Sering keluar dari mulut wanita2 itu, sukarnya mencari lelaki idaman. Yang setia pada temannya dan tidak menoleh pada lain2 wanita. Yg menerima buruk baik wanitanya seadanya. Mencintainya kerana kelebihan dan kekurangan yg ada padanya
Dan terlafaz juga di mulut lelaki2 itu, betapa sukarnya mencari wanita idaman. Yang tidak banyak karenah dan kehendaknya, yang lembut tutur katanya, tapi tegas pula ia melaksanakan amanah rumahtangganya. Yang mencintai lelakinya seadanya, dan tenang menerima buruk baiknya
Pada firasat wanita, lelaki impian itu sukar digapai tangan. Kerana banyaknya yg wujud di muka bumi ini adalah lelaki separa buaya. Banyaknya yg hanya menumpang senang wanita2 mereka malah mereka bangga memikul nama ketua keluarga sedang hasilnya tiada jua
Dan pada hemat lelaki itu begitu juga. Bukan mudah mencari wanita yang elok segenap perkara. Setia mengharungi susah sengsara, bersatu dalam cinta, bertemankan tawa dan air mata. Kerana yg banyaknya di dunia ini wanita separa betina. Datang dan pergi memburu HARTA
Belajar itu tidak semestinya dari apa yg berlaku kepada kehidupan sendiri. Malah banyak sebenarnya yg boleh dipelajari dari runtunan lain2 kehidupan. Belajar dari pengalaman dan pemerhatian…
Setia atau tidak pasangan anda hanya dapat diukur dikala kesusahan dan kepayahan menjerat rasa. Tatkala tiada lagi wang ringgit dan harta benda yg dapat anda limpahkan buat pasangan, tatkala kudrat semakin berkurangan dan rupa sudah tidak lagi menawan. Maka tatkala itu akan berlakunya banyak ketegangan perasaan. Perang antara cinta dan keinginan..
Jika dalam kesukaran begitu, pasangan anda masih kekal setia bersama anda, terus-terusan menemani anda tak kira masa, meringankan kudratnya membantu anda dan sedia menyapu keringat dan air mata, maka tahniah. Anda telah berjumpa pasangan yg memang diciptakan untuk anda. Pasangan dunia dan syurga sana
Namun jika teman itu hanya hadir tatkala suka dan ceria, riang bersama anda hanya dalam gelak dan tawa, dan berlalu meninggalkan anda tatkala anda dihimpit gelisah, maka terus terang, berfikirlah semasaknya sebelum anda menyerahkan segenap jiwa dan raga
Baik lelaki mahupun wanita, kesetiannya boleh berubah mengikut masa dan suasana. Namun hanya dengan sebenar2 cinta; yakni cinta kerana Tuhannya, akan hadir SETIA, dalam setiap ruang rasa, dalam setiap kurang lebihnya....
p/s : banyak bezanya antara mencintai dan keinginan untuk memiliki…

9 comments:
Tiada lautan yag tidak bergelora, tiada cinta yg bahagia selamanya,
Hanya orang yg tabah boleh menggapai cinta itu...tapi percayalah bahawa cinta kepada sang pencipta adalah semulia-mulia cinta dan dia tidak akan memungkiri apatah lagi untuk mengkhianati kita...
MMM..
Suka teman baca bicara cinta..
Cinta kepada Pencipta sudah semestinya..
Lama tak dgr berita..
Apa kabo kawan agaknya..
kak nurahadi,
-benar kak. semulia2 cinta adlh cinta pd-Nya. dan sebaik2 cinta adalah cinta kerana-Nya. kak tentu lebih maklum...
kak ca'are,
-well, a bit suprise here. terima kasih menyinggah. sy sihat, alhamdulillah.. org lain berpengalaman, sy berkongsi perhatian... =)
Cinta kepada Yang Esa adalah yang abadi
Tini,
Adapun Cinta itu bukanlah benda yang boleh di pegang dan diniaga, Cinta terletak pada jiwa. Cinta subur dengan hati dan perasaan yang ikhlas jua
kiranya tiada cinta insani untukku,cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku.kelak akan ada insan yg menyintaiku, sbgaimana aku mencintai diri-Nya..
-ma@syit23-
salam,
salam singgah...
selalunya mencintai dulu, kemudian disusuli keinginan unt memiliki...
anonymous,
-ustzh, couldnt agree more!
kak aishah,
-hebatnya falsafah cinta! =P terima kasih menyinggah
masyit,
-bukan tiada cinta insani, cuma masanya belum menghampiri. kau dan aku punya satu persamaan, sama2 leka dibuai kesunyian..
al-bima sakti,
-terima kasih menyinggah. itu juga benar, namun tak semua yg kita cintai berjaya kita miliki..
terima kasih semua!
semua orang nak perempuan atau lelaki idaman yg 100% perfect tapi dalam masa yang sama kita lupa adakah ktia memenuhi ciri seperti pasangan yang ktia kehendaki?
sama2 fikirkan
Post a Comment