Tuesday, April 19, 2011

Saat2 aku teringatkan kamu, wahai Ahmad...

Hari ini hari Isnin. 18 april 2011. Hari cerah selepas hujan turun lebat subuh tadi. Aku gagahkan juga untuk bangkit walau kantuk masih bersisa. Aku ke ofis seperti biasa, melakukan rutin2 harian yang tidak sudah2. Dengan sabar dan amat berhati2. Dan di saat2 ini aku teringatkan kamu

Ahmad,

Aku menulis ini seolah2 engkau mampu membaca. Kerana kalaulah engkau tahu betapa isteri, keluarga dan rakan2 mu menghargaimu, lalu menangisi ketiadaanmu. Kalaulah engkau tahu...

Laman nafastari yang kau carikkan sejak kita belajar dulu, sekarang ini kemain sunyi. Namun aku buka juga, macamlah kau dapat menulis sebaris dua. Apakah aku rindu? Siapalah yang tidak, wahai Ahmad. Tidaklah dapat aku nyatakan betapa agaknya kepedihan yang dilalui isteri dan puteri2mu. Mujurlah saja kau pernah menulis. Sekurang-kurangnya masih ada laman tempat bertandang, untuk membuang2 rasa rindu dan sayang. Dan sekarang benarlah yang kita sangka-sangkakan, hanya tulisan bakal jadi wasiat dan azimat di saat ketiadaan

***

Ahmad,

Telah aku bercakap2 dengan iparmu kak Aisyah dan kakandamu sendiri (Kak Zu). Terlalu baik hati mereka sudi menghubungiku yang terlalu jauh denganmu dan keluarga. Hampir gugur airmataku tatkala dapat bercakap2 dengan mereka. Seoalah2 bercakap dengan engkau jua. Lihatlah, lihatlah betapa ramai yang tiba setelah engkau pergi. Dapatkah kau tahu semua ini, wahai Ahmad?

Hidup di bumi ini masih bagai dulu2 juga. Manusia tidak sudah2 mencari salah. Mereka bangga mempersenda. Dan tidak malu2 menunjukkan kejahilan mereka. Sepertimana yang selalu kau tulis dulu2. Ah, kalau engkau masih di sini, pasti kau sudah menulis terlalu banyak. Dengan bahasamu yang ringkas tetapi sinis. Yang buat aku terangguk2 kecil. Ah Ahmad, tentu indah dan permai kehidupanmu di sana. Tatkala tiada apa lagi yang mahu disemakkan oleh kepala

***

Mawar menulis juga. Namun tidak sekerap dulu. Paling akhir, semalam. Mungkin masih mencari2 kekuatan dan mengumpul kesabaran. Bukan senang membina semangat yang kian terhakis. Aku tahu beliau terlalu rindukanmu. Dan aku tahu yang engkau juga tahu

Aku jarang mengutusinya di laman beliau. Memang dari dulu lagi aku sering segan berbuat demikian. Entahlah, mungkin kerana aku berkawan rapat dengan engkau dan bukannya dia (senyum). Dengan engkau, aku senang beraku-engkau. Tapi dengan dia, semua mesti berjaga. Selebihnya, aku malu mahu menyuruhnya bersabar, kerana kalaulah beliau tidak sabar, tiadalah beliau masih bernyawa. Namun janganlah engkau gusarkan, aku masih melihat2 dia. Walaupun tanpa suara

Puteri2mu, mungkin baik2 saja. Bertemankan ummi mereka yang kini harus memikul segenap beban. Tidak salah bukan, Ahmad, jika aku mengatakan beban? Kerana kalau engkau di tempat dia pun kau akan merasainya. Dan bebanan itu dipikul sebagai sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang kini harus dipikulnya seorang diri. Semoga isterimu diberikan ketenangan dan keazaman yang tinggi

***

Ahmad,

Pernah aku berjanji, mahu bertemu engkau, untuk menghirup kopi secawan dua. Dan engkau jua pernah mengajakku untuk datang ke tanah kelahiranmu. Lalu dapat kita bersembang panjang mengadap lautan. Tak tersangkakan, impian itu telah terlalu jauh untuk kita ubah menjadi kenyataan. Sedih? Siapalah yang tidak. Aku kehilangan engkau sahabat, tatkala biji mata ini tidak pernah sekalipun terlihatkan. Alangkah ruginya hari2 yang kita sia-siakan

Aku mula belajar menghargai manusia2 di sekelilingku. Lebih2 lagi keluarga, ibubapa, adik2 dan teman yang aku sayang. Kerana aku bimbang kalau2 hayat mereka atau aku tidak panjang. Lalu lekas benar malaikat datang menjemput pulang. Sayanglah jika masa tidak kita gunakan sebaiknya. Menyatakan pada mereka bahawa kita benar2 menyayangi mereka

***

Ahmad,

Mungkin tiada yang menemanimu di kuburan sana selain doa. Entah engkau kepanasan atau kedinginan, aku tidak tahu. Di sini aku kirimkan sekali sebaris fatihah. Kalau engkau kehausan, semoga itulah mampu menjadi pembasah tekakmu yang dahaga. Kalau engkau kepanasan, semoga doaku memberikanmu kedinginan. Dan andai engkau kedinginan, baris2 doaku bakal menyelimutkan

Aku cuma seorang rakan, Ahmad. Rakanmu di kejauhan yang hanya mampu menadah tangan mengharapkan keampunan dan keberkatan. Semoga semangat engkau menjadi nadi kehidupan di dunia. Untuk sama2 bergerak atas landasan Tuhan dan agama. Kami masih di sini, menulis tak henti2. Memberi pengajaran dan pembelajaran pada manusia dengan bahasa dan coretan masing2. Terpulang, mana satu mahu diambil sebagai pendamping

Ahmad,

Nanti kita akan bertemu juga. Di satu tempat yang kekal sebagaimana yang dijanjikan Tuhan sang pencipta. Kamu telah pergi lebih awal, jadi mungkin kurang hisab ke atasmu kerana pendeknya umurmu. Sedang aku, kalau aku hidup untuk 40 tahun lagi, semakin jauhlah aku dari peghisaban yang mudah2. Aku takut, Ahmad. Aku takut siksa neraka

Namun aku mesti terus hidup. Bekerja dan berbakti seolah2 aku takkan mati. Namun kalaulah mampu aku beribadat seolah2 aku akan mati esok hari, kalaulah mampu, wahai Ahmad. Namun aku harus memampukannya juga. Ah, kalaulah engkau masih di sini. Dapat memanggil2 namaku ‘hey Tini’. Kalaulah engkau belum pergi…

***

Tenanglah Ahmad. Pemergianmu mendekatkan. Ketiadaanmu merapatkan. Banyak ukhuwwah yang bersambung dengan pemergianmu. Tahniah Ahmad, engkau akhirnya dapat menjadi contoh. Contoh pemuda zaman kita yang dapat kita banggakan. Semoga nanti kita bertemu di taman yang indah2, sahabat. Mampu berjabat tangan dan tersenyum mengenangkan perjalanan yang berjaya kita tamatkan degan keunggulan

Namun buat masa sekarang, bersemadilah engkau dengan tenang. Senyumlah melihat puteri2mu membesar di hari2 mendatang. Lenalah di dalam kerahmatan bertemankan harum kemboja di pepohonan rendang. Sampai saat2 sekalian kita dipanggil dan dijemput untuk segera pulang…


Salam Kejauhan,
Hartini Omar

14 comments:

Anonymous said...

Aku masih tidak dapat menulis sesuatu pn lg tentang dia.Aku rasa segala perkataan yg ada dlm dunia ini belum dpt disamakan lg dgn rasa kehilangan ini..
Abu Umar(Kopiah puteh)

Hamba kerdil said...

satu nukilan yg cukup indah.. mataku dan matanya tdk prnah brsua, namun aku tetap menyedekahkan doa dan Al-fatihah stiap kali aku teringatkan dia, krn aku tau, beliau merupakan insan yg hebat.. Al-fatihah utk arwah, semoga arwah di tmptkan di golongan para solehin..

Bila Diary Bercerita said...

Ada air yang tergenang dikelopak mata ketika membaca coretan Tini.

Ya, Arwah seorang yang amat baik dan kehilangannya amat dirasai oleh ramai orang.

Hartini Omar said...

Abu Umar,
Atau boleh saya panggil Ahmad juga? (senyum)
Andai saya jadi kamu, saya juga tidak mampu untuk menulis dan berkata2 barang sepatah. Mujur juga kami semua masih ada kamu. Kamulah Ahmad kami sekarang :)

Hamba Kerdil,
terima kasih tuan, krn sudi menyinggah dan meninggalkan jejak. alfatihah juga dr saya buat arwah

kak aishah,
setuju benar, kak. tapi alhamdulillah, kepergian arwah mendatangkan kak zue dan akak :) sekadar cuba berpositif dan merawat ht.. semoga kita juga ditempatkan di kalangan mrk2 yg bertuah, ameen

terima kasih semua

wanahaf said...

nice entry...
saya adik arwah.

Hartini Omar said...

wanahaf,
terima kasih menyinggah dan sudi tinggalkan jejak. saya sudah kenal anda dr dulu lg :)

salam takziah dr sy atas kehilangan kekanda yg anda sanjungi. teruskan menulis. arwah sudah pergi tp kita masih di sini

tetap berjuang sampai mati

terima kasih

Anonymous said...

banyak sudah tulisan mahupun coretan atau apa saja mengenai beliau dipaparkan, namun saya mengambil sikap berdiam tanpa sepatah kata atau cuma senyum sekadar termampu. Tapi setelah sebulan lebih berlalu kamu pulak yang menulis mengenai beliau dan kali ini saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas segala apa yang kamu tulis, tertarik sungguh gaya bahasa kamu Tini,,,, teruskan menulis manfaatkan kelebihan kamu.

Tini, begitulah alam ini......... dan begitu jugaklah kesudahannya kepada isi alam ini cuma masa dan ceritanya saja yang berbeza.

Kehilangan ini sangat dirasa oleh mereka yang mengenali beliau lebih lebih lg kepada ahli keluarganya.

Cuma bila teringat... bacalah.. sedekahlah apa saja yang mampu, moga semuanya mendapat kebaikan. Terima Kasih.

Hartini Omar said...

tuan anonymous,
kali terakhir ahmad mengutusi saya adalah bulan oktober tahun lepas. tak sangka kini kami tidak dapat berutus2 lagi

saya menulis apa yang saya rasa. jika tidak datang dari hati saya, maka tidaklah dapat saya mencatitnya. saya kira ahmad tentu tersenyum melihat kita semua bersatu sebagai saudara apabila beliau tiada

dan itulah saya panggil sebagai keberkatan. hubungan yang erat dan mengetarkan

terima kasih

Hartini Omar said...

ralat : hubungan yang 'mengeratkan' :)

Ishan Qureshi Mehmood said...

Salam HARTINI, kamu terlalu "kejam"! Di saat aku ingin "melupakan" dia, kau bangkitkan kembali kisah sedih yg tak berpenghujung itu! Setiap bait tulisanmu itu buat aku menangis,airmata jatuh berderaian membasahi pipi biarpun hakikatnya aku sudah lelah menangis atas pemergiannya! Setiap bait tulisanmu begitu merobekkan hati, mengguriskan raga! Kamu terlalu "kejam", Hartini! Aduhai, bagaimanakah aku bisa melupakan dia, teman suka dan dukaku!Rintih hati sang kelana dini hari...Ishan Mehmood Qureshi, Suva, FIJI :'(

Hartini Omar said...

Tuan Ishan,

Ah, nama kamu saja dah boleh buat saya jd sayu hati. bukan dari dia jugakah saya mengenali kamu?

ke mana kamu menghilang? lama tak berkirim khabar. Dah jd bapa orang ye? :) ahmad memang dah pergi. tapi kawan2 ahmad masih di sini

singgah la selalu. macam yg kamu lakukan dulu2 ;) terima kasih kerana sudi menjenguk laman saya yg usang buruk

thanks

Ishan Qureshi Mehmood said...

Salam HARTINI,

Saya tak pernah lekang drpd bertandang ke blog kamu...cumanya, saya sudah terlalu jarang meninggalkan jejak (i.e. komen)! Tapi tulisan kamu kali ini telah buat saya terdorong utk menitipkan sesuatu. Ermm, bagaimana mungkin utk saya menjadi bapa orang sedangkan insan yg berjanji utk menjadi pengapit saya telah pergi buat selama2nya :-( Ya, benar...melaluinya, kita mengenali satu sama lain! Dan saat dia sudah tiada, tidak bermakna saya sudah tidak lagi menjenguk blog kamu! Teruslah menulis biarpun sampai satu saat saya sudah tidak lagi dapat menjenguk blog yg terlalu indah ini. Wassalam! Ishan Mehmood Qureshi, Suva, FIJI.

ryina ikhwan said...

saya suka coretan arwah Ahmad, isterinya juga saudari. Semoga arwah beroleh kemenangan di sana. walau saya sekadar mengenali arwah, isterinya serta saudari di alam maya, tetapi luahan di alam maya tetap merentap jiwa saya kerana keikklasan penulisan arwah dan anda semua.

cikgu wani said...

saya tidak pernah mengenali kalian semua,tp sekali terbaca kisah arwah di blog mawar dan nafastari hati saya merasakan mereka begitu rapat seolah-olah saya pn merasa kehilangan yang sama..benar kata cik tini, pemergian awrah merapatkan ukhwah.Berat mata menahan tangis membacanya, saya faham berat lagi bahu mawar memikul dugaan ini.semoga mawar terus bertabah hati dan teruskan menulis cik tini.penulisanmu indah sekali.