Thursday, July 26, 2012

Kerja dan hidup

Harini saya nak membebel dua bab yang paling buat saya stress sekarang. Kalau suka nak baca, teruskan. Kalau rasa membazir masa, klik je tanda pangkah kat hujung belah kanan atas tu. Takde paksaan

Kerja

Kalau ada perkataan yang mampu saya ucap yang memberi makna yang lebih mendalam dari bosan, jemu dan tepu, mesti saya akan cakap perkataan tu. Jujur, kalau tak mengenangkan nak bayar WRQ rm590 setiap bulan, bayar rumah rm390 setiap bulan, bayar bil telefon dan internet rm300, astro rm100, ptptn rm150, saya akan berhenti serta-merta dan akan kerja je kfc ke, mcd ke, kerja kilang ke, jadi waitress kat hotel2 ke. Serius, saya JEMU!!!

Setiap malam saya tak boleh tidur lena mengenangkan yang saya terpaksa bangun esok pagi dan mengadap orang2 kat ofis. Pelajar yang daripada beratus2 orang zaman2 saya mula mengajar dulu dah tinggal 3 ketul macam kelas tuisyen dan semua itu membantutkan lagi nafsu berkerja saya

Nak cerita pasal improvement dan increment? Saya rasa better kita tak payah sentuh kot bab2 external macamtu. Nanti orang kata saya ni materialistik pulak. Kalau orang yang betul2 kenal saya, orang akan tahu yang I am an intrinsic person. Saya mencari kerjaya bukan sekadar kerja. Saya mencintai apa yang saya kerjakan, bukan apa yang saya dapat dari pekerjaan tersebut. Tapi jangan la sampai 5 tahun kerja, takde apa pun yang boleh dibanggakan. Nak jugak rasa dihargai

Namun setelah hampir 5 tahun di kampeni ni, perasaan saya mula gundah. Otak dah jadi tepu, dan dalam erti kata lain, saya dah takde feeling nak pergi kerja. Jujur, bukan buat2. Saya bosan tengok tempat ni, orang2 kat sini, hawa kat sini, warna dinding kat sini, makanan kat sini, semua buat saya BOSAN

Kadang2 rasa nak nangis, kadang2 dah nangis pun. Dah lah saya hidup sorang, nak bercakap dengan siapa pun saya tak tahu. Bila pendam sorang2, saya boleh gila. Pada Tuhan juga saya pohonkan, semoga hendaknya diberikan jalan keluar. Sekarang! Dalam masa terdekat ni. Bukan tunggu setahun dua lagi. Saya dah tak tahan

Hidup

Ni satu lagi yang buat air mata saya merembes tak kene tempat. Kalau kat restoran, restoran lah. Kalau tengah beratur beli tiket wayang, kat situ jugaklah dia nak tumpah. Paling banyak menangis mungkin dalam kereta time memandu dan of course la atas sejadah. Kadang2 sampai teresak2

Tengok orang lelaki dukung anak, rasa nak nangis. Tengok orang lelaki pimpin wife dia rasa nak nangis. Baca blog orang cerita pasal husband, wife, kids rasa nak nangis. Semua lah nangis. Sampai time berbuka semalam pun saya nangis. (Eh itu sebab tengok drama dejavu. Heh) Nangis mengenangkan hidup yang tak macam orang lain. Orang ada isteri, ada anak, ada teman, ada bff, ada cita2, ada harta, ada semua. Memanglah membuatkan saya sangat2 stress tahap nak jerit kuat2

Kadang2 saya tanya balik diri saya, adakah saya tidak cukup berusaha? Kenapa Tuhan cipta saya penuh kelainan sampai saya terpaksa redha dan akur dengan hakikat yang menyakikan?? Apakah ujian yang paling berat yang saya benci sangat2 tu adalah sebenarnya satu anugerah tuhan paling bermakna untuk saya? Sungguh, saya terlalu lemah untuk mencari jawapannya

Saya tengok blog2 orang duk jalan2 keliling dunia dengan belahan jiwa masing2, hidup aman damai dan tak payah nak stress2 fikir pasal benda2 ni. Saya nak cerita pasal belahan jiwa? Allah... Tang belahan jiwa tu pun dah rasa miang telinga. Ada ke orang dalam dunia ni yang betul2 faham makna cinta. Bab cinta tak pernah berhasil kot dalam kehidupan saya. Sorry beb, out of chapter

..............................

Saya cuba memberi unsur2 positif pada diri sendiri, selalu paksa diri untuk fikir yang baik2 je. Kadang2 memang saja saya bermanja2 dengan kamera kesayangan saya, membelek-beleknya sampai berjam2, semata2 untuk menenangkan kerunsingan hati dan jiwa saya. Kamera je lah yang saya ada sebagai teman. Nak harapkan manusia, hmmmm....

Saya berkira2 kalau dua bab yang atas tu dapat saya atasi, mungkin saya akan hidup bahagia dan gembira macam orang lain, walaupun kehidupan saya tak sama macam mereka. Kalaulah mampu saya kawin, dah lama saya kawin. Saya tak mampu. Jujur, memang takkan mampu. Not in this world, not in this life kot

Saya tak kesah sebenarnya hidup seorang. Selama ni pun saya jenis gamble lepak sorang2. Cuma bila masih ada kisah hati yang belum usai, saya takkan bebas. Apa yang saya mahu adalah kebebasan. Bebas dari mencintai mana2 manusia, dan mengharapkan sesuatu dari mereka. Bebas menjadi diri saya. Bebas tanpa rasa rindu, dendam, sakit hati, dan stress tengok orang lain bahagia

...............................

Saya selalu pesan pada diri sendiri. Hidup ni macam roda. Maybe time ni saya tengah berada di bawah. Dihimpit, terhimpit, sakit dan disakiti.

Bila baca "Inna maal usri yusra", hati rasa sejuk balik. Tapi ye lah, saya ni bukannya malaikat. Sekadar manusia biasa. Kalau hari2 kene pujuk diri sendiri, tapi perubahan tak berlaku, stress la jugak

Mujur lah ada agama kan. Agama yang buat diri jadi insaf, sakit2 pun bersyukur jugak, agama yang entahlah.. Setakat ni sebab faktor agama je kot saya tak lakukan apa2 kerja bodoh seperti bunuh diri ke apa. Well, untuk kawan yang tau apa masalah saya, dan saya tahu apa masalah dorang, kita sendiri tahu yang kita kuat sebenarnya. Kita paling sabar dan paling kuat

Selalu dalam barisan doa2 terakhir saya, saya bacakan ayat2 kat bawah ni. Orang panggil ayat seribu dinar. Ayat yang selalu disalah anggap sebagai ayat yang boleh jadikan orang kaya sampai tokeh2 kedai duk gantung ayat tu kat dinding kedai dia. Tapi makna ayat tu haram nak diambil tahu. Ayat ni lah jadi macam candu yang bagi harapan pada saya. Kalam2 yang seperti satu pujukan, seolah2 Allah tengah pujuk saya. Gila perasan kan? Ah peduli apa. Tapi serius, ayat ni memang 'racun'


Saya bagi mafhum ayat tu ikut apa yang saya hafal. Kalau nak terjemahan lengkap, rajin2kan lah tangan tu bukak tafsir. Tak pun cari je kat gugel

"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan memberinya jalan keluar (dari apa yang menyusahkannya). Dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Siapa yang berserah diri bulat2 kepada Allah, maka Allah cukup baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan perkara yang dikehendaki-Nya. Allah telah menentukan kadar dan masa berlakunya tiap2 sesuatu" 65 : 2-3

Gila tak sedih kalau tahu makna doa yang kita baca. Menjejeh2 air mata. Sedih, sayu, sebak, rasa macam takde jalan keluar dah melainkan kalau Allah sudi tolong. So, saya terus bersabar dan bertahan, macam sekarang

Saya pohon dalam doa, agar ada nanti hari2 bahagia buat saya. Yang mana pada hari tersebut, saya akan tersenyum membaca entri yang saya tulis hari ini. Satu masa yang Tuhan tentukan untuk saya, bahagia dan gembira bersama redha Tuhan yang mengelilingi saya

Saya tahu Tuhan tahu

Saya yakin, Dia memang tahu

6 comments:

*Mawar Nafastari* said...

suke layout template baru kamu ni hartini.. :)

dan suke juga bahasa kamu yang bersahaja kali ini... :)
ikhlas, jujur dan matang penulisan kamu...

ya, Tuhan tahu yang terbaik buat kita semua...
dan saya tahu kamu memang orang yang sabar dan tabah..
teruskan lagi kesabaran dan ketabahan itu..

Cahaya Malam said...

Salam lyd, wah dah tukat template yang baru...new things good!

Hmm...akak nak cakap ape pun dah tak tahu bukan...dah pernah discuss kan pasal ni, lyd yang lebih faham tentang diri lyd...mungkin itu petunjuk tempat lyd bukan disini lagi...yang penting lyd jangan lupa Allah s.w.t, ya insya Allah dia lebih tahu apa yang terbaik, dan orang yang bijak pandai macam lyd pasti akan dapat menghadapinya...p/s: akak sentiasa ada if u wanna talk...at least for listen if not to solve ur problem...ya jemu dan tepu di tempat ini...:S

Hartini Omar said...

mawar,

terima kasih sudi singgah. layout baru ni buat gambar nampak lg besar. selain tu ia simple. takde kaler2 sgt. ya, saya masih bersabar dan bertabah. hingga hirupan nafas terakhir, insyallah

kak laily,

hidup dah la tak mcm org ye kak? dapat pulak kampeni yg menindas org. mana lah x stress. knp tuhan selalu bg kebahagiaan dan kekayaan pd org yg banyak sakitkan ht org lain? kdg@ rs mcm x adil. hmm.. mungkin istidraj kot. saja nak bg depa lebih lalai dan leka

bersangka baik je lah dgn Allah

Ajamahiyaa said...

hmmm..kan....
jika kiter duk pikir siang mlm...
kiter asik nk pesoalkan..kenape?kenape?kenape?
boleh giler rasernyer...

kebelakangan ni aja raser...aja agak bertenang...
tersentak dr lamunan...yg asik menuding jari...sedangkan...
sisi gelap diri sendiri yg perlu dicerahkan....yg selama ini membelenggu hidup..
yg selama ini susah utk kiter akui...yg mana apa yg kiter rasa betol..
sebenarnyer salah...iyer..semuanya dr diri kite....yg perlu diisikan cahaya...
ntahla selama mana boleh bertahan....

yg pnting....k.lyd slalu pikir..bukan k.lyd sorg jek berseorangan yg sedang berjuang utk bertabah..
malahan...kalau kumpul2 org yg sedang bertahan nih..ramai..semeriah penonton di konsert2...hehee=p

Dina Zakaria said...

kak lydia, mari bertabah..
dina nak tabah sampai feb ni je.pastu nak tabah hala ke lain pulak..
good luck ye.

Hartini Omar said...

aja,

mengenang2kan ko lah akak selalu jd terdiam. banyak lagi org lain kat luar sana yg lg perit dugaannya dr kita. nak lari x boleh, nak stay sakit jiwa. akak ni kira boleh la curi2 larikan diri jugak. nak x nak, terpaksa lah berlapang dada, berbaik sangka dan x payah nak fikir2 sgt lah. (tp susah lah utk org yg mmg jenis pemikir mcm akak ni)

aka selalu ckp kat diri, manusia ni mmg x pernah puas. nanti klau tuhan dah bg apa yg kita mintak, kita duk keluh perkara lain pulak. macamanalah nk jd org yg bersykur kan?

deena,

beberapa bulan je lg dina. lepas ni boleh la dina menyibukkan diri dengan jurnal plak. bertabah kalau tang tu xpe. hasilnya pun nanti berbaloi2.. kadang2 bukan berjuang tu yg kita bisingkan, tp lepas dah berjuang, ada ke hasil?? haaaa.. kalau memang ada, apa ada hal ye x. gud luck jugak utk deena dan progressmu

thanx kawan2