Tuesday, July 20, 2010

Manusia mana tahu makna kejujuran

TERIMA KASIH atas segala kelukaan ini, Tuhan. Tolonglah, tolong lukakan lagi. Tolong, aku sangat2 mahu dilukai sampai mati
...................

-Terbayang wajah K.Azie, dengan nasihatnya yang aku dengarkan saja. Tak tersanggup menatap wajahnya tatkala airmata itu tumpah untuk kali yang entah ke berapa.. Malu kerana aku terlalu mahu menganggap yg dikatakannya itu omongan kosong saja. Mempercayai bahawa pilihan itu tetap yang terbaik dan lain dari yang lainnya

-Terbayang wajah Masyit, dengan dorongan dan nasihatnya yang suci murni. Agar aku sentiasa tabah melalui liku2 hidup ini. Mengharapkan satu hari nanti aku berjumpa insan yang benar2 jujur dan tidak akan memperdayakan cinta

-Terbayang wajah mereka2 yang aku abaikan atas dasar kesetiaan. Meninggalkan mereka kerana hati, jiwa, dan segala2nya hanya buat 'dia'

-Dan terbayang wajahku sendiri, yang terlalu tulus dan ikhlas mempercayai. Kadang2 tersenyum dengan gurauan yang menghiburkan. Dengan suara dan nasihat yang tak pernah padam, dengan kasih sayang dan penghormatan paling autentik, hanya untuk manusia itu seorang

.... namun manusia, manalah tahu makna kejujuran.....