Syukur pada Tuhan, atas nikmat lapang ini. Nikmat ketenangan setelah tugasan-tugasan sempurna dilaksanakan. Tenangnya jiwa raga, setenang hembusan bayu yang membelah angkasa. Alangkah nikmatnya…
Telah hampir beberapa malam juga tidur ini tidak mahu lena. Memikir letak duduk masalah yang tak pernah sudah malah seakan bertambah-tambah pula. Di ofis dengan masalah-masalah kerja, ditambah pula tugasan dan pembentangan yang menjerit-jerit minta disegerakan usaha. Serasa amat sesak minda dan dada. Sesekali terasa mahu mengis, berendam air mata. Namun lekas pula kuinsafi kembali, itulah harga sebuah jaya
Dan syukurlah di tengahari ini, mampu aku menarik nafas lega. Lega kerana telah juga Tuhan menghadiahkan aku sebuah ketenangan itu. Ketenangan yang sering dirasakan saat-saat segala hutang berjaya dilunaskan. Syukur padaMu, Tuhan
Dan kini, dalam udara sunyi sepi di daerah suci ini, di taman ilmu dan budi ini, sempat juga kukarangkan sesuatu buat ceritera yang seakan lama tak terbela. Terasa rindu benar, mengirim-ngirim khabar berita buat teman-teman pembaca. Aku tetap ada, tetap sudi untuk berbicara tentang dunia dan isinya
Dan dalam digin penyaman udara yang sedang-sedang elok ini, terasa berat pula mata mahu menaip di papan-papan kekunci. Terasa aman dan damai benar untuk aku melelapkan mata buat seminit dua. Letih benar..... Dan ya, biar aku tinggalkan kalian seketika. Izinkan aku memberikan hak-hak ketenangan pada mata dan minda yang telah lama letih bekerja
Tinggal dulu, semua. Nanti kita sama-sama sambung bicara
Oh ya, dan cuti yang bakal datang ini…, tunggulah kedatanganku, Mahsuri!

Library UIA
23/1/09
9 comments:
selamat bercuti
Semoga tenang dan gembira dalam percutian ditanah yang penuh lagenda itu.
Salam Hartini,
Beristirehatlah
Malam mu akan panjang
Tidurmu akan lena
Moga nafas mu untuk hari esok akan lebih kuat
Kerana ujian yang pasti datang akan terus meningkat
Untuk iman sdri diangkat
Allah akan beri lebih rahmat
Amin
Selamat bercuti
mohon link ke blog saya
Aku gembira dengan perkembangan terbaru ini. Bittaufiq!
mye,
-terima kasih, selamat bercuti untuk kamu juga
kak aishah,
-dan percutian di pulau penuh lagenda itu, penuh warna-warni dan keriangan tersendiri
cikgubad,
-terima kasih banyak. selamat bercuti satu minggu untuk cikgu juga
datul,
-ya sila2. terima kasih. kenapa lama menyepi?
ahmad,
-perkembangan terbaru apa yang kamu maksudkan itu? terima kasih banyak
terima kasih semua
Perkembangan terbaru kamu yang berasa tenang dalam kesucian Taman itu.
ahmad,
-ya benar. tenang sekali. kamu pula bila lagi mahu kembali? mungkin setelah lahir cahayamata kamu yang sulung nanti, ya? Insayaallah. aku sering doakan
kuatkn semangat untuk mencari ilmu. berkerja dn belajar perlu kan kekuatan dalaman,semoga kita dapat menghadapi cabaran ini.saya masih berbaki 3 tahun untuk habiskan pengajian saya.
Post a Comment