Hari ini 25 september. Aku baru mula belajar bernafas kembali setelah hampir mati. Aku bangun dan melihat diriku depan cermin. Terdengar nasihat rakan, ‘jangan siksa diri sendiri. Kalau dirimu pun kau tak sayang, bagaimana mampu kau menyayangi orang lain’. Di arca kelihatan seorang manusia yang remuk hatinya. Wajah dan rambutnya kusut masai, airmatanya kering dan berkeping di pipi dan dagu. Mata itu cengkung, seolah2 tidak mahu lagi ia melihat mana2 manusia pun di dunia serba fana ini. 3 hari mata itu menangis, menangis dan menangis tidak mahu berhenti2. Ah, mati yang kali ini begitu hebat. Serasa tak mampu untuk sedar2 kembali. Namun usia masih muda, kudrat masih ada. Fikiran masih sempurna. Ada suara hati kecil yang meminta2 aku bangun dan berdiri. Berdiri dan berlari. Berlari dan terbang tinggi
Aku buka pili air, dan melihat air yang jatuh setitik2 lalu kutakung dengan telapak tangan. Aku jadi sebak. Kenapa? Kerana kalau tidaklah kerana saki baki iman di dada, telah lama pula dengan air itu manusia memandikanku. Mengkafan dan menguburkan mayatku. Sering saja aku berdoa supaya mati lekas2 datang. Sekurang2nya tidaklah lagi dapat memandang sebentuk cinta yang nyata curang. Sudah, ayuh lekas bersihkan tubuhmu, jangan lagi kau memikir2 tentang dia yang jauh. Dia yang kini gembira dengan teman2 dan keluarga. Yang kini mungkin sedang bergelak ketawa menyaksikan saat2 kau kecewa
Usai mandi, aku masuk dapur. Melihat kalau2 ada sesuatu yang boleh mengalas perut yang beberapa hari tak menjamah makanan. Aku nampak biskut kering. Aku ambil sekeping dan menyuapnya di bibir. Air mata jatuh lagi. Dulu aku gembira dan bersenang ketawa dengan makanan yang lazat2. Biskut kering itu sekadar menu tambahan yang jarang2 sekali berusik. Makananku yang enak2, di restoran besar2 dan indah. Makannya selalu saja berdua. Dan hari ini, selepas aku ditinggal mati, banyak rupanya kesenangan hari dulu yang melalaikan. Teman yang datang rupanya hanya teman waktu2 kesenangan. Dan bila susah begini, bila tiada lagi nota biru merah yang dapat kutaburkan ke sisi, aku nyata keseorangan di bumi
Aku berdiri di sejadah, niat mengkadhokan solat2ku yang tertinggal. Yang sengaja ditinggalkan zaman2 aku bersukaan. Yang terpaksa aku tinggalkan dalam zaman2 aku kesakitan. Aku berdiri betul. Memandang ke bawah dengan pandangan malu, segan dan hina. Mahukah lagi Engkau menghalakan pandanganMu terhadapku, Ya Allah?? Air mata menitis lagi. Dan aku bertakbir, bertahmid dan menyelesaikan tanggujawab sebagai hamba. Bila bersimpuh di hadapanNya, tidak dapat tidak aku teresak2. Menangis mengenangkan dosa dan alpa yang bertimbun banyaknya
Aku termenung lama di atas sejadah. Menghadap jendela yang bersinar dengan cahaya mentari. Apakah nanti ada peluang untuk hidupku kembali secerah ini?? Aku bacakan Yaa Sin, dan hati kembali rasa terpujuk. Aku harus kuat mendepani ujian. Kerana tuhan menguji insan2 pilihan. Untuk melihat sejauh mana nilaian iman
Pekerjaan sudah bertuang beberapa hari. Serasa tidak sanggup melihat wajah2 manusia lagi. Kalau mampu, ingin saja aku berhenti. Tapi apakandaya, tangan terikat di langit dan kaki terpasak di bumi
Pelajaran usah cerita. Dengan subjek yang gagal, semester yang tidak aku daftarkan, Ya Allah.. Sakit. Sakit untuk aku ceritakan. Terasa juga ingin aku tamatkan segala kesengsaraan ini, lalu berpindah di tanah yang lain. Belajar untuk hidup kembali. Yang itu sedang aku usahakan. Biar aku hidup jauh dari dia dan cintanya. Kembali menapak walaupun dengan payah
Aku bukan macam segelintir manusia, yang bila susah datang menimpa, mereka mencari lain2 kesenangan. Aku pemikir. Aku takkan mampu tersenyum bila hatiku sebenarnya berduka. Aku hanya akan gembira bila hati dan jiwa turut gembira. Orang2 macam aku mudah menjadi mangsa. Diperguna lalu dibuang manusia. Kesusahan hati dan hidup yang melarat begini bukan dibuat2. Ia datang sendiri. Datang sebagai ujian yang mendewasakan, dan sebagai petanda bahawa ada perkara yang mesti dipertimbangkan
Sayang Tuhan berikan ujian ini setelah lama yang namanya cinta itu berputik. Bukan setakat berputik, malah telah masak dan ranum. Menjadi pohon tempat berteduh. Sayang cinta itu tidak lama. Dan pohonan cinta itu musnah diracun pengkhianatan dan pura2.
Ramai orang akan mengatakan bahawa orang2 sepertiku sangat bodoh. Aku diperhambakan hati dan perasaan. Terlalu mengikut kemahuan yang kejiwa-jiwaan. Tapi apalah yang aku boleh buat. Kerana aku adalah aku. Manusia yang diberi rasa paling halus. Orang2 seperti aku tidak pernah mampu menipu. Walaupun terhadap diri sendiri. Tidak akan mampu mengkhianati janji. Tulus setia dalam bercinta. Dan jika terluka, rajuknya lama
Cinta untuk aku bukan seperti menukar baju. Esok lusa lusuh dan buruk, maka boleh ditukar ganti. Cinta adalah anugerah. Denyutan cinta itu tidak datang tiba2. Ia disemai dan dibaja dengan sabar dan penuh rasa megah. Adat menanam pokok. Bukan tanam hari ini maka esok sudah mampu kita memetik buahnya. Sesuatu yang disemai, disiram dan dibaja, perlu masa untuk mekar dan menjadi pohonan yang paling indah
Di awal perjalanan itu segalanya nampak sempurna. Sukamu, sukaku jua. Sush senang nanti kita bersama. Susah senang yang bagaimana, jika sekarang dalam kemelaratan ini aku ditinggalkan sendiri separuh mati??
Cinta.. Terasa jijik menyebutnya. Manusia mana tahu makna cinta...
…………………..
Aku memandang sekeliling rumah. Melihat awan gemawan yang bergerak perlahan. Angin yang bertiup membelai wajahku yang layu. Airmata yang berkaca2 hanya menunggu saat untuk tumpah. Sukarnya wahai, untuk aku kembali hidup seperti sediakala. Berjaya dan tersenyum sepeti manusia2 lain di dunia. Ceria seperti kali pertama aku melihat dia. Dan dengan senyuman itu jugalah dia jatuh cinta. Dan kini aku ditinggalkan penuh derita. Ini bukan kisah main2. Ada jiwa yang menjadi korban dalam cerita cinta ini. Dan mangsa paling utamanya adalah jiwa aku sendiri…
No comments:
Post a Comment