Wednesday, January 22, 2014

Lawatan sehari ke Manchester

Alhamdulillah. Dengan izin Tuhan yang maha kuasa dan pemurah, saya telah sampai ke Manchester. Rumusan ringkas yang boleh saya buat adalah, Manchester itu lawan bagi Oxford. Bandarnya moden. Bangunannya moden dan tak banyak beza dengan bandar2 yang selalu saya lawati

Cuma yang uniknya tentulah Old Trafford yang menjadi kegilaan peminat Man-U yang hanya ada di Manchester

Ok, antara sedikit gambar yang mahu saya kongsikan. Selamat menambah pengalaman


Manchester One. Di tengah2 bandar


The United Trinity. Tugu yang betul2 depan stadium Old Trafford


kebanggan warga Manchester


Ada stadium tour dan muzium tour. Pilihlah mana nak. Bayar je. Kalau nak free, ambik gambar je dah


Ke stadium Etihad pula untuk kelab Manchester City


Yang tadi merah, ni biru cair pulak tema warnanya


Tetiba hidung kembang kempis sebab bangga nampak 'selamat datang' kat situ. Bajet femes bahasa kita!


Stadium Etihad di kejauhan


Mereka juga ada Feris Wheel ni. Paris ada, London ada, Malaysia ada, Sngapore ada. Cuba buat benda lain sikit. Jemu aihh

Jadi itu sahajalah yang dapat dikongsikan sempena lawatan balik hari dari London ke Manchester yang mengambil masa 4 jam naik bas. Memang orang kalau datang pun pergi stadium je, habis dah seharian. Siang dah la singkat sekarang. Kejap je dah gelap

Stress!

Ok, salam hormat penuh kasih sayang dari saya. Terima kasih sudi singgah ;)

4 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

salah satu tempat idaman nak jejak...manchester..

Hartini Omar said...

Mrs. Eady, saya doakan anda dan keluarga dapat menjejakkan kaki ke sana insyallah ;)

work hard and dont stop dreaming!

terima kasih sudi singgah

Rapunzel Cikilolo said...

saya pun rasa bangga tibe2 ada bahasa melayu kat situ...

hehe.

Rapunzel Cikilolo said...
This comment has been removed by the author.