Wednesday, May 11, 2011

ATV pulak

Setelah bermenung2 di ofis dan melayari beberapa laman web yang tidak ada kena-mengena dengan prospek kerja, lalu saya terjumpa (atau boleh cakap terserempak) dengan satu aktiviti yang belum pernah sekali pun saya buat dalam 27 tahun kehidupan saya. Lalu dengan kecekapan dan pemerhatian, saya akan mencuba aktiviti ini sedikit masa lagi. Yeah!!

Saya telah menjumpai beberapa laman web ini dan ini yang boleh merealisasikan impian saya ini. Dengan bayaran minimun rm50 (Ah, apa ada hal setakat 50 untuk aktiviti sekali seumur hidup :) sedangkan kerja penat2 bagai nak mati), saya akan dapat merasai pemanduan yang hebat2 ala2 memandu 4WD di banjaran himalaya. Hehehe

Apakah saya akan pergi seorang diri? Apa kesah kalau sorang pun. Memandu ATV ini tidak memerlukan co-pilot. (Saya memang sengaja nak sakitkan hati orang yg jauh di sana krn sudah tentulah beliau tidak dapat dapat bersama2 dengan saya di dalam aktiviti ini)

Jadi, ayuh lakukan sesuatu yang baru dalam hidup anda. Sebelum anda dibebani dengan urusan2 kahwin, anak2 dan sekolah anak2 anda. Hidup mesti terus!

***
Tolong jangan boo saya jikalau saya tak jd pergi (^^) sebab adakalanya saya memang hangat2 tahi ayam sahaja. Harap maklum

4 comments:

Anonymous said...

hohoho..fuyoo..sudah minat nampaknye dgn aktiviti lain.. saya nak ikut awk jgak..ala setakat rm50 saya pun nak join gak..sudah tentu awk sangat senang dan melompat2 keriangan bila saya mengegeh nak ikut..huhuhu.

Dina Zakaria said...

wahhh..menarikk...bawak rafique naik best gak nihh..

Hartini Omar said...

cik anon,
awak nak ikut?? alaa, awak selalu mengegeh nak follow saya. em tp ok lah. awk boleh la follow. xde hal. cepat la blk! (^^) hehe

deena,
rafique kalau nak naik memang boleh kot. tp buat pose amek gambar je la. lgpun, rasanya takde helmet yg kecik dan sesuai la untuk kepala rafique (^^) hehe

thanks both of u

peace said...

bestnya. mcm nak cuba jugak. dah pergi ke?