Monday, November 05, 2007

Berenang

Jumaat yang lalu aku pulang ke rumah. Sementelah berada di rumah, aku mengambil alih tugas papa menghantar adik ke kelas renang, kelas mengaji dan kelas tuisyen.

Aku melihat kelas renang yang adik hadiri dimonopoli oleh orang2 cina. Kenapa? Adakah kita merasakan yang subjek ‘renang’ itu tidak sepenting matapelajaran akademik atau kita merasakan yang berenang itu hanya tertakluk pada orang2 kaya sahaja? Tapi bukankah pernah disuruh Nabi kita dalam hadithnya supaya belajar berenang, memanah dan menunggang kuda?

Aku pernah terbaca komen Awang Selamat dalam akhbar Utusan Malaysia, yang mana Awang juga pernah melahirkan kebimbangan yang sama. Awang memberi cadangan supaya kesemua murid2 sekolah diajar subjek ‘berenang’ supaya tidak ada lagi yang akan mati kelemasan.

Aku maklum, untuk mengharapkan semua anak2 kecil Malaysia arif berenang pastilah sesuatu yang jauh untuk terlaksana. Bercerita sahaja fasal berenang, masyarakat kita akan tarik muka dan mengandaikan yang susah2 sahaja. Yuran mahal, kena beli baju renang, mana masanya nak hantar ke kolam, ibubapa pun tak berenang dan berbagai2 alasan yang tak terungkapkan.

Perlu kita ingat, berenang di zaman ini bukan lagi hanya sinonim buat orang kaya2 dan orang berada. Binalah kolam bersaiz olimpik sekalipun tetapi jika tiada keinginan dan semangat yang membara, kolam itu akan tinggal barang hiasan saja. Ingat, tidak semestinya belajar berenang hanya di kolam, mama yang asal usulnya di kampung yang tiada kolam pun tahu berenang!

Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak lagi jahil berenang. Sewaktu di baya adik2ku, aku juga telah dihantar ke kelas renang oleh ayah. Dan sekarang, renanganku pun boleh tahan hebatnya. Yang pentingnya, bukan soal laju perlahan, hebat tak hebat yang kita debatkan, cukuplah sekadar kita TAHU untuk mengelakkan sebarang kemungkinan kemalangan.

Pendekatan UIA menyediakan kolam renang yang berasingan (satu untuk Muslimin dan satu untuk Muslimah) haruslah dipuji sama sekali. Adakalanya soal aurat membantutkan niat kita yang terpacul di minda. Jika kerajaan mengambil berat akan soal ini, pasti lebih banyak lagi kolam2 berasingan jantina yang akan disediakan. Dengan itu, tiada alasan lagi untuk kita memandang sepi kepentingan berenang.

Adikku Qamarul (9) dan Kamilia (8) sudah tahu berenang, Cuma tinggal memperincikan teknik renangan dan mungkin mempelajari pelbagai cara (style) seperti gaya bebas, kuak dada dan kuak lentang. Alhamdulillah, adakalanya kita tak perlu memandang enteng setiap perubahan. Segalanya terpulang kepada kita kerana kita yang mencorak buruk baik kehidupan kita seluruhya.

-teringat berenang di UIA. Ramainya yang ‘bergayut’ di kiri dan kanan kolam sahaja, kerana kolam muslimah UIA itu direka dengan bentuk ‘V’ yang makin cerun ditengahnya =P

-kalaulah pihak hotel membina kolam renang tertutup yang berasingan untuk wanita Islam, tidaklah aku sekadar menelan air liur memandang adik2 dan kaum lelaki berenang dengan seronoknya. Arrrggggh kejamnya dunia!!

7 comments:

Nafastari said...

Ya, UIA selalu jadi contoh. Kerana bekas-bekas pelajarnya tahu menghargai Taman Ilmu dan Budi itu, dan kita sangat rindu untuk kembali semula ke situ lagi. Banyak perkara yang "mesra-muslim" kat UIA, dan tidak di Malaysia secara keseluruhannya.
Saya pun pernah menyertai lifesaving/swimming club kat UIA dulu. Walaupun latihannya agak memenatkan dan membuatkan saya serik, tapi banyak manfaat diperolehi.

Anonymous said...

tuan,
jika kita positif memandang setiap perubahan (dalam sesetengah perkara), maka di situlah permulaan kecemerlangan terhadap negara yg kita cintakan
-syabas!

hirman said...

belajar renang | les Renang | kurus berenang.
Ingin Belajar Berenang, tetapi tidak tahu gimana caranya. Jadi Baca ini... Kami akan mengajarkannya secara bertahap, sesuai dengan apa yang dibutuhkan anda, ...
www.akademi-renang.com

Anonymous said...

tis is not bout renang, but still i wanna share it. mase saye kecik dulu, i was swimming la kat kolam renang kat hotel with my brother. we both were wearing t-shirt and long pants. tapi baru few minutes dalam pool, pekerja kat situ halau kitowang sebab tak pakai swimming suit. what was that? baju kitorang bukannye kotor..pastu dah serik nak mandi kat pool....menci! uh!

Anonymous said...

Salam,

I came here through google as I was searching for women only pool. It has been years since I last swim. I used to swim every single day and will do laps upon laps everytime I swim.

But now I wear hijab, so I cant swim anymore. Ive read alot about UIA women pool so I'm thinking to go there. How is it? How big? Most importantly, is the water CLEAN?

As for nurul...... the reason why they ask you to wear swimsuit and not shirt not because of cleanliness but because wearing shirt can be dangerous for swimming. You might get caught with your shirt and then struggle and then LEMAS. In the water, you need the clothes to be as tight OR as movement free as possible. Because extra cloth can catch your movements which can cause stop your movement causes you to drown.

But I guess now they're less strict on the shirts.

Hartini Omar said...

to anonymous,

-the pool is clean, big enough and suitable for public swimming. it open daily (5pm - 7pm) except for saturday and sunday

for student from any institution, you can bring your matric card and the admission is free. for public, you must pay rm2 per entry

swimsuit, swimcap is a must as usual. yet the swimsuit must cover the aurah. come and join us. i bet you'll be satisfied

thank you

Unknown said...

sy taw uia mmg ad kolam renang....tp ade tak tutor kalau saya nak belajar berenang? mmg terigin nk belajar berenang.