Aku duduk di bangku itu lama2. Menebar pandangan pada mega yang memercik kilauan warna jingga. Indah dan memukau pandangan, lalu tersedar betapa hidupku yang diciptakan Tuhan penuh dengan sejuta keindahan. Namun masih juga aku bermurung-murungan. Mengenangkan satu nama yang tidak juga mahu surut-surutan
Beberapa hari lagi, mungkin tidak lama pun, harus aku bersedia menguatkan semangat sendiri. Melihat satu2nya insan yang aku cintai menempuh hari bahagianya. Telah jenuh aku mengucap-ucapkan namanya dalam doa, tidak juga Tuhan kabulkankannya. Kini aku cuma mampu pasrah dan berserah. Perlu belajar bergembira dan bahagia atas segala kebahagiaannya.
Aku mungkin perlu belajar membuka hati. Hati yang telah lama terkunci. Belajar menerima keadaan kerana boleh jadi itulah yang paling baik untuk diriku sendiri. Tuhan tidak pernah zalim terhadap hambaNya. Mungkin tanpa sedar, permintaan yang aku pinta2 itu membuahkan kezaliman pada sesiapa di hujung perjalanannya. Siapa sangka? Ah, hati.. sedarlah…
..........................................................
Kekasih,
Aku hanya pernah menyebut namamu dalam pintaan doa kudusku. Menunggu-nunggu dikau datang memberiku sebentuk cinta yang aku puja2. Namun setelah sekian lama, cinta itu tidak juga kunjung tiba
Kekasih,
Aku hanya pernah memimpikanmu dalam mainan tidurku. Bertemu dikau dalam malam2 sunyi, lalu engkau tersenyum padaku minta dikasihi. Namun setelah aku sedar dari lena, bayangan wajahmu turut pergi jauh dan bagai tidak bisa aku sentuh2
Kekasih,
Aku ingin benar menuliskan namamu di halaman putih ini. Melakar setiap sifat dan perilakumu, kebaikan dan ketinggian peribadimu. Namun aku terlalu takut, takut engkau nanti akan mengatakan aku ini apa-apa. Perempuan sulit yang tak pernah sudah2
Jadi biarlah namamu aku simpan dalam hati. Segala peribadimu aku rakamkan dan letak kemas2 dalam memori. Aku akan tetap mendoakan kebahagiaanmu. Tetap mendoakan kerahmatan rumahtanggamu yang bakal engkau lalui itu. Mungkin telah ditakdirkan tuhan engkau bukan milikku dan aku bukan milikmu
Kekasih,
Aku akan terus bercakap2 dengan tuhan. Mungkin juga Dia akan menghadiahkan aku sebuah cinta dari jalan yang tidak aku sangka2kan. Siapa tahu, kesedihan ini adalah satu hikmah tanda sayangya Dia padaku. Tanda kudusnya kasih Tuhan pada hamba2nya yang sering tidak tahu
Aku akan belajar menerima kenyataan. Belajar hidup dengan kesyukuran. Belajar bersabar dengan setiap perit dugaan. Terima kasih sayang, membenarkan aku merasai kemanisan cinta. Walupun manisnya itu tidaklah selama mana
Selamat berbahagia…

Sekian,
Hartini Omar
.......................................Hartini Omar
P/s: Aku nanti mahu terbang, ubati hati yang rawan. Tolong doakan aku selamat pergi dan selamat pulang
8 comments:
Anda sangat mengingatkan saya kepada "Hartini". Itu sangat bahaya. Cukuplah "Hartini" wujud dalam novel itu, anda tolonglah jangan jadi sepertinya.
syahdunya. aku tak tau yg kamu memendam rasa. aku sentiasa doakan kebahagiaanmu dlm meniti hari2 yg mendatang, agar kamu tabah. Allah lebih mengetahui apa (@siapa) yg paling baik utk mu.
p/s: apa2 pun, nanti jgn lupa balik ke Malaysia, ya.
yeye...
wewet membaca blog yeye bukan sebagai sepupu tapi sebagai orang luar yang tidak pernah kenal dan tahu siapa pemunya blog ini.
Hati ini benar2 tersentuh. Setitis airmata gugur tanpa sedar. Sesungguhnya kau seorang yang tabah dan tenang. Tak semua orang dapat mengawal emosi dan menyembunyikan perasaan hati sebegini.
Ingat, mencintai tidak semestinya memiliki. Yang terbaik buat kita hanya yang di atas sana mengetahuinya. bersyukur dan berserah kepadanya. dalam apa jua keadaan, sentiasa ingat yang kita ada DIA. Maha pemurah, pengasih dan penyayang. Amin.
jadilah diri sendiri...
Titipan ini untuk kamu;-
Ya Allah,
Pada-Mu aku berteka
Walaupun aku yakinpasti Engkau Maha Mengetahui,
Sedang Engkau jadikan hatiku ini patah,
Aku pohon Engkau jadikan hatiku ini kering,
Sedang Engkau jadikan hatiku ini berkecai
Aku pohon Engkau jadikan hatiku ini keras,
Agar yang berserpih tidak akan melebur,
Agar yang melebur pun akan meninggalkan bekas bersisa
Agar dapat ku bina kembali impian yang pernah terbatas.
Ya Allah Pada-Mu aku berteki
Tanpa berbelahbagi
Tetapkanlah jalanku jalan ke depan
Walau yang menghadangsanggah
setajam penajam sebisa sembilu ,
Dengan sebeban kerat,aku akan menyanggupinya
Demi menjauhdiri dari silam yang cucuk menikam,
Yang tidak sanggup aku hadapinya untuk hidup sekali ini..
Tabahlah wahai pemilik hati. Pastinya jodoh yang TERBAIK telah ditetapkan di Luh Mahfuz. Doakan yang baik-baik sahaja buat dirimu..
semoga berbahagia....
ahmad,
-terima kasih, doakan saya tidak sepertinya
ustazah,
-terima kasih juga. doa lah. doa jangan sudah2
wewet,
-mencintai tidak semestinya memiliki. krn alasan itu aku masih berdiri
hans,
-bukan aku kah yang aku jadi kini?
tuan anonymous,
-terima kasih banyak atas nukilan yang sedikit sebanyak membahagiakan. untuk kamu juga aku doakan kebahagiaan
gdah,
-doakan bahawasanya 'ada' yang tercatit untukku di luh mahfuz sana
joseph,
-kamu faham konsep atau tidak? saya sedang berduka, masakan bahagia?
terima kasih semua
Post a Comment