Aku bukan malaikat
Untuk mengikut kata Tuhan
Tanpa sedetik kelelahan
Mampu berdiri di malam-malam hari
Terlalu selesa mengaku abdi
Aku cuma manusia
Untuk mengikut kata hati
Leka mengurus duniawi
Lekas jenuh menekun sejadah
Cepat jemu menunggu hikmah
Aku bukan malaikat
Yang terlalu mampu menolak cinta
Yang tersangat mampu menghindar noda
Hanya setia pada yang Satu
Berbangga menjeling nafsu
Aku cuma manusia
Terlalu suka mengharap belas
Selalu lemah memburu ikhlas
Mengambil jiwa sebagai raja
Senyum bangga akal diperhamba
Maafkan aku wahai Tuhan
Aku hambaMu yang diperhambakan
Diperhambakan perasaan
Untuk meminta tak sudah-sudah
Untuk memohon tak lelah-lelah
Aku mahu jadi manusia
Manusia yang jujur lagi SETIA
Mentadbir satu-satu
Membuang apa yang perlu
Cukuplah menimbang akal
Bertanya pada Yang Kekal
Apakah erti semua ini
Ujian atau sekadar,
......permintaanku yang Kau penuhi?
...
Hati ini cuma satu, Tuhan...
Mahkota Cheras
24 Feb 2011
1.35 pm
5 comments:
Kadang-kadang Tuhan datangkan sesuatu untuk kita buka mata. Selain tanah yg kita pijak masih ada lautan yg luas terbentang. Supaya kita tak terus hanyut dalam kesedihan. Tuhan tidak pernah silap memberi. Mungkin kita yang tersalah tafsir.
Chill-out.. ;))
s.a
mata sudah terbuka, namun aku tetap buta..
Rasailah bahawa langit masih tinggi dan bumi masih lebar untuk kita bergerak, jadi mengapa harus menyempitkan hati dan perasaan hingga terpenjara di dalamnya.
.:sahabat:.
buka mata hatimu..
mana yang kmu mahu..
pertimbangkan dengan akal..
apa yang kau tadbir perlu dberi priority.mungkin pemintaan dulu hanya berlandaskan emosi.lalu tuhan datangkan sebagai ujian.agar tabah dan bersyukur dgn apa yang ada.
*bunga.
Post a Comment