Tuesday, October 19, 2010

Konvo MUCH 2010



Siapa di atas itu?
Di atas itu lah saya :) Dan gambar kedua saya bersama rakan2 sekerja

Anda berada di mana?
Saya berada di majlis konvokesyen MUCH kali ke 4. Di PICC Putrajaya

Kenapa anda boleh berada di sana?
Saya berada di sana kerana dijemput sebagai barisan akademik MUCH. (Sebenarnya dipaksa datang- compulsory.. so tak boleh la ponteng :P hik)

Oh.. Emm.. Anda nampak sangat gembira ya?
Sudah tentu.. Saya gembira menjadi sebahagian dari warga2 pendidik. Saya gembira kerana lebih kurang 2/3 tahun yang lepas, saya pernah berangan2 mahu berbaris sebagai pendidik yang mengucapkan tahniah kepada pelajar2 saya di hari konvo mereka. Pernah berangan2 menjadi sebahagian dari mereka yang berjaya. Dan angan2 itu kini menjadi nyata! Yeayyyy :P

Oh tolong jangan over ye cik. Tapi, adakah anda berkonvo sekali?
Oh sudah tentu lah tidak. Kerana Konvo untuk Master saya besar kemungkinan di tahun hadapan. Dan dah tentulah dengan jubah yang berbeza. Dengan warna dan lilitan lengan yang berbeza :) owh.. sangat tak sabar!

Kalau anda tidak berkonvo, kenapa anda berjubah dan ber'mortar board'?
Kerana saya kan barisan ahli akademik yang beratur di belakang 'senate members'.. Sudah tentulah saya juga berpakaian seragam

Anda kedengaran sangat berbangga ya?
Kenapa tidak. Saya harus berbangga.. Dan saya memang berbangga. (Jangan la jeles)

Oh.. Adakah anda pasti anda seorang academician?
Atas asas apakah anda bertanya soalan itu? (Minta maaf, saya telah menjawab soalan dengan soalan)

Kerana sekali tengok, anda juga kelihatan seperti para pelajar yang menerima penganugerahan mereka
Hahaha.. Ya.. Kerana saya kan seorang cikgu tua yang berjiwa muda.. :P hik. Suka!

Ok cukup cik. Terima kasih kerana sudi ditemuduga
Sama-samaaaaaaaa. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

.................................

Dan nanti di tahun2 akan datang, kalaulah mampu aku sematkan kancing jubahnya, memperbetulkan mortar board di atas kepalanya, menjabat tangannya dan mendakapnya penuh mesra, sambil lembut membisikkan 'tahniah'.. Kalaulah sudi Tuhan tunaikan impian itu pula... Insya Allah...

10 comments:

AeyRuLjOe said...

so sweettt..next dear kami lak yer ms...aduhhh tak sanggup nak berpisah ngan lecturer masa tuh nanti.....hehehe

Cahaya Malam said...

hehe i like the second picture...^_^

Hartini Omar said...

Joe,
tahun depan kalau kamu konvo lagi la i seronok.. letih mulut i nak wish congrats kat semua anak2 murid i.. dari 0705 sampai 0804. ok awww.. x sangka u all dah membesar ^^ huhu

k.aida,
pic kedua tu musti la i lloiiike.. hehe.. nak masukkan yg lain, tp maluuu~

thanx guys..

Cahaya Malam said...

hehehe...lyd ni kak laily lah...hehe...^_^...cukuplah...

Hartini Omar said...

k. laily,
huge apology kak. ingatkan k.aida td. maaf ye. owhhh.. padanlah suka. hik!

btw, like ur blog though :)

Cahaya Malam said...

hehe tak mengapa...^_^...blog akak biasak saja..hhehe...bukan pakar bahasa macm lyd...^_^

peace said...

muda2 cikgunya.

cikgubad said...

Tahniah Tini...Moga hajat mu akan tercapai jua kelak. Amin

Suka baca posting kali ni..kreatif!

Hartini Omar said...

ustazah,
ya. smua muda2 lebih2 lagi yg no 3 dari kanan. hik!

cikgu,
terima kasih banyak kerana cikgu masih sudi menyinggah. doa2 lah. saya perlukan seberapa banyak doa yang ada

terima kasih cikgu2 saya :)

Nafastari said...

Saya tumpang gembira!