Thursday, June 12, 2008

Harta ini bertimbun...

Harta ini bertimbun
Banyak tak terhimpun
Lalu terhakis sikit-sikit
Hilang tak diungkit

Uwang ini berjuta
Banyak tak terkira
Lalu habis senyap-senyap
Hilang tak bersebab

Harta ini milik siapa?
-hasil lelah pesawah membajak pada tanah
-hasil keringat petani membakti pada bumi
-peluh nelayan mengharung ombak lautan
-gaji rakyat beradu dengan kudrat

Harta itu milik semua
Semua yang menyumbangnya
Maka wajiblah diserah
Bukan dihabis tarah

Kerana harta itu tak bisa bawa mati
Tak telus di kuburan nanti
Namun mungkin dapat membantu
Menghilang sedih sedu

Kerana kita bekerja keras
Untuk setiap butir beras
Bukan meminta disedekah
Sepinggan nasi tak berkuah

Ini harta rakyat, bersatu bermuafakat
Bukan harta mereka, menabur onar nista…

hartini omar '110608'

7 comments:

Bila Diary Bercerita said...

Yes. Akak setuju sangat dgn kata-kata yang tertera ni.

Anonymous said...

alhamdulillah la akak setuju
takut jugak kalau2 pemikiran sy bercanggah dgn org
tp sy rs sy mewakili ramai rakyat malaysia
cuma kadang2 sesuatu yg hak susah kita nak sampaikan

jagoan said...

Bukan Harta Karuuuuun!

hayat said...

good poem..!!!

Anonymous said...

ASM Sdr Hartini
Menulis puisi, esei atau cereka adalah proses pembaikan yang berterusan.Tidak sekali duduk dan tulis, maka selesai dan baik.Jadi jangan jemu menulis dan juga membaca karya penting dalam dan luar negara. Yang sangat penting ialah sdr berlaku jujur kepada perasaan serta fikiran sdr, tidak kira orang lain bersetuju atau tidak. Kejujuran kpd perasaan itulah yg membezakan antara kita dengan orang lain; keunikan karya sebagai peribadi pengarangnya.Terpancar dlm persoalan, pilihan kata, dan gaya bahasa yg tersendiri. Saya kira sdr jelas memiliki kekuatan fikiran tersendiri itu. Teruskan, dan percayalah: menulis bukan kerja sehari dua; dan sering dlm kesepian. Menulis dan menulis,dan jangan berhenti membaca.

asm dato'
terima kasih yg tidak terhingga buat dato' kerana sudi menjenguk teratak sy yang maha buruk
segala nasihat dan kalam dato' akan sy gunakan sbg perangsang dan candu untuk meneruskan segala aktiviti penulisan
semoga diberkatilah segala usaha murni dato', insyaallah