolah rendah dan menengah kerana bakat lukisan yang di kurniakan Tuhan. Namun setelah saya mengetahui kita tidak boleh melukis sesuatu yang bernyawa, minat saya menjadi luntur. Dan sekarang..hanya lukisan pemandangan dan bunga-bungaan yang berlari di hujung jari ini. Persoalannya, mampukah kita menghidupkan lukisan kita itu?Sama2lah kita mencari keredhaannya dan menggunakan bakat kejalan yang diredhai..

tarian jemari seni..

Hartini Omar said...

tuan anonymous,

terima kasih banyak atas peringatan tersebut. namun bukankah lebih molek untuk diberikan sedikit informasi lanjut tentang maslahah 'tidak boleh melukis sesuatu yg bernyawa' itu kepada saya, supaya tidaklah saya menjadi manusia yang menaqlid buta semata2

kerja2 yg saya lakukan, tentulah saya mahu tahu baik buruknya. kalau ada dalil dan sbagainya, kirim2kan lah kepada saya. terlalu sudi saya memafhumkannya

terima kasih banyak

Anonymous said...

Terdapat 2 pendapat utama dalam hukum melukis dan mengukir gambar yang bernyawa
Pendapat pertama: Mengharamkan semua jenis gambar bernyawa
Ini adalah pendapat kebanyakan ulama dahulu yang disebut dalam kitab-kitab turath. Ini adalah pendapat utama dalam mazhab Hanafi, Syafie, Hambali. Disebut di sini kenyataan setiap mazhab yang mengharamkan gambar bernyawa yang sempurna sama ada ianya dihina atau tidak.
Pendapat jumhur ulama ini disokong oleh sebahagian ulama masa kini. Di antaranya ialah Syeikh Muhammad Ali Sobuni. Beliau berkata dalam kitabnya yang masyhur (Tafsir Ayatil Ahkam):
"Gambar yang bernyawa yang dilukis dengan tangan adalah diharamkan menurut persepakatan ulama.”
1. Hadis riwayat Saidina Umar r.a dari Rasulullah s.a.w bersabda:
(إن الذين يصنعون هذه الصور يعذبون يوم القيامة يقال لهم: أحيوا ما خلقتم.)
رواه البخاري ومسلم
Maksudnya:
"Sesungguhnya mereka yang membuat gambar-gambar ini akan diazab pada hari kiamat. Akan dikatakan pada mereka "Hidupkanlah apa yang engkau cipta".
2. Hadis riwayat Ibnu Abbas r.a darapada Rasulullah s.a.w:
(من صور صورة في الدنيا كلف أن ينفخ فيها الروح يوم القيامة. وليس بنافخ.)
رواه البخاري مسلم
Maksudnya:
"Sesiapa yang membuat gambar di dunia maka dia akan disuruh untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut di hari kiamat. Dia tidak mampu untuk meniup ruh ke dalam gambar tersebut."
Hadis yang pertama dan kedua menunjukkan secara umum pengharaman membuat gambar yang bernyawa. Gambar yang tidak bernyawa diharuskan kerana dalil yang lain.
3. Hadis berikut:-
دخل علي رسول الله صلى الله عليه وسلم وأنا مستترة بقرام فيه صورة. فتلون وجهه. ثم تناول الستر فهتكه. ثم قال: (إن من أشد الناس عذابا يوم القيامة، الذين يشبهون خلق الله).
رواه البخاري ومسلم واللفظ له
Maksudnya:
"Rasullah s.a.w masuk ke rumah bertemuku, aku sedang memasang tirai yang ada gambar. Lantas berubah mukanya. Kemudian baginda mencapai tirai tersebut serta menanggalkannya. Kemudian baginda bersabda: "Sesungguhnya di antara manusia yang menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat adalah orang yang menyerupai ciptaan Allah s.w.t."
Bentuk pengambilan dalil
Hadis ini menguatkan pendapat yang mengharamkan gambar kerana ianya jelas menunjukkan bahawa yang dimaksudkan صورة dan pecahannya pada hadis yang lain adalah gambar dan patung.

Tarian Jemari Seni..

Anonymous said...

Pendapat kedua: Mengharuskan semua gambar

Kenyataan Ulama
Pendapat ini adalah pendapat Qosim bin Muhammad. Beliau adalah salah seorang daripada ‘Tujuh Pakar Feqh Madinah’ (فقهاء المدينة السبعة). Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki.
Hadis riwayat Abi Tolhah r.a
عن أبي طلحة قال: إن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (إن الملائكة لا تدخل بيتا فيه صورة.) قال بسر: ثم اشتكى زيد فعدناه. فإذا على بابه ستر فيه صورة، فقلت لعبيد الله الخولاني ربيب ميمونة زوج النبي صلى الله عليه وسلم: ألم يخبرنا زيد عن الصور يوم الأول؟ فقال عبيد الله ألم تسمعه حين قال:(إلا رقما في ثوب.)
متفق عليه
Maksudnya:
"Abi Tolhah r.a telah berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak masuk rumah yang terdapat patung dan gambar. Busr (perawi) berkata: “Kemudian Zaid mengadu sakit, lalu kami menziarahinya. Di pintu rumah Zaid terdapat gambar. Maka aku pun bertanya kepada ‘Ubaidillah al-Khaulani anak tiri Maimunah isteri Nabi: “Bukankah Zaid telah meriwayatkan kepada kita hadis tentang pengharaman patung dan gambar pada permulaan?” Maka Ubaidillah menjawab: “Adakah kamu tidak mendengar ketika baginda s.a.w berkata: “Melainkan lukisan pada baju.”
Bentuk pengambilan dalil:
Hadis ini jelas menunjukkan pengecualian lukisan daripada pengharaman.
Imam Nawawi berkata di dalam kitabnya (Syarh Shahih Muslim) ketika mengulas hadis ini:
"Hadis ini menjadi hujjah bagi mereka yang mengharuskan gambar yang dilukis di mana juga sepertimana yang telah lepas. Dan jawapan kami adalah sama seperti jawapan jumhur ulama iaitu hadis ini diarahkan kepada lukisan gambar pokok dan seumpamanya yang bukan haiwan. Dan telah kami terangkan tentang keharusannya di sisi kami.
Pendapat yang terpilih oleh ramai ulama kontemperari ialah pendapat yang mengharuskan gambar bernyawa seperti gambar ikan. Pendapat ini telah ditarjihkan oleh ramai dari ulama zaman sekarang ini. Di antaranya Syeikh Muhammad Najib Muti'ie, Syeikh Sya'rawi, Syeikh Hasanain Muhammad Mahkluf mantan Mufti Mesir dan ulama yang lain.
Kesimpulan: Ini termasuk dalam perkara khilaf dan kita harus terbuka dalam menangani perkara ini. Kita berpegang mana-mana pendapat tetapi tidak boleh memaksa orang lain mengikut kita selagi masing-masing mengikut pendapat ulama muktabar. Banyak lagi hukum-hakam yang berkait dengan patung dan gambar.
Rujukan: “Patung dan Gambar menurut perpsektif Islam” oleh salman maskuri yang telah diterbitkan pada 2007 .


Tarian Jemari Seni..

Anonymous said...

Saya harap anda berpuas hati dengan jawapan ini. Bukan niat untuk menyekat bakat yg dimiliki, malah jauh sekali menafikan bakat yg anda miliki. Anda memang sangat berbakat..

P/s Maafkan saya andai ada keterlanjuran kata.

Tarian Jemari Seni..

Hartini Omar said...

tuan,
terima kasih yang tidak terhingga atas info yang diberikan. begitulah sepatutnya, kita berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran. segala yang hak, tetap saya patuh walaupun pahit. bukankah kadangkala kita tidak tahu yang pahit itu bagus untuk kita, sedang kita cuma mengejar kemanisannya. maaf juga atas segala keterlanjuran kata

anda tidak mempunyai sebarang laman kah untuk saya mengikutinya?