Monday, May 21, 2012

Plan Mei Jun Julai

Baiklah. Ini entri menganjing (sekadar mengikut cakap Aja yakni kawan sepejabat. Saya masih belum berkesempatan untuk melihat kewujudan perkataan 'mengajing' (sebut : menghanjeng) itu di dalam kamus dewan. Akan saya usahakan). Entri untuk suka2 hati dan bersuka2 dengan plan yang harap2nya menjadi lah.

Ya, hujung minggu ini saya akan ke Mersing johor dengan WRQ kesayangan. Travel by car memang sesuatu yang saya nanti2kan. Lagipun I bujang. Takde anak2 kat belakang yang akan buat bising seperti Faris dan Naufal (anak Kak Dayah), atau yang akan diam2 tapi banyak kerja seperti Rafiq (anak Deena) atau sekadar tersenyum seperti Aiman Junior (anak ayu). So, travel by car memang sweeeeeet dan mententeramkan jiwa

Boleh berhenti mana suka. Boleh singgah2 ikut suka hati. Dan boleh dengar radio sepanjang perjalanan. Owh alangkah bestnya. Dan plan saya, saya mahu singgah itu ladang kambing di Kluang yang masuk JJCM haritu. Mahu rasa steak dan satay kambing. Myvi saya, how much I love you, sayang. You dengan I memang serasi kan, cinta? Hik. Jangan buat hal okay (ugut!)

Oyeh2. Dan bulan hadapan di waktu cuti sekolah bermula, saya akan menaiki keretapi ke singapuraaaaaaaaaa... Segala bajet telah dijanji akan dibiayai oleh ayahanda tersayang. Dan kami akan menaiki keretapi ke pulau singa tersebut. Saya pernah travel alone dulu naik ktm. Saja suka2. Dan sekarang akan ke Selatan pula


Plannya, mahu singgah itu Universal Studio, studio AFC (konon nak beli apron), jalan2 cari makan, habiskan duit dan bersenang lenang. Oh ya, dan ada juga plan jejak kasih untuk mencari saudara mara yang dah dekat 15 tahun tak jumpa. Harap2 berjalan lancarlah plan itu. Singapura, sila tunggu okay. Last saya masuk singapore, time darjah dua kot. Ok owww.. sudah 20 tahun okay. Mesti dah banyak yang berubah. Isk, cant wait!

Heheheheheheeeeee... Dan, yang paling ditunggu2, pada bulan tujuh sebelum puasa, kami sekeluarga akan ke luar negara. Eleh, tapi takde la jauh sangat. Bandung je pun. Walaupun saya dah pernah ke Bandung dulu dengan kawan2 sekepala, kali ini saya akan menemani keluarga pulak untuk bersoppin sakan di kota jawa tengah tersebut. Sakan ke? Mungkin tak sesakan mana lah kot

Itu lah dia segala perancangan untuk 2/3 bulan akan datang. Dapat tak dapat, pergi tak pergi, hidup ke mati, plan tetap plan. Kita merancang, Tuhan tentukan. Yang penting, kalau dah plan, tapi sekiranya ada aral yang melintang, redha kan aje. Tu tandanya Tuhan nak bagi kita sesuatu yang lebih grand. Maybe percutian ke Paris, atau Venice, atau Itali, or atau sekali lagi ke Disneyland... Eceh

Saya sudah lama memerap di Puchong dan Cheras ini. Mahu mulakan hidup baru dengan azam yang juga baru. Single? So? My dad once advised me 'why buy a cow if you can get free milk?'. Owh.. sangat menikam soalan ringkas itu. Sangat jelas untuk difikirkan oleh orang2 yang jelas pemikirannya

Okay. sampai di situ saja entri menganjing ini. Eleh, orang pun tak heran. Ok fine

Bye!!

13 comments:

deena awanis said...

travel by car with a toddler sgt menguji kesabaran. balik kampung mesti kena naik flight skrg, nk cepat sampai..hehe

Ajamahiyaa said...

hihihihi...
td fairuz mengalami konflik fotografer...aja da consult baekk punyer...amacam job dgn client yg xkenal tuh?? ok x?? fuyooo..maju skrg..leh la mintak komisen...wahahahaa..(opss...saje menganjing..ngeh2..)

wowww!! saya pon terliur jugak nk makan kambing dara itu...andai boleh diputar waktu..da lama leh ON pegi together2 seperti percutian di BALING...=p

woooww lagi!! bilerla saya akan pegi ke kota singa itu...

have fun kak lyd!!! ^_^

My Azie said...

i likeeeeeeeeeeeeee!!! have a safe journey!! nak p singapore gakkkkkk!!:)

Rapunzeel Cikilolo said...

syoknye cuti-cuti malaysia ni... :)

Hartini Omar said...

Deena,

Tunggu la Rafiq besar. Nanti dia boleh tolong drive. Deena pulak duduk kat belakang. kan? kan?

Aja,

Haaa dah agak dah. Pasal Fairuz pakai no fon ko, terus akak buat persepsi 'ni mesti si Aja yg psiko barang baik-barang baik ni. Hehehe anyway thanks ye

Owh akak boleh je nak ajak ko, tp memandangkan I risau nanti itu Incik Adi memerlukan surinya di rumah. Serba salah kalau menyinggle sensorang ni tau (-.-)

Kambing dara itu lah yg telah melonjakkan lagi harapan untuk menyinggah di kebun kambing tu. Nanti klau dapat rasa, akak letak entri dlm blog k. Ko tengok gamba dulu. Nanti ajak abg adi pegi

Kak Azie,

Kota singa tu dengan rumah akak bukan sepelaung je ke? Ajak la Incik Azam. Cakap dengan dia, jangan sekadar pandai berazam. Musti buktikan! Hoyeh :P

Terima kasih kawan2 budiman

p/s: Kak dayah je yg susah sangat nak komen tau. Da mention nama dia pun takde jugak respon. Apa eh nak buat untuk umpan kak dayah bg alert sket kat blog2 nih??!

Hartini Omar said...

Rapunzel,

Cuti memang seronok. Tak kisah la Malaysia ke tak. Asalkan yg namanya cuti, duduk2 kat rumah je pun rasa seronok. Hik

Thanks singgah

WS Zuriati said...

mcm best bunyinya...moga selamat pergi dan balik...blk nt tulis lg psl travel tu...

Hartini Omar said...

Kak zu,

Terima kasih. Insyallah kalau ada kesempatan, saya kongsikan di sini ya

Anonymous said...

erk..perak x termasuk dalam senarai ke cik hartini?...huhu

~mmj~

Anonymous said...

kak day mmg alert bab2 blog ni..jgn risau la klo die xrespon pun..hehe

teringat percutian kite ke baling and bandung. sangat sangat sangat best..!!!

sedapnye kambing tu.walopn xmkn lg and xtengok pn jjcm(sb da xsuke da), tp drpd cite aja..rase terliur gak la. bayangkan la bile ditusuk pisau kedlm daging tu, pisau tu tenggelam dan mengeluarkan jus daging yang beraroma wangi kambing..hehe - ok.cukup sekadar imaginasi dan lunch arini ialah nasi goreng ayam mamak..

have fun kak lead

-Ayuneii-

auntacu81 said...

huyoo...bestnyer...jeles akak...heheh...isnya Allah akak doakan plan lyd akan berjalan lancar..have fun and enjoy okay!!! ^__^

Hartini Omar said...

mi,

perak dekat je. Tak perlu kot masuk dalam list. Lgpun, ada apa kat perak? boring la. eheh

Ayu,

ko memang selalu la ingatkan akak pasal daging yg empuk dan tebal. moisture dgn aroma yang menyelerakan. bila cocok dengan pisau, keluar segala jus2 nya yang lazat. owh sangat tak sabar okay

kak laily yg baik dan sopan,

terima kasih kak atas doa dan harapan

terima kasih uols. gila syg!

*Mawar Nafastari* said...

kalau ke mersing singgah kluang lah... jenguk embn dan kekwa.. mereka ngin jumpa aunty hartini