Monday, November 17, 2008

"orang 'baru' bujang"












Sabtu lalu, adikku Qamarul Azarin (Arul) yang berusia 10 tahun telah selamat dikhatankan di klinik berhampiran kediaman. Tentulah aku tidak mempunyai pengalaman yang sama kerana aku seorang wanita. Aku tidak tahu bagaimana emosi, perasaan dan sakitnya bila dikhatankan. Namun secara lojiknya, proses berkhatan itu tentulah sesuatu yang mendebarkan dan merumitkan. Namun itulah resam kehidupan. Dan selalunya yang perit dan sakit itulah yang manis untuk kembali dikenang-kenangkan

Aku senyum melihat Arul yang kini sudah melangkah menjadi remaja. Terasa pantas pula masa berlalu menjadikan aku berperasaan bahawa aku ini tidaklah semuda mana. Semoga besarnya Arul menjadi anak yang berguna. Yang soleh serta patuh pada perintah Allah, rasul dan ibubapa. Arul tersenyum2 bila dalam majlis kenduri orang memuji2 dan mengatakan bahawa dia telah menjadi “orang bujang”. Baguslah, biar Arul tahu semakin tinggi usianya, semakin besar tanggungjawab dan peranannya

Semoga selepas ini Arul tidak menjadi kanak2 lagi yang kadangkalanya berbogel bila keluar dari bilik mandi! ;-)
Tahniah ‘shenggala’!

11 comments:

hans said...

bestnya khatan nih sebab dapat duit..
haha3

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Pasal khatan pun boleh dijadikan n3 ye..hehe! Psstt..lambat betul adik kamu berkhatan. Saya dulu berkhatan sebaik sahaja saya dilahirkan ke dunia ini..ikut adat sebelah bapa, adat orang Muslim Haryanvi (Haryana, India). Rugi betul la khatan awal2 ni...kalau baru skrg nak berkhatan kan ok...boleh saya buat n3 jugak...hehehe:-)

Hartini Omar said...

hans,
-ya, begitulah nampaknya. adik saya memperolehi dlm rm800 pd kenduri haritu. terima kasih banyak2 lah kpd jemputan yg bersedekah

ishan,
-apa salahnya dijadikan entri. segalanya boleh diceritakan. blog saya ini kan tentang ceritera manusia yang tidak sudah2.. rugilah kamu tak merasai kemeriahan berkhatan ;-)

terima kasih

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Meriah ke majlis khatan tu...bukan ke mcm majlis yg penuh linangan air mata dan tangisan ke? Hehehe! Tak tau la kan sbb saya tak penah alaminya atau attend majlis seperti ini. Saya cuma pernah tengok satu iklan kat tv dulu2 tu je..kalau tak silap la kan sbb dah lama sgt dah iklan tu;-)

Anonymous said...

harap2 majlis hari tu meriah. Maaf tak dapat turut sama sbb ke AS..he..he ;-)

Hartini Omar said...

ishan,
tentulah meriah dgn bacaan yaa sin dan doa selamat, sbg tanda kita sudah mahu masuk ke peringkat umur yg lebih mencabar

ustazah,
alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. sayang, tak dapat la ustazah merasa nasi briyani dan cupcakes yg saya buat.. hehe.. seronok ke AS?

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Ooo mcm tu sekali ke, ada yaa sin dan doa selamat segala? La, teringin nak merasai suasana tu. Kalau la awak jemput saya hari tu, dapatla saya merasai kemeriahan majlis khatan tu...huhu! Ermm,ada lagi tak mana2 adik awak yg nak berkhatan lepas ni? Jgn lupa jemput saya jadi tukang baca doa selamat ye...hehehe! Mcm bagus je kan saya ni...actually tak pandai pun bab2 keagamaan ni, tau baca doa makan je pun;-)

Anonymous said...

hahahah.....muncungnya udah kontot./hehehhehee

teringat semasa kemeriahan eden jadi remaja....heheheheh

mcm2 kenduri dibuat dek keluarga....

layan jgn tak layannnn

Bila Diary Bercerita said...

Tini,
Esok anak lelaki akak pula akan melalui detik bersejarah bagi dirinya. Majlis kat ipoh siap ada bunga telur tu...Opahnya yg beriya-iya nak sambut secara meriah sikit. Aduhai..ikutkan akak nak simple je.

Hartini Omar said...

maza,
-terima kasih tuan krn menyinggah

kak aishah,
-ye ke? best tu kak. kalau di kampung, mesti lagi meriah. ntah2 siap buat pelamin mcm org kawin. hehe =P

Nafastari said...

Semasa saya berumur 11 tahun dulu saya juga melalui saat-saat yang seeprti ini. Tetapi ia berlalu bagaikan tiada apa-apa yang istimewa, saya lansung tidak kisah. Kami ke rumah tok mudim dan selepas operasi kami pulang ke rumah, itu saja.