Dia senyum. Dengan giginya yang rosak2 tinggal tunggul. Mungkin kerana dia terlalu banyak makan manisan. Tapi memang itu lah yang dia suka. Kadang2 dia minta gula2. Dan selalunya aiskrim saja. Paling tidak pun air 'kutak'
Dia selalu merenung aku. Kadang2 renungannya berjurus2. Kalaulah mampu aku fahami erti renungannya. Dia selalu memandang ke mataku. Dan selalu sangat dia ingin menyentuh cermin mataku itu. Dan mungkin kalau mampu, mahu saja dia menyuruh aku membelikannya satu. Tapi kalaulah dia tahu, cermin mata itu hanya utuk orang yang rabun. Rabun seperti aku. Cukuplah rabun, jangan pula buta. Tapi kalau buta pun tak mengapa, asalkan celik jiwa
Dia selalu merengek. Kadang2 menjerit menangis. Membingitkan mak dan kakak2nya di rumah. Tapi dia budak bijak. Dia budak cergas dan tak pernah tahu duduk diam. Waktu berdua dengannya ke Bandar dulu, dia duduk tenang di sebelahku. Aku bawa dia jalan2 di restoran makanan segera itu. Dia senyum. Aku suapkan ayam, suapkan kentang, hulurkan minuman. Dalam kereta, bila dengar lagu Puspa, aku cuit dagunya, senyum padanya dan dia ketawa. Aku rindu dia. Rindukan senyuman dan panggilan manjanya
Kadang2 dia suruh aku memandikannya. Dan menyarung bajunya. Lalu menyisir rambutnya dan membedakkannya. Dia nanti senyum lagi dan terus berlari. Perutnya buncit juga. Gemuk, subur. Tapi aku suka. Aku suka dia kerana gemuknya dia. Aku suka melihat perutnya yang buncit kalau banyak makan. Kadang2 kalau dia menyarung gaun lusuh itu, seakan terasa lucu pula. Gaun itu ketat di bahagian perut, tetapi dia tetap menawan
Pernah aku bawa dia bermain di taman. Dia tak pernah menangis kalau bersamaku. Mungkin kerana dia faham bahawa aku ini orang asing. Orang jauh dan anak dagang yang datang menumpang kasih
Aku pernah janji, untuk membelikannya basikal. Basikal buat dia pergi sekolah nanti bila dah dewasa. Ya, aku akan belikan juga satu hari nanti. Satu hari nanti bila dia tahu kayuh sendiri
Sekarang dia jauh dariku. Dan mungkin tidak mampu didekatkan lagi. Waktu dia memegang pipiku, menghalakan pandangannya kepadaku, lalu diam2 menyentuhkan bibirnya ke bibirku, aku jadi sebak. Mungkin dia terlalu menyayangiku. Dan kalaulah dia mampu tahu betapa aku juga menyayanginya
Dan senyumannya sentiasa bermain di ingatanku. Teringin sekali menggenggam jemari kecilnya, memanggil namanya dan mendakapnya sepenuh jiwa.
Nanti kalau aku mampu jumpa dia, dia mungkin telah dewasa. Dan waktu itu, dia tentu saja takkan mampu mengenaliku. Memikirkan itu, hati jadi sebak. Tak mengapalah, asalkan aku mengenalinya dan akan terus menyayanginya
Baik2 sayang cikgu. Cikgu sayang kamu!
No comments:
Post a Comment