Tuesday, September 20, 2011

Saya yang selalu menyepi

Melewati penghujung umur 20an ini, saya sering menyepi. Saya tidak lagi suka berlibur, tidak lagi suka bercakap, tidak lagi suka tersenyum. Segala-galanya terasa bagai bukan saya yang dulu. Ya, saya lebih suka menyepi, menyendiri dan kekal bersembunyi

Ramai kawan2 yang bertanyakan tentang saya. Kelihatan pertanyaan2 mereka itu di laman2 sosial tempat mereka bersidang, di komen2 gambar hari raya yang mereka datang. Dan bila mereka tidak bertemu saya, mereka tidak lupa bertanyakan saya di mana

Saya masih ada. Masih hidup seperti biasa di bumi tuhan yang luas terbentang. Mungkin hidup saya yang sedikit kurang menyebabkan saya lebih enak diam dan bersendirian. Kerana apabila keluar dan tersenyum2 senang, bila berjumpa dan bergelak2 ketawa, terasa benar bagai menipu diri sendiri dan jiwa. Saya tidak boleh gelak dan senyum sedikit pun dengan hidup dan masalah yang melanda saya

Saya tahu semua masalah ada jalan penyelesaian. Tetapi saya sangsi masalah saya ini dapat saya selesaikan. Rasanya tidak ada jalan lain melainkan redha dengan apa yang Tuhan tentukan. Maka atas nama redha itu jugalah saya hanya mampu berdiam

Saya tidak pernah merungut. Saya suka hidup sendiri tanpa manusia berada di sisi. Saya senang mengikut kata hati yang kadang2 lari dengan kehendak duniawi. Cuma itu lah. Ada harapan kawan2 yang terpaksa saya hampakan. Saya kecewakan. Dan mereka tentu kecewa dengan saya

Saya berkawan dengan ramai orang, namun saya masih lagi suka bersendiri. Saya memang begitu, harap kalian maklum

Menulis kini pun tidak lagi sekerap dulu. Kerana segala perdu rasa telah hilang diserap umur yang kian meningkat. Hidup terasa amat singkat dengan amal yang masih kekal liat. Entah apa yang Tuhan caturkan untuk saya, saya hanya mampu menunggunya sahaja

Tidak ada sebarang jemputan rumah terbuka pun yang saya hadiri pada tahun ini. Entahlah.. Saya sekadar tidak ada hati. Selebihnya kondisi kesihatan saya tidak mengizinkan untuk saya datang bertandang. Saya menunggu2, jikalau masih ada syawal lain untuk saya di suatu masa. Bila saya dapat tersenyum gembira sebagaimana manusia lain selayaknya

Entahkan ada...

6 comments:

Cahaya Malam said...

salam lyd, akak sendiri tertanya kenape lyd lama tidak menulis? :)...akhirnya muncul juga...akak sentiasa ada...if anything just contact me k...:)

Anonymous said...

i like your entry, i read all of them without commenting. i think you are sincere in writing. just keep writing okey :)

Hartini Omar said...

kak laily,
terima kasih banyak. Akak pun diam je skrg eh?

tuan rapunzel,
sangat besar penghormatan dan pujian tuan. hanya ucapan terima kasih yang mampu saya hulurkan sebagai balasan. sila datang lagi dan jangan segan2 :)

Cahaya Malam said...

Ye, kadangkala diam itu lebih baik kan? :)

penawarhati said...

jaga diri ya sahabat =)

Eesa said...

Jika diri itu seorang yang lain dari yang lain,mengapa perlu disorokkan?Tunjukkanla.. berdiri di barisan insan2 unik ciptaan tuhan yang lain.Dirimu sangat berharga.. seperti mana yang kamu cuba jelaskan terhadap insan alpa yang lain... bangkitla.