Hadiah terbaik saya bukan bunga dalam jambangan. Ia juga bukan coklat tanda ikatan. Apatah lagi beruang berbulu comel yang lembut disentuh tangan. Cincin? Ah, itu juga bukan, malah tidak pernah saya idam-idamkan. Hadiah terbaik saya adalah dia yang Tuhan kurniakan. Dia yang sederhana dan telah menambat hati saya. Saya tidak peduli apa yang dunia ini katakan tentang dia, kerana saya tahu bahawa dia adalah yang terbaik untuk saya
Dia yang saya kenal itu tidak seromantik mana. Tapi saya tak putus2 mengajarnya kerana saya fikir romantik itu perlu sebagai bunga2 kehidupan. Saya perlukan romantik yang bertempat sebagai tanda penghargaan. Dan tidaklah pula saya menyatakan bahawa tidak romantik itu sesuatu yang tidak bagus. Namun saya lebih menghargai kehalusan perasaan atau saya namakan sebagai romantik itu. Bagi saya bunga2 hidup itu perlu
Hadiah terbaik saya adalah apabila dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar saya walaupun kami sama2 sibuk. Saya tidak meminta dia menghantar pesanan ringkas kepada saya setiap jam kerana itu tentulah mustahil. Jadi saya bersyukur dengan apa jua yang dia kirimkan pada saya walaupun sebaris 'akum'..
Saya berterima kasih dengan khidmat pesanan ringkas ini. Ia benar2 meringkaskan hubungan dalam dunia serba mencabar dan masa yang serba pantas berlalu. Ia ringkas, mudah dan cepat. Ia tidak membuang masa semata-mata untuk memberitahu penerima tentang apa yang kita rasa. Ia berbaloi dan murah pula. Sejujurnya, saya amat2 sayangkan zaman saya dan benar2 mensyukurinya
Saya tidak perlukan Berberi atau Aifon untuk menyatakan hasrat hati saya. Dan saya juga tidak mengharapkan pesanan2 yang saya terima dilayangkan khas dari sebuah Berberi atau Aifon itu. Dengan jalan apa pesanan itu datang tidaklah sepenting mana. Yang penting ia selamat tiba dan boleh dicernakan oleh minda saya
Jadi, hadiah terbaik saya cumalah sebaris kata2 yang ikhlas datangnya dari hati lalu turun ke jari. Lalu kata2 itu ditaip satu2, dan dilayangkan di alam maya yang entah mana, lalu menjelma di mata saya sebagai sebuah pesanan paling ringkas tapi bermakna. Ya, itulah hadiah terbaik saya. Cukuplah, saya tidak mahu yang lainnya...
4 comments:
sape dia itu?
ahahahahaha.. biar saya saja yg tahuuuuwwwwww.. hik!
yee.. kadang kala menulis lebih bermakna dari bekata.. lebih kita faham isi hatinya.. kerna ia menulis dengan jiwa.. dengan hati.. tidak perlulah kita menunngu masej darinya.. kerna datangnya ia memang tidak boleh dipaksa.. bila datangnya masej itu secara tiba-tiba kan nampak lebih romantik dan ikhlasnya dia..
eheh, betul dan saya setuju benar. xkan mengharap2 lagi selepas ini. bersyukur dengan apa yang ada
terima kasih
Post a Comment