Thursday, December 13, 2007

Soal Kerajaan

Saudara Nur Iman itu melahirkan rasa kesalnya terhadap undang2 dan pekeliling negara yang tidak mengiktiraf ijazah sarjana yang diperolehi sahabatnya hanya kerana teman itu tidak mempunyai ijazah pertama atau diploma. (Sila rujuk akbar Utusan di bahagian Surat Pembaca bertarikh 13 Disember 2007). Atau dibahasakan dengan bahasa paling mudah, ijazah sarjana teman itu tidak laku di jabatan utama kerajaan dan tidak laku untuk memohon pekerjaan

Aku tidak mahu menceritakan perihal badan2 kerajaan yang rata2nya ‘pelik tapi benar’. Bagaimana cacatnya badan2 tersebut dan bagaimana leluasanya mereka melakukan penyelewengan dalaman tidak perlulah aku bangkitkan kerana ianya memang amat tidak manis didengar dan diceritakan. Kerana aku sendiri seorang insan yang telah pun mempunyai pengalaman bertugas di jabatan awam yang kononnya menjadi jabatan contoh dan penanda aras kepada lain2 organisasi kerajaan. Biarlah, segala buruk baiknya aku simpan utuh untuk mendewaskan pemikiran

Aku tidak tahu atas alasan apa lagi untuk aku membuta tuli menyokong kerajaan sedangkan kerajaan tidak lansung sama sekali menyokong orang sepertiku. Untuk bekerja di dalam organisasi kerajaan, anda harus bersifat diam diri dan mengikut arahan tanpa banyak soal. Cadangan dan kritikan amatlah TIDAK dialu-alukan di dalam kerajaan. Ini kerana kesemua undang2 dan dasar2 yang dilaksanakan telah SEMPURNA dan tidak memerlukan mana2 pembetulan. Orang2 yang butuh bersuara dan gemar mempertingkatkan kualiti diri dan kendiri organisasi amat2 dibenci oleh ketua2 kerajaan. Mereka lebih gemar mengambil pekerja yang melangut, pendiam tak tentu kira, suka membuang2 masa dan boleh mengikut apa2 jua aktiviti yang dilakukan mereka

Aku tidak lagi bertugas di JPA. Kontrakku selama 6 bulan telah tamat dan pihak autoriti pun tidak berminat untuk menyambung kontrakku lagi. Alasannya adalah aku terlalu bagus untuk bekerja sebagai PKS dan organisasi kerajaan ini tidak mampu menyediakan elemen2 pekerjaan yang dapat mengoptimumkan kemampuanku. Aku senyum saja. Sedih pun tidak, gembira pun tidak. Bukankah lebih senang kalau dikata sahaja yang tempat itu akan diberi kepada sipulan; anak kepada CC.. Aku tidaklah sudungu mana. Aku malah amat2 memahami tanda dan riak2 wajah...

Ini cerita benar, bekerja dalam badan kerajaan memerlukan anda untuk mengikuti aktiviti2 sosial pekerja2 lain dengan tidak boleh membantah. Aktiviti2 ini adalah seperti membeli-belah di Alamanda pada hari Jumaat, makan2 dan melepak di kafe’ dan meneman mereka mengerjakan hal2 yang bersangkutan dengan family dan peribadi. Kesemua aktiviti2 sosial ini tidak lansung berkait rapat dengan bidang pekerjaan dan jika difikir secara amnya, sememangnya kita ada hak untuk menolak dan mengatakan TIDAK. (Perkara2 ini terjadi kepada pekerja2 sementara yang berada di tingkat paling rendah dalam carta.)

Bilamana anda telah terkeluar dari senarai calon2 pekerja yang boleh melangut mengikut orang tak tentu hala, terkeluar dari senarai ‘pengipas’ dan ‘pengawal hal2 peribadi’, pasti saja akan ada alasan untuk anda diberhentikan atau dilucutkan jawatan. Dan dengan mengetahui dan memahami akan alasan yang tidak masuk akal ini, aku jua tidak berminat lagi untuk bekerja dengan badan kerajaan. Anggaplah saja cita2ku untuk memperbetulkan kerajaan telah hancur dan lebur.Aku sama sekali tidak berminat untuk melihat manusia dan kepura-puraan mereka. Dan aku juga amat2 tidak berminat untuk terus bermuka2 dan berpura2 dengan manusia

Bilamana sesuatu yang rosak itu tidak dapat lagi diperbetulkan, jadi elok sajalah aku keluar meninggalkan organisasi tersebut dan mencari kerjaya2 yang lebih sesuai. Aku tidak mahu lagi menjadi ‘kuli’ dan secara tidak lansung menjadi kroni kepada badan yang menyalahgunakan wang dan kuasa untuk kepentingan diri dan peribadi

Aku tidak nafikan, memang ada penjawat yang bagus, adil dan saksama dalam menjalankan tugas. Namun bilangan yang sedemikian amatlah kurang. Duduk pula mereka di tangga2 bawahan dan terpaksa pula menerima arahan dari pihak2 yang berkepentingan. Yang penting di dalam sesuatu organisasi adalah ‘kepala'. Jika amirnya itu lurus dan jujur, maka yang lainnya akan ikut lurus dan jujur. Jika yang kepala itu telah bengkok, maka sampai ke ekor tentulah sukar untuk dilurus dan diperelok

Berbalik kepada cerita saudara Nur Iman tadi, memang benar kenyataannya bahawa ada dasar2 kerajaan dan pekeliling yang perlu dikaji dan dipinda. Anggaplah saja badan kerajaan telah kehilangan ramai manusia2 berkualiti hanya kerana dasar2 yang sedia ada terlalu idealistic dan retorik. Adakalanya aku terfikir, patutlah sektor swasta lebih maju dan efisyen. Mereka tidak akan berdolak dalih dan menggunakan kuasa tak menentu hala. Pekerja yang baik dan rajin, akan segeralah dinaikkan taraf dan jawatannya. Yang lemah, akan diberi kaunseling dan motivasi minda. Tidak ada cerita mengenai sipulan ini anak siapa - si dia anak siapa, jadi yang bukan anak sesiapa boleh dianaktirikan sesuka mana. Kalau badan kerajaan, anak kepada individu2 tertentu akan mudahlah mendapat peluang pekerjaan dan mudah pula berpindah kemana2 mengikut kemahuan. Untuk orang sepertiku yang bukan anak sesiapa, maka terpaksalah berpenat lelah memohon pekerjaan kepada sektor2 swasta yang sudi menerima

Cukuplah sekali dikuli2kan kerajaan. Ikutlah mana2 jalan yang kalian fikir wajar dikerja dan dikerjayakan. Kerana aku telah pasti, tempat dan jalanku semestinya bukan di sini. Atau dengan kata lain, tempat dan jalanku bukan semestinya di sini..................

ww: meluat bicara soal kerajaan!

link surat Nur Iman : http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1213&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

12 comments:

Anonymous said...

anda masih belum matang dalam pekerjaan dan belum cukup pengalaman hidup.sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan jujur dan ikhlas dengan niat mencari rezeki yang halal tak seharusnya membangkitkan isu seperti ini.
anda masih mentah dengan kehidupan dan pengalaman hidup.
anda bercakap dan melontarkan pendapat dari hati, bukan dari fikiran yang matang.
perbaiki diri sebelum menghina orang lain.
ada unsur2 iri hati dan perasaan hasad dengki yang anda suarakan disini.
sesuatu yang kita fikir org lakukan pada kita selalunya membawa maksud, kita yang akan lakukan perkara tersebut seandainya sesuatu itu berlaku pada kita.

HEAD COMES FIRST

maaf andai anda menjeruk rasa

Anonymous said...

it'is good to gain an experient in government sector.at least u knew wat happen in the organization.
but seems like u gave up on it.

supposely u learn n try to adapt n slowly try to change them.well since u just contact worker surely u won't act like u r the permanent staff,b so stuck-up n hypocrite won't bring u anywhere.

learn to b the one who is being monitored not the one who monitor coz then u will understand why things happen this n dat way.

it is your choice, so if u r good enough.as long as u complete ur task u will learn.

Anonymous said...

ko ms keje tu ko wat keje ke ko pon banyak ngular..?masa mana ko ade mase nk tulis blog?ko curi mase keje ke?ke ko mengambil kesempatan ms dorg tak kasi keje ko pn buat blog.ko pon same je..kalo cm ni..same cm ko tgk cermin n ngutuk sape yg ko nmpk kat cermin tu..btol tak???

Anonymous said...

salam pembaca budiman,
pertamanya terima kasih atas komen2 yg diberikan. itu memaklumkan saya bahawa ceritera ini masih dikunjungi

tuan anonymous,
-jika mahu diukur mentah atau matang kehidupan saya yg masih muda belia dengan penjawat lain yg sudah terunggul ternama, pastilah jauh lagi tempat saya untuk bersaing dgn mereka.
-namun bukankah yg berpengalaman itu seharusnya lebih cekap menangani masalah2 yg kunjung tiba?
-saya pernah bekerja selama 6 bulan sbg trainee cashier di kfc, 3 bulan sbg p'time store assoc di 7-eleven, setahun sbg peer tutor di UIA, 2 bulan sbg store assoc di secret recipe sebelum bekerja selama 6 bulan sbg PKS di organisasi kerajaan
-jika di'compare'kan dgn insan2 seusia saya, bukankah itu semua dikira sbg pengalaman??
-jika 'soal kerajaan' ini adalah artikel pertama saya yg tuan baca, adalah lebih molek jika dapat tuan membaca keseluruhan blog saya ini utk mengetahui 'views' dan 'values' yg ada pd saya
-sesungguhnya saya amat terbuka menerima kritikan dan mengharapkan kritikan saya juga diterima dengan rasa terbuka
-saya melahirkan rasa tidak senang kerana sayangkan negara saya dan kepimpinannya
-namun jika orang2 yg menganggotai kepimpinan negara mempunyai sikap yg kurang luhur, (dan tidak pula berusaha mengubahnya), saya rela berundur dari terus bergenang dengan lumpur

tuan elise sofea,
-sebagai seorang pekerja rendah, sy tidak pernah bersikap tinggi diri dan berlagak seperti bos di dalam organisasi.
-namun spt yg sy katakan di dalam artikel sy, kritikan dan pembetulan tidak digalakkan di dalam kerajaan, waima kritikan itu untuk suatu peningkatan
-spt kata org 'masuk kandang kambing mengembek, dan masuk kandang kerbau menguak, sy amat2 memahami erti perkataan 'adapt' yg tuan maksudkan
-namun jika yg perlu di 'adapt' itu melanggar rukun dan tatacra kehidupan saya, adalah lebih baik utk saya "mengibarkan bendera"
-bukan mengalah, namun biarlah mereka dgn cara mereka, dan saya kekal dgn cara saya

tuan tinie,
nampaknya nama kita serupa namun etika kita berbeza
-biar sy terangkan,
-saya berkhidmat sgb PKS dan diberi kontrak selama 6 bulan
-saya dibayar untuk hanya 5 jam tiap2 hari dan tidak boleh lebih dr itu
-setiap jam yg saya bekerja, sy akan dibayar RM11.33
-katakanlah sy masuk kerja pada pukul 8 pagi, pukul 1 tghr sy sudah boleh angkat kaki 'legally'
-namun begitu, sy teruskan bekerja sehingga pukul 5 ptg tanpa apa2 rasa beban
-katakanlah sya mengambil masa sejam (pukul 10-11pg) utk menulis blog, krn di waktu2 begini sebilangan para pekerja akan keluar minum kopi, sy masih mempunyai jam2 berikutnya utk sy 'back-up' kan sebagai ganti jam yang saya gunakan utuk menulis blog
-mathematically, sy dibayar dgn kaedah jam bekerja, jd sy berhak menggunakan jam2 yang seterusnya utk melakukan aktiviti peribadi saya, asalkan utk 1 hari, cukup 5 jam saya bekerja
-sy tidak mengular kerana sy bukan manusia yg jenis bergebang, bepeleseran, melepak tak kena tempatnya
-kenalilah saya seadilnya sebelum tuan mengutarakan pandangan dengan kata2 yg tidak begitu indah
-apapun, terima kasih dtg menyinggah

Anonymous said...

salam Cik Tini,
"Aku tidak tahu atas alasan apa lagi untuk aku membuta tuli menyokong kerajaan sedangkan kerajaan tidak lansung sama sekali menyokong orang sepertiku. Untuk bekerja di dalam organisasi kerajaan, anda harus bersifat diam diri dan mengikut arahan tanpa banyak soal"

ye. ye. betul!

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah!

-iman (kita satu rasa - meluat!)

Anonymous said...

kalo cmtu kirenye ko puase pon cm tu r..pkl 10-11pg ko mkn..kang nt ms org lain buke pose pkl 7 ko buke pkl 8 r..cm tu?
same je konsepnye

Anonymous said...

tuan tinie,
-itu lah, ilmu itu disuruh kita utk menuntutnya supaya dpt pula digunakan dlm segenap bidang
-kita digalak utk berfikir dahulu sebelum memberi ulasan
-kes sy ini sama sekali tidak boleh disamakan dgn puasa
-kerana puasa itu diwajibkan pd bulan ramadhan (mulai terbit fajar hingga terbenamnya matahari)
-tetapi dlm kes kerja saya, sy diwajibkan bekerja 5 jam tiap2 hari tak kiralah pada pukul berapa (within 8am - 5pm)
-sy rs tuan perlu bimbingan utk tidak berkata2 mengikut perasaan
-tak mengapalah, sbg pelajar psikologi, dan tidak lama lagi bakal pula mengajar subjek psikologi, sy akan memaafkan ketidak-arifan tuan dalam hal ini
-nyatanya, dapatlah sy simpulkan bhw insan spt tuan mungkin bersifat hi-motivate dan selalu m'inginkan kemenangan
-jd nya, biarlah sy mengalah saja..
-semoga ada benarnya kata2 tuan tinie itu dan dapat pula sy mengambilnya sbg panduan kehidupan
-biarlah apa pun yg tuan fikirkan, tiada hutang piutang antara saya dan manusia lain dan saya dgn tuhan
-itupun sudah cukup melegakan perasaan
-terima kasih kerana masih menjenguk blog sy yg x seberapa, salam hormat

Anonymous said...

itu lah, ilmu itu disuruh kita utk menuntutnya supaya dpt pula digunakan dlm segenap bidang
-kita digalak utk berfikir dahulu sebelum memberi ulasan


say it to urself...

-tetapi dlm kes kerja saya, sy diwajibkan bekerja 5 jam tiap2 hari tak kiralah pada pukul berapa (within 8am - 5pm)


dalam kontrak ade ke ckp cm tu?so far rasanya tak de mana2 cmpany yg buat perjanjian cmtu..kalo ko ckp tak kira pkl bp keje tu nape tak masuk keje pkl 9 ke 10 ke?

sorry to say dat actually u r da 1 who is hi-motivated..tak nk n tak boleh terima kritikan..well dgn bangganya u stated dat u student psikologi..so??? what so great about being a psychologist if u sendiri tak leh terima kritikan n teguran?
NO POINT

cuba jd org yg dikritik daripada asik kritik org lain tanpa sedar kelemahan diri sendiri..

nt dah jd lcturer nt..then u will know..dun b so stuck up..

Anonymous said...

cik tinie,
sedih pula mengenangkan pekara2 kecil macamni hubungan sesama manusia jd renggang
-bukankah telah sy nyatakan sebelum ini yg sy telah menerima segala kritikan cik tinie??
-mestikah saya mengumumkan pada seluruh dunia mengenainya??
-cukuplah sekadar ucapan terima kasih untuk cik tinie
-beginilah, biar saja kita tamatkan di sini
-tahun dah baru, azam saya pun dah baru. cerita banyak pun tak guna kerana hanya saya dan mereka2 yg terlibat yg faham mengenainya
-cik tinie bebas bersuara, begitu juga saya
-jgn ambil hati : ini blog saya, saya boleh tulis apa yg saya suka.. macam juga blog org lain. mereka boleh tulis, kutuk, kritik sesiapa dan apa2 yg mereka ingini
-sekian, terima kasih

Anonymous said...

cik tinie,
sedih pula mengenangkan pekara2 kecil macamni hubungan sesama manusia jd renggang
-bukankah telah sy nyatakan sebelum ini yg sy telah menerima segala kritikan cik tinie??
-mestikah saya mengumumkan pada seluruh dunia mengenainya??
-cukuplah sekadar ucapan terima kasih untuk cik tinie
-beginilah, biar saja kita tamatkan di sini
-tahun dah baru, azam saya pun dah baru. cerita banyak pun tak guna kerana hanya saya dan mereka2 yg terlibat yg faham mengenainya
-cik tinie bebas bersuara, begitu juga saya
-jgn ambil hati : ini blog saya, saya boleh tulis apa yg saya suka.. macam juga blog org lain. mereka boleh tulis, kutuk, kritik sesiapa dan apa2 yg mereka ingini
-sekian, terima kasih

Anonymous said...

tuan tinie,
tuan ni pekerja swasta ke, government servant ke, student lg?
tau x PKS tu ape? Pekerja Khidmat Singkat (PKS) mmg keje 5 jam je sehari dan diorg dibayar mngikut jam. tiap2 bulan diorg akan claim gaji ikut brape jam diorg keje berdasarkan rekod kat punch kad. tp sehari 5 jam je la keje. kalo nk keje lebih pun boleh tp xde gaji la.

-iman

Anonymous said...

tak de r bengap smpai cm tu sgt..mmg la keje ikut jam n wajib 5 jam tapi dr pkl 8 pagi smpai 1tghari..mane ade ikut suke nk keje pkl bp jamji 5 jam..
korang je yg hi-motivated..tak nk ngaku kesalahan sendiri.
kalau swasta aku rs mmg da lama kna buang ni.
ms blm dpt keje beria itu ini boleh buat..tp bila da dpt keje bknnya nk cari keje n tanya nk buat keje ape.tunggu keje dtg br nk buat..walhal berlambak2 keje nk buat.suma nk kene ketuk baru nk gerak...
tak de maknenye