Thursday, August 28, 2008

Merdeka di bulan mulia

Kuperhatikan jarum saat itu bergerak berdetik-detik. Tiada berhenti juga. Melepasi dan melalui segenap angka tanpa penat dan lelah. Dan begitu jualah masa, sering meninggalkan kita tanpa sudi bersapaan. Terus-terusan berjalan, meniti hari dan kehidupan penuh cubaan

Beberapa hari saja lagi, ulangtahun kemerdekaan itu bakal kita sambut. Namun minda dan jiwa masih kusut serabut. Masih belum merdeka dari dijajah rasa tamak haloba, takbur, benci dan pura2. Tebal dipalit sifat2 mazmumah, menjauhkan yang mahmudah

Dan serasa ditinjau2 Ramadhan keberkatan itu sebalik jendela. Bagai tak sabar mahu kembali bertemunya. Semoga di bulan itu jauhlah manusia dari umpatan dan cacian, sentiasa bermuhasabah dan mencari keredhaan

Biarlah seketika aku lupakan hal dunia ini dan isinya. Kerana minda ini sudah terlalu tepu menghadapi karenah manusia yang penuh hasad dan dendam kesumat. Terasa muak benar mahu melihat manusia berlumba2 mencari cela, menjatuhkan sesama mereka

Wahai Tuhan maha agung, jauhkan kami dari bala dan sengsara dalam bulan kemuliaanMu ini. Hindari diri dari noda akal dan hati. Biar lidah sering basah menutur kalimah2Mu yang indah tak terperi. Biar lunak hati mencari redha dan kasihmu dalam bulan teragung ini. Mana tahu ini yg terakhir dan tidak akan ketemu lagi

Jauh disudut hati timbul juga cemburu melihat kebahagiaan teman2 di luar sana dengan rindu, cinta, rajuk dan manja. Ramadhan mana kah agaknya bakal pula kusambut berdua dengan insan bergelar kekanda? Tuhan jua yg mengetahuinya

Sekitar titik2 kehidupan yang berlalu penuh sedar, dengan iman dan semangat yang makin longgar. Semoga dengan kedatangan bulan ini dapat mencacakkan kembali nilai Iman dan Islam yang maha tinggi. Memerdekakan minda dan jiwa di bulan puasa, ironi yg berlaku penuh hikmah. Merdeka di bulan mulia....

Ww: selamat berpuasa teman2 pembaca =P

5 comments:

hans said...

Yups!!
Insyallah!
Selamat berpuasa juga!!

SATIRA + KACAU said...

Maaf. Datang melawat.

Satira + Kacau

Nafastari said...

Ramadhan mubaarak!

WS Zuriati said...

Jadikan ramadhan ini lebih baik daripada ramadhan yang sebelum ini.

Hartini Omar said...

hans,
-selamat berpuasa dan bertarawikh

satira,
-adakalanya saya melawat satira+kacau juga, namun tak pernah menyapa

ahmad,
-ramadhan kareem!

kak nurahadi,
-begitulah hendaknya