Wednesday, April 27, 2011

Saya yang di petang ini

Tiba2 keinginan untuk menulis melonjak2. Keinginan tu bagai budak2 yang menggedik mintak nak beli gula2. Kalau tak pun, keinginan untuk menulis tu boleh disamakan dengan ruam di badan yang mengharapkan penggaruan. Selagi tak garu, rasa gelisah dan tak selesa. Keinginan untuk menulis itu meronta2 dan menggeletek2 perdu hati. Jadi, nak tak nak, saya gagahkan diri

Saya buka juga laman putih ini. Dengan cursornya yang kelip2 perlahan, menanti saya mencoret sebaris dua. Hujan lebat di luar sana, sempat saya jenguk tatkala bunyi guruh berdentum mengejutkan suasana. Sekarang memang selalu hujan, saya pun tak tahu kenapa

SUKA

Saya sangat suka kerana telah berjaya merasai masak asam pedas yang betul2 power. Owh, kalau ikutkan perut saya, mahu saja saya makan tanpa henti. Bagaimanalah mahu saya ucapkan terima kasih kepada tuan empunya masakan itu (^^). Sesungguhnya beliau adalah tukang masak terhebat yang pernah saya jumpa. Selain mama, mak, mami dan ibu beliau juga. Terima kasih ya ;)

SEDIH

Saya juga sedikit sedih bila melihat iklan Nikon d5100 yang baru saja dilancarkan pada awal April lalu. Owh, mengapakah saya tidak punya banyak duit untuk membeli apa saja yang saya mahu? Atau adakah saya terlalu kedekut untuk membelanjakan wang saya ke arah itu? Ah, yang penting saya sedih. Saya mahu duit banyak untuk beli camera baru. Tak dapat beli lain pun tak apa, asal dapat beli camera

TAAJUB

Saya juga ta'jub bila melihat statistik di blog saya yang berubah2 mengikut apa yang saya poskan di sini. Jika saya menulis mengenai Ahmad, statistiknya akan serta merta menjadi tinggi. Jadi nampak benarlah arwah Ahmad yang lebih diminati dari saya sendiri. Saya tidak mahu menumpang populariti sesiapa. Saya menulis apa yang saya rasa. Tidak sebesar kuman pun untuk mengharapkan dibaca oleh semua mata2 di seluruh dunia. Tapi kalau ada yang menyinggah, ucapan terima kasih yang tidak terhingga jualah yang mampu saya kalungkan buat kalian semua

BIMBANG

Saya juga sedikit bimbang dengan peperiksaan akhir anak murid saya di minggu hadapan. Kenapa saya perlu bimbang? Ya, kerana keputusan peperiksaan itu akan menjadi penanda aras kebolehan saya. Apakah saya masih saya yang sama. Atau saya telah berubah hati dari prospek kerja saya. Kerana akhir2 ini, saya seperti tidak selesa dengan kerjaya yang saya puja2

SAYU

Saya juga sayu dan jauh hati bila melihat kalendar. Nanti akan ada hati yang terpaksa dirawat sendiri. Akan ada jiwa yang terpaksa dicarikan gembira. Kerana kalerndar saya telah bertanda merah pada hari2 tertentu di bulan hadapan. Ah, kalaulah segalanya dapat saya tentukan. Saya harap segalanya akan kekal seperti biasa, tapi saya jadi sayu kerana saya tahu lama kelamaan ia akan berubah juga. Saya seperti sudah menempah tiket untuk berendam air mata

SYUKUR

Namun saya juga bersyukur, kerana saya masih mampu hidup serba adanya. Masih merasai makna kasih sayang walupun dihalang manusia2 durjana. Biar, biar masa membuktikan kejujuran dan keikhlasan hati. Segala yang benar, biar ditekan kan tetap menjalar. Saya akan memerhati dengan sabar

RINDU

Owh dan yang ini, pernahkah saya hidup tanpa ini? Tidak. Saya sentiasa merindui semua yang saya sayangi. Semua. Kekeluargaan, persahabatan, kasih sayang, setiakawan, kegembiraan, keluhuran, kejujuran dan ketenangan dalam kehidupan. Ya, saya rindukan keharmonian perasaan. Selain merindui orang2 tersayang. Dan kalaulah mereka tahu bahawa saya amat merindui mereka semua

LETIH

Dan yang ini, saya rasakan benar sekarang ini. Jadinya, eloklah saya tamatkan saja tulisan saya. Saya mahu pulang ke rumah. Kerana ada 'ketenangan' dan 'kegembiraan' yang menunggu saya di sana ;)

Tuhan saja yang tahu, terima kasih semua (^^)

5 comments:

My Azie said...

sape yang masak asam pedas tuuu??nak rasa jugak..:)

Hartini Omar said...

kak,
pergghhhhh... sedap kak asam pedasnya.. memang macam masakan chef. nak rasa? ha, masaklah sendiri. kata org johor. mesti pndai masak asam pedas!

hehehe ;)

mana 'peningkatan' yg dijanji2kan??????? (T_T)

My Azie said...

peningkatan ilek lagi ari ni..cuba lagi tahun depan..hihihi

Dina Zakaria said...

nak nyampuk jugak..

mana boleh tahun depan..kira tahun ni dulula..yang tahun depan, tahun depan punyer cerita pulak..=(

Hartini Omar said...

ye, setuju dgn deena. mana boleh tggu tahun depan. tahun ni punya mesti la kene ada jugak walaupun tak seberapa

ini TIDAK ADILLL!!!!