Wednesday, March 09, 2011

Tahun ke 27 saya

Hari ini genap saya melangkah ke tahun yang dua puluh tujuh dalam hari2 hidup saya. Segalanya berlaku biasa2 saja. Matahari tetap memancar dengan cerah. Burung2 tetap terbang dengan girang. Awan-gemawan yang masih membiru dan hembusan angin yang tetap menderu. Hari ini saya mulakan dengan kesyukuran. Saya masih mampu buka mata dan diberikan penglihatan. Terima kasih kepada Tuhan yang masih sayang. Yang masih mahu saya berkayuh di lautan kehidupan. Harapnya dengan amal yang berkekalan

Saya mulakan tahun ke dua puluh tujuh saya dengan ucapan terima kasih yang tidak lekang2 di bibir saya. Pertamanya buat dia yang saya sayang. Yang selalu ada di saat susah senang. Saya pohonkan doa, agar kerahmatan ini berkekalan buat selamanya. Biar bagaimana payah pun dugaan yang melanda

Saya ucapkan terima kasih kepada semua rakan2 sahabat2 yang menghantar pesanan dan kartu ucapan. Yang menghubungi bertanya khabar. Kepada anak2 murid saya yang mengucapkan selamat hari lahir, saya ucapkan terima kasih dengan senyuman. Papa dan mama yang jarang sekali melupakan hari lahir saya, terima kasih yang tak terhingga. Tidaklah saya merasa semegah mana. Hari lahir bagai hari2 yang biasa juga

Saya tidak tahu bagaimana perasaan saya pada hari ini. Kerana saya hanya mampu melihat dunia ini dari kaca mata saya yang berusia dua puluh tujuh tahun ini. Dari segi keremajaan, untuk mencuba-cuba sesuatu yang baru, duduk berkhayal dan berjalan merapu, mensia-siakan hari dan masa berlalu; segala-galanya itu sudah seperti terlalu jauh dengan saya. Saya sudah terlalu tua untuk terus meceburinya

Namun dari segi pengalaman yang harus saya cedok, susur galur kehidupan yang perlu saya tempuh, perjalanan getir memburu masa depan, berjaya bersama kerjaya yang diimpikan, berjuang atas nama ilmu dan iman, tetap tawaduk di sisi harta yang bertimbunan, tetap taat walaupun dengan dugaan dan kepayahan, bersedia memikul pertanggungjawaban; itu semua seakan2 jauh juga. Serasa saya masih terlalu muda dan kerdil untuk mengaku yang saya telah mendapat kesemuanya. Bahkan terasa terlalu muda untuk mampu memilikinya

Ya, sekadar itulah yang saya mampu lihat dalam usia2 begini. Dalam usia2 yang entah muda, entah tua. Saya mahu bijak memilih apa yang terbaik dalam hidup. Saya mahu mampu meninggalkan segala yang tidak berkaitan, lalu berjalan ke hadapan tanpa menoleh2 lagi ke belakang. Tapi mampukah saya? Saya juga manusia yang diberikan memori serta perasaan yang suka duduk mengenang. Dan kenangan2 itu adakalanya bagai sumbu yang membakar semangat, selebihnya hanya bagai racun yang menumpulkan tekad

Saya tidak mahu lagi mengumam rasa pilu. Segala yang perit biarkanlah berlalu. Semalam adalah sejarah dan hari ini adalah anugerah. Anugerah Tuhan pada saya utuk saya terus taat menjadi abdiNya. Saya tidak mampu menjadi orang lain walaupaun dipaksa-paksa. Segalanya terasa kekok dan cela. Biarlah saya kekal menjadi saya. Dengan fisikal yang adakalanya berubah, namun jiwa yang tetap serupa. Terjaga dan terpelihara. Aman dan sentosa. Matang meniti usia…….

Terima kasih kalian semua. Entahkan sempat atau tidak berterima kasih lagi di tahun2 seterusnya…..

Ikhlas,
Saya









***
Rakan2 dan anak2 murid yang mengutus ucapan di dinding Fesbuk, terima kasih semua. Maaf, saya tidak lagi aktif di sesawang itu. Terima kasih banyak2 ya

7 comments:

Dina Zakaria said...

happy birthday kak lead..x pulang ke sisi keluarga uranus ke di hari lahir??=D

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

hepi besday kak... wish u all the best...

cikgubad said...

Selamat Hari Lahir yg ke-27 Tini. Masih muda berbanding cikgu yang sudah menjengah 40-an. Peluang utk menimba ilmu dan pengalaman masih terbuka luas.

Masih juga kurang dosa berbanding cikgu ini.

Di tempat baru Tini - berpijaklah terus di bumi nyata, dan junjunglah langit di situ.

Moga kini biarpun kian jauh perginya Tini tapi destinasi dituju kian hampir.

Amin

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
Selamat ulangtahun kelahiran.
Akak doakan agar semua urusanmu
dirahmati dan diberkati oleh Allah swt.

Hartini Omar said...

deena,
maaflah, masa mengekang. x tau la bila nk dtg jenguk famili uranus

za,
thanx za. all d best 2u2

cikgu,
terima kasih banyak atas doa dan harapan. begitulah hendaknya cita2 dan impian

k.aishah,
terima kasih banyak. hidup mesti terus walau serba kepayahan. bimbang belum cukup persiapan bila dipanggil menuju tuhan

terima kasih semua

Anonymous said...

happy birthday..;))