Sabtu lepas aku ke UIA. Mengambil jubah konvokesyen dan menyiapkan apa yang patut untuk hari besar tersebut. Namun jauh disudut hati tidak lah seghairah mana. Fikiran dan jiwa lebih tertumpu pada soal kerja, mencari kerja dan menanti peluang kerja. Konvo itu akhirnya jadi bahan sisipan saja. Kalau dulu waktu belajar, aku tidak sabar2 mahu menyarung jubah graduan. Sekarang segala impian itu telah hampir menjadi kenyataan. Namun hati tetap lesu. Konvo itu bukan lagi jadi agenda yang ditunggu-tunggu. Suka pun tidak, teruja pun tidak. Jubah hijau tua bersulam emas lambang UIA, yang berjahit reben warna putih di kiri dan kanan bahagian lengannya (menandakan aku Graduan Sains Kemanusiaan) kupandang lesu. Wahai gembira… hadirlah walau sekejap cuma. Itukan jubah graduasi yang dinanti2… Lupakah pada senyuman dan impianmu untuk menyarung pakaian kebanggaan semua siswa-siswi?? Ah hati...
Semalam juga aku berjumpa rakan2 lama di mahallah. Hmmm.., kenangan menuntut ilmu kalau dikenang-kenangkan bisa jadi tangisan. Indahnya nikmat belajar. Menuruti kata hati yang menelaah bila2 suka, kadang memonteng sekali dua, berlumba2 mendapatkan markah tertinggi dan mengumpat tentang rakan sekelas yang menyakitkan hati.. Ah, gemar benar melayan kenangan indah dulu2 di mahallah. Yang nyata rakan2 rapat dan kumpulanku semuanya ‘sekepala’ - Hingga kini masih belum berpunya. Dulu kalau sampai konvo masih tidak berteman, kami katakan “penyakit keturunan”. Nah, nyata penyakit itulah yang masih dibawa hingga ke tempat kerja. Moga2 adalah penawarnya sebelum tahun2 yang akan datang meningkatkan umur usia.. Mari sama2 berdoa!
Yang nyata, lama kelamaan manusia pasti berubah . Yang dulu keanak-anakan bisa jadi matang. Yang kurang mutu boleh jadi cemerlang. Sedar tak sedar umur meningkat ke dua puluh tiga. Sedikit masa lagi mungkin menjadi insan yang benar2 dewasa pula. Begitu lah hendaknya.
Hilaian tawa dan senyuman rakan2 kini hanya jadi kenangan. Kadang2 jadi mimpi tatkala siang betukar malam. Indahnya mengenangkan zaman remaja dan kadangkala lahir perasaan takjub dan tidak sangka bahawa diri ini mampu jadi seperti hari ini. Berpelajaran, dan bakal pula berkerjaya sedikit masa lagi, insyaallah. Untuk semua rakan2 di sana, aku doakan begitu juga. Moga sepuluh tahun lagi kita jadi manusai terbilang. Kita jadi apa yang kita idam-idamkan. Tidak mudah untuk senang. Kan kata orang berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian…. Tidak mengapalah bersakit sekarang, kerana mudah-mudahan yang senang-lenang itu bakal pula kita genggamkan
Jubah konvo itu aku tinggalkan tergantung dibilik seorang teman yang masih berpeluang meneguk ilmu untuk satu semester lagi. Mungkin tanggal 27 ogos nanti bakal kusarungkan jubah itu menandakan telah tamat tugasku sebagai graduan ijazah sarjana muda, dan bakal pula bermula tugasku berkerjaya dan mungkin juga menyambung study ke peringkat sarjana. Moga diperkenankan Allah subhanahu wataala. Akhirnya, yang penamat itu bukanlah penamat sebenarnya, melainkan permulaan dan pintu masuk untuk suatu agenda yang lain pula. Moga di setiap perjalanan aku bisa belajar dari titik2 kegagalan. Biar aku hirup segala suka duka sebagai asam garam kehidupan. Mudah-mudahan kesenangan dan kemudahan itu tuhan berikan......
Salam sayang teman2 seperjuangan. Kenangan dari PJ sampai Gombak akan tetap terpahat di ingatan..
Julianazreen Jaafar (Johor)
Khadijah Ahmad (Sabah)
Liana Mohamed (Pahang)
Marshidah Mat Johor (Perak)
Marina Abd. Rahman (Johor)

Mashitah Md. Noh (Johor)
Maisarah Ahmad (Perlis)
Maizatul Khairiah (Johor)
Mazuriahana Muhamad (Terengganu)
Mazidah Ismail (Kuala Lumpur)
Munawwarah Harus (Johor)
Noratiqah Abd. Rahman (Perak)
Norhaniza Wan Abd Raoh (Perlis)
Sazariana Isniah (Sabah)
Maisarah Ahmad (Perlis)
Maizatul Khairiah (Johor)
Mazuriahana Muhamad (Terengganu)
Mazidah Ismail (Kuala Lumpur)
Munawwarah Harus (Johor)
Noratiqah Abd. Rahman (Perak)
Norhaniza Wan Abd Raoh (Perlis)
Sazariana Isniah (Sabah)
3 comments:
Salam...
Hye lead...
Tahniah akak ucapkan untuk tarikh keramat 27Ogos2007 nanti. Jgnla bersedih di hari yang bakal diraikan dengan penuh kesyukuran.Senyumla wahai adikku...
Akak doakan semoga Lead berjaya mencapai segala yang diimpikan...
Tahniah
Semoga langkahmu tidak berhenti di situ
anonymous di sana,
mungkin kak sya.. thanks akak.. dlm blog jgn panggil 'lead'.. saya segan =P
tuan,
terima kasih yang tak terhingga.. ucapanmu bagai setitik air untuk insan yg haus dahaga.. untuk tuan juga saya doakan yang sama..
Post a Comment