Saya fikir saya mahu pergi. Rupanya ada yang kini telah pergi lebih jauh. Bertemu Tuhan Maha Pengasih. Apa ditangiskan? Tidak pernah sepasang mata ini melihatkan. Bagaimana rupanya, apakah hilai tawanya, maniskah senyumannya, tinggi ragah atau pendekkah ia. Tidak, segalanya tidak pernah. Lalu apakah yang ditangiskan?
Sahabat itu masih muda. Namun dewasa pada pemikirannya. Orang baik2, lantas lekas benar dijemput datang. Sayang seribu kali sayang, saya terlalu jauh untuk datang menaburkan kuntum2 mekar di kuburan. Saya cuma seorang sahabat maya. Sekadar orang yang sangat jauh dari nyata
Saya sedekahkan Al-Fatihah buat kamu. Dan bacaan Ya Sin supaya lapang kuburanmu. Itu saja yang saya mampu, dikejauhan yang seperti dulu2. Semoga kamu tenang di barzakh sana. Menanti satu saat untuk kita semua dikumpulkan bersama
Mawar, Embun dan Marwa, untuk mereka saya doakan bahagia. Supaya tabah dalam redha...
Selamat pergi Nafastari. Dirimu tiada pengganti
Al-Fatihah
5 comments:
Al fatihah...
Tini,
bagi pihak keluarga arwah, akak ucapkan terimakasih.
turut bersedih hati dgn pemergian arwah..
awah merupakan seorg shabat sy yg baik dan sekampung..
doakan arwah ditempatkan dikalangan org2 yang beriman..amin
Al fatihah ..
al-fatihah utk rohnya. semoga tenang di alam sana
Post a Comment