Bila belikat menggigit
Bila belakang terasa sakit
Bila susah menghimpit
Bila rindu mengungkit
Lalu akal meniti
Jiwa merapi
Aku seorang Ummi
yang tanpa Abi
Bukan mudah menjadi aku - andai kalian tahu!
Bukan mudah menjadi suri - tanpa lelaki bernama suami
Anak2 ini harta pusaka
Bukan barangan lelongan dunia
Ini sajalah yang aku ada
Buruk baik aku terima
Anak aku bukan batu kayu
yang boleh dihambat laku
Anak aku bukan kertas keping
yang boleh dilukis coreng
Biar aku besarkan mereka
Dengan kudrat yang tak seberapa
Biar aku belaikan mereka
Dengan harta yang tak banyak mana
Asalkan aku puas
Mengadap manusia tanpa belas
Jangan lagi dikata orang
Aku bagai Ummi terbuang
Anak2 entahkan jadi entahkan tidak
Bukan aku punya kehendak
Anak2 entahkan terima entahkan tolak
Seorang umi, ibu dan emak
Asal jangan maruah dikoyak
Nama dirabak
........ Aku sanggup jadi Ummi
Yang kekal terus tanpa Abi...
ww: aku menulis bagi pihaknya, yang sering kelu tak bersuara...
4 comments:
Assalamualaikum
-tahniah buat tini...
-jangan jemu menulis kerna tulisanmu sedikit sebanyak dapat mendidik jiwa untuk sentiasa tabah
-syabas ku ucapkn
permatabonda,
tulisanku sememangnya utk mereka2 yg punya jiwa dan mahu belajar mendidik jiwa..
terima kasih datang singgah =)
Aku tahu kau menulis bagi pihak diriku...masih kelu lagi mencari keputusan yang pasti...Namun ku bulatkan tekad demi sebuah keputusan yang tepat.Hijrah ini mungkin hijrah terakhir setelah kucuba pelbagai cara...
::Jejari Minda::
jejari minda,
kurang pasti saya siapakah gerangan tuan sebenarnya.. maaf atas kekhilafan kata
Post a Comment