Ramai yang berpusu keluar, mengisi petrol kenderaan masing2 sebelum harganya naik hampir 80 sen hari ini. Kakak serumah pun bergegas mencapai kunci kereta, tak mahu melepaskan peluang mmbeli petrol murah yang tidak akan murah lagi untuk selamanya. Tapi aku tetap duduk juga, diam termenung mendengar patah2 berita masuk ke rongga telinga
Minyak naik itu pasti menjadi satu beban yang besar sebenarnya. Lagi2 kepada pekerja swasta sepertiku yang tidak menerima apa2 elaun dan kenaikan gaji. Kos sara hidup pasti melambung. Harga barang naik, minyak naik, pengangkutan awam naik dan segalanya pasti akan naik dan tidak turun2 lagi. Apa boleh buat, kerana pihak yang sepatutnya berfikir, tidak mahu dan malas untuk berfikir. Maka terpaksalah tugas memikir itu dipulangkan kepada rakyat yang tidak berhenti-henti memikir
Melihat kepada perubahan RM1.92 sen kepada RM2.70 itu, dapat kita lihat pula satu keadaan yang mana akan menjadi satu titik tolak kepada perubahan persekitaran semasa. Bila kos sara hidup meningkat dan tidak seiring dengan pendapatan rakyat, maka secara lojiknya di situ akan wujud pelbagai masalah termasuklah masalah jenayah. Bila keadaan mendesak, dan manusia jadi terdesak, maka akan adalah manusia yang mendesak manusia lain pula. Tunggulah, masa membuktikannya
Dalam kenaikan ini, rakyat akan dibayar rebate tunai mengikut keperluan masing2 sebagai ganti kepada subsidi yang diberikan. Walaubagaimanapun, kita yang menggunakan petrol hampir setiap hari tentu maklum bahawa kadar itu tidak sepenuhnya mampu meringankan beban. Bilamana kerajaan menyatakan bahawa harga minyak kita masih jauh lebih rendah dari negara2 jirannya, aku cebik dan menggelengkan kepala. Orang yang berfikir dan mahu mencari detail pasti sekali tidak bersetuju dengan pendapat yang cetek dan dangkal. Jangan hanya membandingkan harga bahan bakar, bandingkanlah juga jumlah purata pendapatan rakyat mereka dengan rakyat negara kita
Aku diam tak berperasaan. Kerana kini aku telah mula merasakan beban2 pembayaran. Semakin meningkatnya usia , semakin sukar rasanya untuk menempuh kehidupan yang penuh pancaroba. Entahlah… apalah guna menjadi orang penting, jika hanya mampu menjaga kepentingan diri sendiri dan orang2 yang berkepentingan
Terpaksalah kini kita belajar berjimat cermat, menabung dan tidak mengharapkan apa2 bantuan subsidi kerana itu semua hanyalah janji tinggal janji. Lebih baiklah jika kita mula berubah dan berhemah menggunakan sumber2 yang ada, dan membuat perubahan bermula dengan diri kita. Kerana kerajaan dan pemimpin yang kita harapkan, makin lama nampak semakin memunahkan. Sebagai nakhoda negara, mereka benar2 menghampakan! Gagal dan menggagalkan...
4 comments:
Sesekali best juga tengok orang berpusu-pusu beratur membeli minyak. Banyak gambar yang saya telah tangkap. Ada wajah yang beremosi dan ada juga wajah yang mencuka. Sebabnya hanya satu, kenaikan harga minyak pasti akan "menerajui" harga barangan lain...
tuan zaid@zaidel,
-terima kasih datang menyinggah
-sudah namanya pun manusia, tentu tak lepas dari emosi dan marah
-itu lah lumrah!
Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Apa nak buat, kita hanya rakyat... Selepas ni, rakyat akan terbiasa juga dengan kenaikan2 ini. Kos sara hidup pasti meningkat lagi.
Cuma rasanya kerajaan pasti akan menerima padahnya hasil daripada kejutan ini.
Saya cuma berharap kerajaan dapat memperbaiki sistem pengangkutan awam.
Dah terbukti barang-barang lain semua naik mendadak. Lepas ni banyak kali kena fikir menu untuk memasak.
Post a Comment