Sayang, aku gembira betul bila kamu mahu menulis. Kerana telah berkali2 aku khabarkan pada kamu, bahawa menulis itu perlu. Mungkin hari ini apa yang kita tulis nampak seakan2 tidak bermakna, tetapi satu hari nanti siapalah tahu apa kewajarannya. Mungkin tulisan itu sajalah menjadi bukti kewujudan kita. Nah, bukankah molek jika bukti itu kita kumpulkan satu persatu, agar di suatu waktu dapat ditonton dan dibaca anak cucu?
Sayang, aku suka kamu menulis. Kerana menulis itu umpama melakar sebuah potret kehidupan. Dengan menulis kita berkongsi hati dan perasaan. Dengan menulis, kita sebenarnya telah cuba untuk melapangkan fikiran. Jadi janganlah bungkam dan gundah, sekiranya tulisan2mu itu tidak dibaca. Kerana tulisan2 itu tidak lain buat penawar dirimu sendiri. Menulis lah untuk hatimu dan bukan untuk mereka yang datang bertamu. Kerana yang semacam itu akan lebih melapangkan, dari memikir2 akan siapa yang sudi bertandang
Sayang, menulis itu sebenarnya sangat sukar. Kerana seringkali apa yang kita tulis akan menjadi wacana untuk mata2 yang membaca. Jadinya, kalau elok yang kita tulis, elok jugalah hasilnya. Molek jugalah ikut-ikutannya. Dan kalau yang kita tulis itu adalah umpat keji serta cela, lalu kita jugalah yang akan menerima dosanya. Namun itu semua janganlah kamu risaukan. Kerana sudah menulis itupun adalah satu kerahmatan
Sayang, menulislah dengan hati, agar apa yang ditulis itu masuk juga ke dalam hati. Janganlah ragu2 dan bimbang yang nanti tulisanmu akan dikecam dan dihina orang. Kerana apalah ertinya kekecaman dan penghinaan mereka itu. Mereka bukan sesiapa dalam hidupmu. Apa yang penting adalah aku. Aku yang suka membaca tulisanmu walaupun jarang2 kau menyebut namaku. Aku tidak minta disanjung dan dipuja, kerana aku tahu aku telah lama berpaut di dalam hati dan jiwa
Sayang, akan ada nanti suatu hari kamu akan merasa begitu berat untuk menulis. Keinginanmu terhalang oleh pelbagai masalah yang mendatang. Janganlah di waktu itu kamu berputus asa, lalu tulisan2mu kamu tinggalkan saja. Peliharalah ia, sayangilah ia dan simpanlah ia seperti harta yang berharga. Harta yang akan membuktikan kamu adalah kamu, dan kamu pernah ada aku yang bertapak di hatimu
Sayang, aku tahu hidup ini hanyalah sementara. Segala apa yang kita lakukan di dunia ini hanya sandiwara yang akan dihitung pula amal dosanya di suatu masa. Tapi sementelah tuhan memberikan kita merasai nikmat dunia dan isinya, elok sajalah cerita dunia ini kita penuhkan dengan warna suka duka, sambil2 mengingati tentang mati dan alam sana. Menulislah seolah2 kita akan mati esok lusa. Di situ, kita akan sentiasa menulis agar tidak ada apa pun yang kita cicirkan di dalam kehidupan, terutamanya memberitahu orang2 yang kita sayang bahawa kita terlalu amat menyayangi mereka
Sayang, aku menulis kerana aku sayangkan kamu. Kamu yang telah aku simpan sebagai sebahagian dari hidupku. Kamu yang tidak akan aku temu kalau bukan dengan izin tuhan. Kamu yang tidak mungkin aku kenal kalau bukan dengan nama persaudaraan. Aku sayangkan segala2nya tentang kamu. Baik burukmu, cacat celamu, kekurangan dan kelebihanmu, marahmu, rajuk dan tawamu, sifat2 buruk dan baikmu, aku sayangkan kesemuanya. Aku sayangkan kamu kerana kamu adalah kamu. Dan jikalau kamu menjadi orang lain, maka kasih sayang itu juga akan bertukar menjadi asing
Kekallah begitu. Kekallah menjadi kamu yang aku tahu…
Jadi sayang, ayuhlah menulis. Biar kita sama2 hiasi dunia dengan kilau kata2. Biarpun kita akan dibawa pergi dan berpisah esok lusa, biarlah dengan tulisan2 ini saja menjadi tanda bahawa kita pernah berkongsi cerita, berkongsi cinta dan berkongsi cita2. Ayuh, mari lah kita mula. Sebelum Tuhan menghantar noktahnya....

5 comments:
Salam saudari haritni,
saya amat meminati penulisan anda
setiap baris ayat amat mendalam mksudnya..setiap bait kata buat aku tidak mahu berhenti untuk membaca penulisan ini.. teruskan lah menulis, selagi nyawa kita blum smpai pada noktahnya~~~
~~~ikaZulaikha~~~
tuan ikaZulaikha,
terima kasih banyak kerana menyinggah dan menyapa saya (^^)
saya akan terus menulis, khasnya untuk pembaca2 sebudiman tuan
terima kasih
he saya sbnrny telah menjadi 'silent reader' sejak tahun lepas lagi...suka sangat membca blog saudari. setiap puisi yang dihasilkan penuh dengan seribu pengertian..amat jelas maksudnya bagi mereka yang meminati gaya penulisan yg lebih kepada 'bahasa sastera' sebegini
syabas saudari...teruskan usahamu
~~ikaZulaikha~~
tuan ika,
anda silent reader saya? sungguh tak sangka. terima kasih. berapa ramai agaknya pembaca2 seperti anda di luar sana ya?
nak anggar berapa ramai itu saya tidak boleh pastikan...tapi saya yakin memang ada 'silent reader' seperti saya di luar sana..kadang bila bosan xde keja saya pasti akan melawat blog untuk dijadikan bahan bacaan..entah kenapa sejak saya jumpa blog saudari saya jadi tertarik untuk terus membacanya...
serasa tenang membaca bait2 ayat...ada maksud yg cukup mendalam dan bermakna hanya itu yang boleh saya katakan
~~ikaZulaikha~~
Post a Comment