Thursday, May 09, 2013

Apakah saya rasis?

Apakah saya rasis, bila saya lebih mementingkan kaum melayu saya, yang kini nampaknya sudah nyawa2 ikan?

Apakah saya rasis, apabila saya kini mula celik mata dengan anak bangsa saya yang makin nampak diperkotak-katikkan?

Apakah saya rasis jika saya berjuang untuk bangsa dan agama saya yakni Islam?

Apakah saya rasis jika saya menjadi begitu sedih dan sayu hati melihat kebodohan bangsa sendiri yang berpecah belah ke mana hala?

Apakah saya rasis jika saya benar2 menyayangi negara saya, tempat tanah tumpahnya darah saya?

......................

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu hanya memilih pemimpin yang sama bangsa dengan kamu?

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu cuma membaca akhbar yang ditulis dengan bahasa dan huruf2 kamu?

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu mengatakan saya rasis?

Dan apakah kamu tidak rasis apabila kamu menggunakan manusia yang sebangsa dengan saya semata2 untuk mendapatkan kemenangan yang kamu idam2kan?

Dan berfikirlah sejenak, apakah benar kamu tidak rasis?

......................

Memang dari dulu, dari mula2 menulis, saya adalah anak bangsa yang merah darahnya dan cekal kesungguhannya untuk bangsa saya. Memang dari dulu. Di pertengahan jalan saya pernah hilang arah. Di zaman2 pemerintahan Pak Lah, saya sangat bencikan kerajaan yang berpaksikan nepotismnya. Sangat2 bencikan kepimpinan yang layu, lembab dan bodoh

Namun di tahun2 yang terkini, dan semenjak saya bersaudara dengan orang Singapura mata saya mula terbuka. Melayu di sana hidup susah dengan kepimpinan bangsa lain. Benar2 susah. Susah sehingga mereka tidakpun memiliki kereta dan rumah. Sangat susah sehingga mereka sukar menjawat jawatan tinggi dalam kepimpinan kerajaan mereka. Jika anda rasa mereka senang-lenang dan kaya, percayalah itu tidak benar. Marilah ikut saya ke sana, akan saya buktikan apa yang saya kata.

Itu semua hasil dari Melayu yang baik. Melayu yang memang selalu saja baik. Baik sampai diperkotak-katik. Dan apakah kita mahu Malaysia menjadi seperti itu?

Saya sayangkan Islam. Saya sayangkan Melayu. Tapi saya benci orang lain yang memperalatkan Islam untuk mengusir dan mencemar Melayu

Saya benci. Terlalu benci. Noktah!

Apakah saya rasis? Lalu apakah kamu tidak?

Think!

4 comments:

BungaTulip said...

hari ini, pertuturan kita sumua di anggap rasis oleh orang di sebelah sana. cuma mengharapkan orang melayu terus bersatu, itu yang sebaiknya!

Tengkubutang said...

haiiiiii.. follower ke 112

done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Anonymous said...

hari ini, generasi-generasi muda tidak pernah fikir akibat jika tersalah pilih pemimpin...sekali tersilap pilih, xkan dpt diundur lagi...

apabila melayu hilang kuasa, kuasa raja-raja telah dihapuskan,perlembagaan telah ditukar,nescaya menangis airmata darah sekalipun tidak akan dapat diundur lg...

fikir2kan la...

Hartini Omar said...

Rakan2 yg dimuliakan,

Semuanya saya setuju. Hendaknya lebih ramai yang duduk berfikir dan berzikir

zikir itu beringat-ingat