Thursday, June 08, 2006

KeASLIan sejati

Aku kurang periksa sejak bila minatku hadir yang melampau pada lagu2 asli. Sehingga penuh koleksiku dengan nada sayu Sudirman, suara gemersik Sharifah Aini dan suara hebat Herman Tino. Dan sering pula lewat kutunaikan kewajipan Magrib kerana mengikuti lagu2 asli di Melodi Senja Best104. Sering saja aku diketawakan rakan seusia kerana perangaiku yang pelik ini. Salahkah mencintai sesuatu yang bukan muncul di zaman seangkatanku?? Tentu saja tidak salah. Biar tumbuh bagai cendawan lagu2 baru ciptaan anak muda yang mengejar kerancakan, aku tetap aku dengan inang ku, dengan zapin ku, dengan joget ku, dengan hadrah, langgam dan asli ku. Kenapa begininya aku? Tini, kau sesal dengan hidupmu? Ah masakan aku sesal. Aku bersyukur. Kerana tidak ramai di luar sana yang seiring denganku. Tetapi jika ada, suka sekali untukku mengenali dan merapati orang2 yang senasib dan seminda denganku.

Lagu lama yang penuh dengan pesanan dan nasihat itu perlu kita renung sedalam-dalamnya. Lagu2 asli ciptaan orang dulu kala dihasilkan dengan darah dan air mata. Sehinggakan sayu sekali kita mendengarnya. Sebelum air mata kita tumpah, air mata mereka juga telah banyak tercurah. Kerana itu setiap baris rangkum yang hadir menghasilkan sesuatu yang indah menyentuh jiwa. Bukan mudah menghasilkannya.

Daun berembang di ataslah gunung
Tumbuh di bawah pohon meranti
Jangan lah hidup berulam jantung
Menunggu dia bersama mati

Serangkap pantun dari lagu joget nyanyian Siti Nurhaliza kedendangkan di sini. Indah bukan, bait bicaranya. Sayang sekali tak ramai yang boleh menilai. Budaya kita warisan kita. Sejauh mana kita mengejar kejayaan dengan sains dan teknologi, jangan sesekali lupa adat budaya yang tentu hilang jika tak dijaga. Menjaga adat tak bermakna mundur dan lemah. Meniru Barat tak bermakna kuat dan gagah. Ingat pesan datuk nenek, takkan hilang bisa ular, meski menyusur akar ketapang. Takkan hilang harum mawar, meski ditanam di tepi longkang. Keaslian sejati, eloklah kita warisi….

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum hartini...
Bertuah jadi orang macam awak ni
-hmm...susah nak jumpa anak muda yang penuh dengan kesenian zaman moden ni
-nothing to comment...but..nice reading you blog =)
-ermm...just curious to know...ermm..is it true your name is hartini omar?..

Anonymous said...

Assalamualaikum..hartini...
saya bukak blog awk ni atas suggestion someone yg saya kenal tp saya x tau awk kenal dia ke tak...
sy still study in one of the ipta in k.lumpur...
i'm taking history and civilization as my major for my degree and i'm very impressed with u...
since taking this major...its quite difficult 4 me to find someone who loved a lot to our own culture...semagat keMelayuan dari org2 yg pernah saya kenal amat kurang..nice reading ur blog...harap ape yg awak banggakan ini akan menjadi kebanggaan org lain juga satu hari nanti...harap orang2 yg sering diperkecilkan oleh sains dan teknologi ini mampu meletakkan semula apa yang bangsa Melayu pernah hilang...pada pandangan saya kita bukan menolak kemajuan namun adat dan agama yg patut dijunjung...

hartini said...

salam anonymous 1..
-nama sebenar hanya bernilai jika kita benar2 menghargai nama yg dikurniakan Allah itu..
-cik ananymous yg ke2, sy berbangga mengenali insan yg cintakan sejarah dan peradaban bangsanya sendiri..
-kerana kalau tiada insan seperti anda, maka sejarah akan lenyap, warisan akan malap..
-bahasa inggerismu begitu menawan.. tapi peliharalah bahasa melayu dan jadikan ia pakaian kehidupan.. namun elok benar andai bahasa kemodenan itu kau jadikan perhiasan untuk menambahkan kepelbagaian dan mengsyumulkan keperibadian.. terima kasih kalian..

djnash a.k.a nashpontian said...

minat dgn lagu2 melodi senja ke?
apa kata ke http://best104.smileyforum.net utk mendgr best104 kalo anda ingin dgr secara online.