Wednesday, May 02, 2012

Ruang dan Peluang

Lama saya menung depan skrin. Tidak tahu untuk memulakan dari mana. Mahu berkias kah atau terus direct? Mahu mengulaskah atau sekadar berbasa-basi sahaja

Sukar

Hal apakah yang begitu sukar untuk direncanakan itu? Hal itulah

Politik

Saya pemerhati politik yang wajar. Saya suka membaca dan melakukan pemerhatian dan boleh dikatakan berhati2 membuat sebarang penilaian. Saya tidak mahu dianggap sebagai dangkal dan bodoh. Meskipun tidak berkecimpung walau dalam mana2 parti pun, politik tetap menjadi satu isu yang penting dan menarik buat saya

Mungkin kerana faktor manusia. Ya, kerana yang mewarnakan bidang politik itu adalah manusia. Dan bilamana manusia adalah subjeknya, maka perkara itu akan menjadi yang terunggul untuk saya

Menjadi manusia yang bijak itu penting. Bijak berfikir dan manaakul. Kita tidak mahu menjadi khadam yang selama-lamanya hanya 'sami'na wa ato'na' tanpa tahu hujung pangkal sesebuah kisah. Politik adakalanya jadi medan cerdik pandai merencanakan wacana masing-masing. Dan kadang2, ramai juga yang 'memandai2' turut serta sibuk bersaing

Mama dan papa saya yang saling mencinta dan lama berumahtangga pun boleh menonton televisyen asing2 bila masuk bab politik. Dalam politik, kita tak boleh mangharapkan semua manusia berada dalam satu jalan dan landasan yang sama. Dari sudut mana kita melihat sesuatu isu itu sangat penting. Dan yang lebih penting adalah kita sebagai pembaca yang wajar, wajarlah berfikir dan tidak terus melenting dengan bahasa2 keras politik

Bertuhankan Allah, tidak perlu menakutkan saya untuk berkata2 dan menyokong yang benar, seperti kata Ustaz Hasrizal dalam lamannya Saifulislam. Allah Maha mengetahui segala sesuatu yang dilakukan malah yang diniatkan di dalam hati hamba-hambaNya

Saya tidak rasa Allah suka manusia atas pagar.

"Ikutlah, mana2 pun boleh.."
"Ala, aku tak heran la politik2 ni.."
"BN menang ke BA menang ke, kesah pulak aku?"
"Ada effect ke undi aku yang satu ni dalam mengatur negara supaya aman makmur?"

Tepuk dada, tanya iman. Untuk saya, saya kira kita perlu berpendirian. Pendirian dalam kehidupan, pendirian dalam agama, akhlaq dan begitu juga berpendirian dalam politik

Saya pembaca dan pemerhati politik yang berpendirian. Cukuplah sekadar itu yang ingin saya katakan.

Rakyat marhaen bukan bodoh untuk memberi peluang negara tercinta ini dipimpin oleh manusia2 yang entahkan betul entahkan tidak hujung pangkalnya. Tapi rakyat juga bukan bodoh untuk terus membiarkan negara dipimpin oleh manusia2 tidak boleh lansung ditegur dan menganngap mereka saja yang betul

We need space. Rakyat perlukan ruang. Ruang untuk didengarkan pendapatnya. Ruang untuk diambil kira susah payahnya. Dan bukan sahaja ruang, rakyat juga mahu peluang. Peluang untuk perubahan, peluang untuk penambahbaikan. Ya, ruang dan peluang

Dan bila tidak ada ruang dan peluang, rakyat akan mencari "Juang"

Dan jangan marah lah kalau orang lain berjuang..

Salam sayang

3 comments:

cikgubad said...

Tulisan santai tapi serius cukup utk 'membantai' mereka yg berkenaan.

Bagus sekali Tini.

Hartini Omar said...

cikgu,

lama tak menyinggah. Terima kasih banyak2. Dah lama tak 'mencuit' bab politik. harap2 dapat sedikit kesedaran untuk mata2 yang membaca

terima kasih, cikgu

cikgubad said...

Sasterawan bicaranya biar seluas alam, menyentuhnya biar hingga ke sehalus perasaan.

Teruslah berkarya dari hati Tini...seperti yang cikgu katakan masih ada di luar sana yang boleh mengerti bila sudi membaca tulisan Tini.