Tuesday, November 10, 2009

Event segala

Sudah terlalu lama aku tak menulis. Sampai ke tahap aku malu nak mengaku yang aku punya blog. Entahlah, pejam celik pejam celik, balik2 aku buat kerja yang sama. Hidup tersangatlah membosankan dalam kondisi begini. Aku pun tak tau bila boleh aku berjumpa balik dengan hartini yang punya hati. Doalah sedikit kelapangan, ada banyak butir bicara yang ingin aku kongsikan dengan kalian. Tunggulah..

Jadi, di kesempatan yang berbaki ni, aku update juga lah event2 yang telah menyibukkan diri aku

1) Masterskill Annual Dinner 2009 : Dinner ni diadakan di The Palace of The Golden Horses. Maaf, tidak ada stori mori pun. Aku tak menang award apa pun, dan cabutan bertuah pun haram tak dapat. Mungkin lain tahun kot..



2) Majlis Konvokesyen DPLI : Malam pergi dinner, 'dedah' sini sana (tp bukan aku ye), pagi esoknya menemani sahabat sehati sejiwa yang menerima kepingan diplomanya di UIA. Tamat Diploma Perguruan Lepasan Ijazah tu, sahabat aku kini telah pun bertugas di Kedah sana. Aku rindu UIA. Rindu alunan zikirnya, sayup bacaan sucinya, hawa santunnya.. Mungkin hati aku dah terbiasa 'terbalut' macamtu. Jadi bila pergi yang 'terbuka dan terdedah' ni, rasa tak selesa. Cepat2 rasa nak balik. Tak tau la, susah nak cerita..



3) Ceramah motivasi : Habis dinner dan konvo, aku menaiki keretapi menerima jemputan sebagai penceramah di Sekolah Menengah Agama Nahdzah. Ceramah motivasi yang selama dua jam itu, berakhir dengan jayanya, Alhamdulillah. Tapi sayang, kamera aku tak dapat la nak tangkap gambar aku berceramah kan. Aku harap apa yang aku kongsikan dengan adik2 yang bakal menghadapi peperiksaan SPM, dapat membantu mereka menambahkan semangat dan membulatkan tekad


Itu lah hari2 aku sebagai seorang aku. Dengan peperiksaan akhir yang bakal menjelang beberapa hari lagi, dengan assignment dan report yang melambak sana sini, dengan kelas mengajar dan kertas peperiksaan pelajarku yang menjerit2 minta dihabisi, betapa berat tuntutan kehidupan, melangkaui tuntutan mati. Harap2nya tidaklah aku lupa diri..
Selamat jumpa lagi!
p/s: ada lah gambar sikit2 kat flickr ni. Jemputlah, jangan segan2 ye

7 comments:

peace said...

wawh, dah jadi penceramah motivasi dah. Syabas "anak murid" ku.
bagi motivasi skit kat ustazah dia ni supaya boleh fokus satu satu kerja tu. Ni tamak. macam projek nak buat...last2 banyak terbengkalai ;-(
Semoga berjaya

hayat muhamad said...

saudari hartini ini graduan dari UIA jugakah?ingin sekali aku kenal dirimu.kerna tiap tiap kali aku baca setiap tulisannya,aku pasti bertanya diriku"siapakah orang ini?" dan"bagaimanakah tuannya?"sekadar ingin mengenali sesama mukmin.salam perkenalan hartini!

Hartini Omar said...

Salam tuan Hayatuddin..

Untuk menjawab pertanyaan tuan itu, ya saya graduan UIA yang sempat menyarung jubah hijau tua yang lama itu. Dan kini sedang menyambung langkah di taman yang sama, sambil2 menjalankan tugas sebagai pendidik di daerah berbeza namun masih mendidik dengan hati dan jiwa. Salam perkenalan buat tuan juga. Terima kasih menyinggah..

the left wing said...

akak.. suhanallah.. cantik la pic pemandangan kat sawah tu..

nk ambik boleh? huhu..

salam ziarah salam ukhwah ya

Hartini Omar said...

adik siti,

pertamanya, akak kurang pasti adik ni siapa, kenal kat mana, satu U ke? maaf, khilaf yang tak disengajakan. akak memang lebih mudah kenal rupa dari nama

gambar2 itu memang untuk diambil sebagai inspirasi. ambillah sebanyak mana yang adik suka. segalanya percuma!

salam ukhuwwah kembali

the left wing said...

akak, sebenarnya.. saya x kenal akak pun. tp, x salah kan berkenalan?
malah islam lagi menggalakkan . tul x? hmm, satu U? x kut.. huhu.
entah bagaimana boleh terjumpa blog akak sedang asyik mencari sesuatu
di Google beberapa hari yg lepas. hmm, sy ambik ea. dan minta izin
juga andai sy edit2 gambar tu.. huhu.. kan best kalau sy ada camera..
bleh snap sana2 sini keindahan yg Allah cipta utk kita ni sebagai
inspirasi!

kelisa_samudera said...

saya sangat tertarik dengan frasa " apabila sudah lama berbalut, kurang selesa menghadiri majlis2 dedah" kerana saya juga menghadapi masalah yang sama.

apa2 pun, selamat berkenalan dan jangan biarkan blog anda tidak di update kerana ada orang yang membacanya. ;)