Tuesday, March 01, 2011

Yang mana satu?

Yang mana satu?

Adakah ia perlu "Kuching, here I come!!! (^^)"
atau "selamat tinggal Kuala Lumpur.. ;-( "

***

Adakah anda perasan titik2 perbezaan di antara dua ayat di atas yang seakan2 serupa tapi tak sama? Pandang dan baca dengan jiwa. Lalu anda akan tahu betapa saya terperangkap dengan patah2 kata

Kalau benar jadi apa yang saya pohon dulu, maka inilah hasilnya yang Tuhan tunjukkan. Saya tiada jalan lain selain melihat dengan sedikit getaran dan debaran. Ke kiri atau ke kanan, cabaran pasti datang

Langkah pemergian kali ini bukan sebentar. Kalau benar menjadi, ianya lama. Mungkin memakan dua atau tiga tahun. Dahulu saya minta untuk pergi. Namun sekarang, saya sedikit goyah dengan keputusan saya sendiri

Kawan2 yang membaca, kawan2 yang menyinggah serba adanya, kawan2 yang setia, kawan2 yang selalu mengambil tahu akan perihal saya, kawan2 lama, kawan2 baru tetapi mesra, kawan2 yang diciptakan untuk kita bertemu di alam maya, kawan2 yang memang mengenal rupa, sahabat2 di sana, anak2 murid, cikgu2 saya, KALIAN SEMUA.......

Tolonglah doakan saya. Doakan saya TENANG walau di tanah mana pun saya AKAN berada...

12 comments:

My Azie said...

bile last day??

deena awanis said...

selamat menjadi H.O.D..=)

peace said...

erti yg tersirat sama sahaja. Anda pasti boleh!

cikgubad said...

Sabar Tini akan ada ganjarannya. Mungkin dah semakin jauh 'berkelana'. Kini Tini akan sampai ke destinasinya.

Jangan sesekali mahu mengundur.

Anonymous said...

salam. tuan tini, lari dr topic skjap. ni nk bgtau info (kalo x tau lagi la..) encik nafastari dah mninggal dunia. lebih kurg dalam kul 11 mlm td. accident.
-iman

Hartini Omar said...

kak azie,
ntah la kak

deena,
xde maknanya HOD

ustzh,
harap2nya mcamtu lah

cikgu,
terima kasih, saya juga harap begitu

iman,
terima kasih banyak. info yang sangat mengejutkan. namun terima kasih, kerana saya cuma tahu apabila kamu yang memberitahu

terima kasih semua

ZariffZarifah said...

kak lydia dpt offer lg best ke? tggllah za sorg2 jga umah 2 huk2... anyway za doakan yg terbaik bt kak lydia...

abbymuziq said...

miss nie saya umi.,DHC student..
yusro...
miss saya harap miss dpat buat kptsan yg wajar dlm hdop..

Anonymous said...

xkisah lah kt mne kite brada. jangan lupe bawak kenangan skali. ;))
kalau bukan skrang satu hari nnt tetap kite akan berganjak jgk.
ada sebab Tuhan jd kan sekarang dan bukan nnt.
Xperlu runsing2.
Dpt pergi.xdpt stay. ;)
s.a

AeyRuLjOe said...

ms pernah cakap....belajar kat KL...kerja kt KL..duk di KL ha ni ada peluang KERJA di tempat lain ...tunggu apa lagi huhuhu.....

Hartini Omar said...

Za,
x tau lah nak ckp offer lagi baik ke lg x baik ke. nak pergi ke, xnak pergi ke, entah lah. xde keputusan

yusro,
terima kasih menyinggah di laman saya ni. selalu2 lah datang sini ye

s.a,
tetap runsing.. sebab hidup bukan kita dan diri kita saja. ada keluarga, kwn2 dan orang yang kita sayang yang terpaksa kita tinggalkan

joe,
amboi, pandai ckp eh. kamu org sarawak ke sabah? sy duk umah kamu kang! hehe

terima kasih semua

Anonymous said...

kamu nak pindah???buatla yg tbaik utk kamu..wish u all the best!smoga kamu mnemui ssuatu dsana yg mberi bahagia..=)

-masyit23-