Friday, July 16, 2010

The Climb

Aku duduk mengelamun. Ofis sunyi. Macam diri aku jugak. Lagu MILEY CYRUS - THE CLIMB ni aku dengar berulang2 kali. Tak jemu2. Kadang2 jadi macam semangat pulak. Semangat yang cuma aku boleh faham

Aku mahu bergerak ke satu2 destinasi. Cuma di mana destinasi itu terhenti, aku belum pasti. Dan untuk ke sana aku dah pilih satu jalan. Aku tak tahu samada jalan tersebut adalah jalan mudah atau jalan payah. Tapi tak kesah lah. Susah ke senang, aku dah buat pilihan. Orang nak terima, orang nak menghina, aku dah tak kuasa nak ambik kesah. Hidup dengan pendapat dan persepsi orang lain takkan mampu pun bawak aku ke mana2. Sebab nama pun manusia, manusia mana senang tengok orang lain senang. Buat baik pun orang bercakap, buat jahat apatah lagi. Jadi tak payahlah nak buat2 baik dan jangan sekali-kali buat jahat. Hidup je macam biasa, seadanya

Aku dah pilih jalan ni. Di awal2 perjalanannya, ia semak dan berduri. Terlalu banyak kelukaan yang aku hadapi. Tapi aku bangkit, berjalan semula dan kadangkala berlari. Sesekali aku terjatuh lagi. Menangis seorang diri lalu bangun dan berlari lagi. Ini bukan pertandingan untuk tengok siapa yang sampai dulu. Tidak.. Ini ujian untuk tengok mampu atau tidak aku hidup dengan dugaan paling sukar. Aku mesti kuat, need to be strong. Macam lirik lagu THE CLIMB ni..

Cuma aku lebih seronok kalau dalam perjalanan ini aku tak keseorangan. Lebih bahagia kalau melalui kepayahan ini berduaan. Tapi kadangkala aku fikir, manusia mana suka melalui jerih payah. Manusia lebih memikirkan persepsi2 manusia lain. Hidup dengan penerimaan2 orang lain. Penghinaan dan caci maki orang, bukan semua boleh survive. Jadinya, disebabkan tiada siapa yang boleh dan SUDI untuk menemani aku, aku rasa aku akan berjalan seorang diri. Takpelah. Nanti dalam kubur pun duduk sorang jugak. Tuhan kan sentiasa ada. Ada di sisi hamba2 yang mengingatiNya

Ini pendakian aku. Soal sampai atau tidak, apa ada kat sebelah bukit sana, bahagia atau duka, itu semua bukan perkara pokok. Yang penting sekali adalah aku terus mendaki. Terus berjalan dan bukan macam pengecut yang lebih suka duduk diam bersama2 manusia yang memuji2. Aku maklum, dalam hidup yang macam pentas ni, kadangkala aku ketawa, tapi lebih banyaknya aku menangis. Bila aku fikir2 balik, pelangi yang indah tu takkan mampu wujud kalau hanya dengan sang suria. Ia juga perlukan hujan. So, macam hidup ni. Gembira dan duka sebenarnya memberikan makna dan warna dalam kehidupan kita. Kenapa nak komplen? Keep going!

Aku dah tak larat nak berjiwang2 dengan bahasa paling sastera. Dengan sajak dan puisi yang sampai berpeluh otak aku karang. Era tu dah lama tamat. Sebab bila aku berkias macamtu, takde sapa pun yang boleh faham. Sekarang kalau aku nak cakap, aku cakap je. Orang nak baca, baca. Kalau tak nak pun takpe. Aku tak rugi se'sen pun

Aku ingat haritu aku tak nak menulis lagi. Tapi entahlah. Sebab aku ni sunyi. Bukannya ramai sangat kawan untuk berkongsi isi hati. Jadinya aku menulis la. Tunggulah aku beli ikan, ingat nak bela binatang. Kurang2 kalau bosan, boleh cakap dengan ikan. Aku tak boleh bela kucing. Semput. So bela ikan la. Harap2 Tuhan berkati lah jalan aku ni. Aku selalu pasti, hanya Dia yang terlalu mengerti, malah memahami

Ok dah la. Nah ambik la lirik lagu MILEY CYRUS ni. Baca bagi faham. Tak faham tengok kamus. Tak apa kalau aku gagal. Sebab gagal tu sebenarnya adalah erti lain bagi 'aku bukan gagal, hanya belum lagi berjaya'

Heh, keep movin'
................

I can almost see it
That dream I'm dreaming
But there's a voice inside my head sayin,
"You'll never reach it"

Every step I'm taking
Every move I make feels
Lost with no direction
My faith is shaking

But I gotta keep trying
Gotta keep my head held high

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
Its the climb

The struggles I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking

I may not know it
But these are the moments that
I'm gonna remember most yeah
Just gotta keep going

And I, I got to be strong
Just keep pushing on

'Cause there's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Sometimes I'm gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
Its the climb

There's always gonna be another mountain
I'm always gonna wanna make it move
Always gonna be an uphill battle
Somebody's gonna have to lose

Ain't about how fast I get there
Ain't about what's waiting on the other side
It's the climb, yeah

Keep on moving, Keep climbing
Keep the faith, baby
Its all about, Its all about The climb
Keep the faith, Keep your faith, whoa..

1 comment:

Nafastari said...

hay apa sudah jadi?
tapi takpe.. teruslah menulis...
guna lah bahasa macam2 mana pun, yg penting aku faham! hehe