Sabtu pagi yang terang lagi indah. Baru sudah saya berbasikal mengelilingi taman perumahan. Sekadar menggerak2kan otot yang lama kelesuan. Pokok2 mama pun sudah saya siram dengan air yang banyak. Buat bekal petang dan pagi esok yg mana selalunya saya seringkali akan gagal menyiram.
Sekarang sedang mendengar lagu Hafiz - Kuakui. Saya dengarkan berulang2 kali. Sehingga titik air mata menghayati sebuah seni yg indah.Terasa damai benar jiwa. Harap2nya tidaklah akan saya dendangkan lagu ini buat sesiapa. Kerana liriknya mirip mereka yg gagal menghargai orang2 yg menyayangi di saat keberadaan. Lalu tatkala telah hilang akan yg selalu mencintai, menasihati, memerhati, menyanjungi dan menyayangi itu, terasalah sesalan dan kehilangan yang teramat sangat.
Bukan hanya untuk kekasih malahan ibu ayah yg jarang sekali kita hargai, adik beradik, sahabat, suami isteri dan juga anak2. Ayuh kalian. Mari hargai dan bersyukur dengan apa yg Tuhan kurniakan. Sebelum Tuhan mengambilnya kembali dan kita tidak sempat membisikan walaupun sepatah ucap sayang.
Buat lah panggilan, kirimkan pesanan, berikan senyuman, belaian dan pelukan sebagai tanda kasih. Dan jika jarak menjadi punca pemisah, maka dekat dan eratkan dengan usaha. Dan jika kuburan menjadi perhentian yang memisahkan, kirimkan segaris doa dan harapan. Dunia ini hanya sementara, kawan. Apa yang sering disebut2, didoa dan diharapkan dengan sepenuh hati, jarang tidak didengari. Lebih2 lagi oleh yg Maha Mendengar keluh kesah hati.
Jadi yakinlah
Yakinlah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa hamba2Nya
*****
Mama papa dan adik2, kawan2 uranus yg dikasihi, sahabat saya mami, mak dan Nyah di kampung, Ahmad yg jauh dan surinya Mawar yg dekat, mak abah yg menolak cinta dan keikhlasan saya mentah2, dan belahan jiwa saya yang satu2nya di hati, yg saya kasihkan demi Tuhan yg menciptakan, yg memberi semangat dan dorongan, yg memang terpaksa dijauhi namun terasa hampir sekali, saya amat2 menyayangi dan mengasihi kalian demi Tuhan
Ya, semata2 demi Tuhan
*****
Ku akui, sayang ini demi Tuhan dan untuk Tuhan
3 comments:
Akak xpernah puas membaca tulisan Tini...terima kasih kerana masih menulis...akak nk kongsi cerita dgn tini kt sini..suatu hari akak berbual dgn jiran sebelah umh sewa akak ni..rupanya dia bekas student tini kt masterskill..dia kenal Tini dan dia cerita kt akak dia sgt suka dgr ayat2 tini masa mengajar dia...dia pun xsangka yg akak kenal dgn tini..kesimpulannya dunia ini kecik sgt...
Ws Zuriati..
Kak, senyum saya baca cerita akak. Segan pun ada. Entah apa2 la yg student saya tu gebangkan agaknya. Kalau lagi 10 tahun saya mengajar, berpindah dr satu institusi ke institusi yg lain, mungkin sekali dunia ni akan terasa lebih kecil. Ramai yg kenal-mengenali antara satu sama lain tanpa kita sedari :-)
Terima kasih kak, sudi kongsi cerita. Nanti kita jumpa pulak ya. Akak jg dr
Berkasih sayang hanya kerana-Nya
Take care sahabat =)
-permatabonda-
Post a Comment