Friday, December 20, 2013

Burgess Park and Winter Wonderland, London

Salam kawan2 tersayang. Maaf baru berkesempatan menjenguk laman yang kian usang buruk. Walaupun buruk masih kekal kukuh dan padu, begitulah hendaknya selama mana Tuhan masih sudi meminjamkan nyawa

Saya sibuk betul dua tiga minggu ni. Sebelum cuti Krismas, segala report minta dihantar, segala kerja minta diberes. Jujur, saya hanya memerap di dalam bilik, keadaan saya sugul, makan pakai tak menentu, kesihatan juga tidak secemerlang ketika bersuka2. Memang benarlah kita ni hamba yang hanya suka kepada perkara yang molek2 saja

Namun yang sugul, murung, kusam, kelam dan payah itu saya tidak mahu ceritakan kepada anda. Biarlah saya saja yang mendepaninya dengan sabar dan tabah. Yang penting harga jaya ini bukan murah

Sungguh bukan mudah dan bukan murah

Kini Alhamdulillah, saya mampu menarik nafas lega (walaupun sebentar) sebelum memulakan kembali pengajian di tahun hadapan. Wah.. Tahun depan sangat. Berapa minggu je lagi. So sekarang saya mahu cuti. Semua orang perlu rehat. Muktamad!

***

Burgess Park

Kali ini saya mahu kongsikan dengan anda tentang taman yang pernah saya ceritakan sebulan yang lepas dalam entri ini. Seperti biasa saya akan bercerita dengan gambar. Silakan menonton ;)


Ini Burgess Park yang berada di dalam kawasan kejiranan saya. Saya selalu ke sini berjalan kaki. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 minit. Kalau langkah besar macam mat salleh, mungkin sekitar 2 minit je dah sampai. Sangat dekat.


Sinaran matahari adalah anugerah paling berharga buat saya di London ini. Kalau ada matahari, saya memang akan mencari peluang untuk bersidai dan berjemur. Dulu saya sangat pelik, pelik bila tengok kenapa mat salleh suka sangat berjemur. Rupanya ia bukan faktor mat salleh. Ia faktor apa yang anda perlukan yang bersesuaian dengan tempat anda. Di Malaysia dulu kalau panas terik saya naik menyampah, malah selalu menyumpah2 kenapalah panas sangat. Sekarang dah takde baru tercari2. Camtu lah selalu manusia kan


Masih terdapat saki baki dedaun yang belum gugur. Menanti ketibaan musim sejuk yang bakal datang. Tapi yang sekarang ni pun dah sejuk sangat untuk saya. Suhu dalam bulan ini adalah sekitar 1-7 darjah celcius di tempat saya. Kadang2 berteman kabus, kadang2 berteman mendung, selalunya bertemankan hujan. Dan jarang2 sekali matahari muncul galak seperti hari saya merakam gambar ini


Dengan cuaca sebaik ini, tentu bukan saya seorang je yang mahu mengambil manfaatnya. Ramai orang keluar berjogging, bersenam, berjalan2 dengan keluarga atau sekadar membuang2 pandang. Sangat indah dan mendamaikan


Yang datang dengan anak2 kecil takkan sekali2 melepaskan peluang memberi itik, angsa dan burung2 makan. Saya pun macamtu. Selalunya saya ke sini dengan saki baki roti yang dah expired. Saya akan koyak kecik (kalau rajin saya potong) dan tabur pada itik2 dan angsa2. Berebut2 dorang makan macam lapar sangat tengoknya. Tapi maybe memang lapar kot sebab sejuk2 ni cepat terasa lapar!


Tasik di Burgess Park yang mententeramkan jiwa. Dari dulu saya memang suka dengan alam semulajadi. Dan tak sangka dekat dengan rumah sekarang ni Tuhan hadiahkan kurniaanNya yang semakmur ni. Saya bersyukur sangat. Bersyukur Tuhan tentukan saya ke sini. Yes I am alone, but never lonely! ;)


Entah apa lah yang buat pagar buruk pun nampak cantik. Entahkan hawa dinginnya, entahkan dedaun keringnya, entah lah apa. Namun segalanya mendamaikan di sini. Walaupun jalan sorang dan kedinginan, jiwa saya hangat dan kebasahan. Tuhan sangat mengenali hambaNya. Ya, Dia benar2 kenal saya. Terasa banyak yang dipinjamkannya, tak mampu untuk saya mensyukurinya dengan seribu tahun ibadah. Terlalu banyak

Apakah cukup kesyukuran saya?


Sebuah rumah yang berada betul2 di tepi tasik Burgess Park. Kalau tingkap bilik saya la yang mengadap tasik ni, stadi tak dapat distinction jugak tak tau lah. Punyalah helok panorama


Keluarga yang macam saya jugak. Datang bagi burung2 makan. Buat pahala percuma. Bukan susah mana. Kalau kita gembira, kan best kita kongsikan dengan semua. Biar sama2 rasa gembira. Ni tak, nak kaya, kaya sorang. Nak senang, senang sorang. Kau gaji banyak takpe. Orang gaji banyak tak boleh. Kau makan sedap takpe, orang lain biar makan nasi lauk kicap je. Helok sangat perangai kan? #mohonterasa


Angsa2, itik2, merpati dan burung di London ni memang bersaiz besar dan berbulu lebat. Macamtu jugak dengan kucing dan anjing mereka. Bulunya tebal dan nampak berat. Pandai Tuhan tentukan sesuai ikut keadaan. Ye lah kalau orang boleh lah nak sarung sweater ke jaket, kalau binatang pandai la pulak nak menyelimutkan diri. So Allah siap2 dah sediakan bulu yang tebal untuk binatang yang kat sini. Perfect!

Terbayang kucing Malaysia yang halus2 kalau bawak datang sini, mahu kejang! Sejuk gila macam dalam peti ais

Itu lah sekadar gambar2 Burgess Park yang dapat saya kongsikan. Lawa kan? :) Saya memang akan selalu ke sini. Bila saya mahu berjumpa matahari dan bila saya sudah terlalu muak dengan kertas2 dan buku2. Saya akan datang hanya untuk bermenung

Bermenung2 juga satu kurniaan. Terima kasih ya Tuhan ;)

***

Winter Wonderland

Dan yang ni saya nak ceritakan tentang Winter Wonderland yang ada di Hyde Park hanya di waktu musim sejuk. Nama pun winter! So bila nak dekat2 krismas ni ramailah umat manusia di London ni yang bertebaran membuat persediaan sambutan hari raya mereka.

Dan sempat juga saya ke sana menjenguk2 keadaan. Nah saya kongsikan


Winter Wonderland ni ala2 tempat funfair gitu kalau kat Malaysia. Kira macam Danga Bay la. Ada gerai2 jualan, permainan budak2, permainan orang dewasa, kedai makan, kedai tikam2 dapat bear, camtu lah lebih kurang. Time saya pergi ni weekdays. Kira keserabutan dia masih boleh diterima lah. Kalau pergi malam minggu memang tak dapat jalan lah kak non oi. Tersangatlah ramai umat

Macam kita lah kot nak dekat2 raya. Tapi kita kalau raya haruslah tak ke fun fair kan. Tapi pergi expo2 baju raya, pasar karat, gerai2 jual kerepek dan kuih raya macam Plaza PKNS.. Ha macamtu lah lebih kurang


Kedai2 tikam (saya tak tahu nak panggil apa sebenarnya. Bagi saya kalau bayar duit pastu baling2 bola, tembak2 rabbit, masukkan gelung bagai ni semua saya panggil tikam. Haha bedal lah). Kedai2 yang bagi hadiah bear bagai ni memang lah banyak. Saya haruslah tak termakan dengan pujukan benda2 macamni. Tak terliur pun nak main. Bear pun saya tak suka. Saja datang cuci2 mata


Pelbagai permainan yang disediakan bermula dengan GBP1 sampai lah GBP8. Marry go round la, ferris wheel la, semua lah ada. Ribut, bising dan sesak. Lagu krismas sana sini berkumandang dan kat mana2 ada orang pakai topi krimas (Christmas knit) yang macam santa calus pakai tu. Hari raya dorang kan.. Layankan aje la


Kedai2 beer and wine yang hok macamni memang banyak sangat lah. Gaya macam kedai jual air cincau, air cendol, air bandung yang ada kat pasar malam tu. Kira macamtu lah lebih kurang. Minum pakai cawan plastik. Dorang minum beer tu macam minum soda je kot. Dah terbiasa so kalau setakat secawan tu tak mabuk agaknya. Sebab saya tenguk selamba je mak bapak bagi anak2 kecik minum beer time dorang dahaga. Kesah. Coca cola kot gamaknya.. Saya mampu tengok je la. Terbayang2 air tebu air kelapa.. Hmmm....


Kopi, hot chocolate, waffles, bagel, churros.. memang lah murah kat negara orang putih ni. Dah memang makanan dia ye tak. Beger, hot dog segala memang banyak lah jual tempat2 macamni. Tapi nak dapat yang halal memang bercinta la kan. Ko bawak je sandwich dari rumah. Habis cerita. Semua lah ada kat sini. Yang takde kopok lekor ngan bebola cucuk2 sebatang singgit yang jual atas lori tu je. Haa yang tu takde. Hmmm.....kan lagi sekali


Pokok krismas yang menjadi kebanggaan mereka bila sambutan krismas. Macam ketupat kita lah kot. Satu yang beza antara kita dengan dorang, hari raya kita banyak lagu sedih2. Lagu sayu2 gitu. Kalau dengar terasa sebak. Tapi krismas dorang tak. Krismas adalah hari dorang gembira. Semua lagu krismas rancak2. Memang takde can la nak nangis time krismas kiranya. Apa nak susah2 rindu mak kat kampung, ko balik lah kampung. Camtu la kiranya konsep dorang. So nak nangis kenapa kan? Hahaha


Antara gerai2 yang menjual barang2 cenderamata. Panjang pasar ni dari hujung ke hujung. Jalan je lah cuci2 mata. Nak membeli memang tak lah kan. Sebab mostly barangan yang dijual dalam ni lebih mahal dari yang di luar. So jadahnya nak beli kat sini. Saya bukan tourist okay


Ni lah pasar and gerai2 jualan dia. Macamtu lah lebih kurang yang dapat saya kongsikan untuk menambah pengalaman anda. Nak masuk Winter Wonderland ni percuma. Tak payah bayar. Tapi kalau nak main ngan nak beli kene lah bayar. Kalau takde duit, jangan sekali2 buat alasan tak boleh berjalan. Cari lah tempat yang tak payah pakai duit. Tapi kalau kau sendiri yang bergerak pun malas, nak sidai kain belakang rumah pun berkira, serius saya tak tahu nak nasihat apa

Bawak2 lah bergerak. Mulakan dengan menyapa jiran sebelah. Mesti lepastu pandai bawak diri. Ni dengan jiran pun kau menyombong. Aptb orang2 macamni. (Tapi saya tahu rakan2 pembaca semua baik2 dan budiman belaka. Ni orang lain. Bukan kita! Hahaha)

Ni kalau gelap macamni tang musim2 sejuk ni baru pukul 5 petang je sebenarnya. Maghrib pun masuk sekitar 3.50pm. Memang bab tu lah yang saya paling tak berkenan sangat. Sebab kalau stadi, sekejap je dah malam. So mind set kalau dah malam dah malas lah nak stadi padahal baru berapa jam je tengok buku. Nasib2..

Musim sejuk ni yang paling untung kalau puasa lah. Subuh pukul 6 suku camtu dan maghrib pukul 4 petang. Huntong woo. Tapi kau tunggu je lah puasa time summer nanti kan. Sahur pukul 2 pagi berbuka pukul 10 malam!

Mati!

Ok takpe. Bertabah je rasa semuanya. Semakin banyak pengalaman, semakin kita kenal dengan Tuhan ;)

Tu je yang dapat saya kongsikan kali ni. Ahad ni saya akan ke Oxford sempena cuti2 krismas. Tapi pulang semula ke London pada 24hb sebab member sibuk ajak pergi boxing day on 26th. Apa boxing day tu ayuh sama2 kita tunggu.

Saya akan ceritakan tentang Oxford pulak nanti kalau2 ada kelapangan

Terima kasih dan salam hormat. Jaga diri dan doakan saya di sini

Salam sayang,

Tini Omar

9 comments:

Rapunzel Cikilolo said...

indah negara orang, lagi best negara sendiri kan...

semoga perkongsian ni boleh beri aku gambaran jelas kat sana...

hehe.

Hartini Omar said...

rapunzel,

sebab tu lah ada pribahasa hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri tu..

sebab best macamana pun, tanah tumpah darahku jugak yg dirindu

tima kasih singgah ;)

Shahratul Nadia said...

Jauh perjalanan luas permandangan... Tp mne nk dpt sambal belacan kt ngra org kn...hehe

peace said...

selamat bercuti

peace said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Hartini Omar said...

Nad,

Ada sambal belacan kat sini Nad. Tapi kene buat sendiri la. Hee

Ustazah,

Terima kasih. Jom bercuti sekali yuk!

Anonymous said...

tahniah miss..lame xbace blog ni tbe2 bukak n miss dh ade oversea..hanahramli

Hartini Omar said...

Hanah ramli yang mana ya? Saya lupa dah. Ramai sangat student. Papepun terima kasih banyak sudi singgah ;)

Doakan saya k. Jaga diri

Anonymous said...

hanahramli healthcare 0804..sama2 miss..sy doakan miss berjaya t.care jugak