Thursday, June 04, 2009

Tuhan terlalu sayang...

Entri ini aku tujukan buatmu, sahabat sepenulisan. Saat pagi menjengah dan aku terpaku membaca sebuah keluh-kesah. Berdegup laju nadiku, serasa dapat kudengar dengan jelas di dalam pejabat yang sunyi sesunyi-sunyinya. Bacalah, bacalah jika engkau sudi membacanya walaupun dapat aku agak, engkau pasti tidak berkenan dengan ayat berbunga2. Namun cubalah baca, kerana apa yang aku tulis ini memang untuk kamu. Hanya untuk kamu...

Untukmu yang mungkin engkau sendiri masih tercari2 jalan penghidupan, meninjau-ninjau di landasan mana akan tersemat sebuah pengakhiran. Sudah tentulah yang kau impikan itu sesuatu yang bahagia, namun janganlah engkau lupa, yang duka dan kecewa itu pasti datang membawa rintangan2 yang memerlukan kesabaran. Kesabaran dan sepenuh kepercayaan pada Tuhan

Teman sepenulisan,

Sesekali bila aku renung2kan, kita punya serba sedikit persamaan. Tidaklah niatku untuk meletakkan kamu serendah aku, kerana aku sendiri adalah wanita yang hina dina. Terperusuk jauh di tempat yang tidak pernah sudi manusia menunjunginya. Persamaan yang aku maksudkan itu mungkin sekali dari corak pemikiran kita. Yang sentiasa mengangankan dan mengimpikan kebahagiaan tercipta, kalau boleh menjelang esok apabila mentari memercik sinarnya

Kita terlalu degil, mahu mencari apa yang diingini hati. Sedangkan telah banyak peluang2 yang menjenguk datang. Namun atas faktor hati, peluang itu kita tentang, kita kekang. Hati kita lebih penting dari persepsi mata2 yang memandang. Persetankan manusia, manusia hanya mampu memandang bila kita susah, namun tak malu mengaku saudara bila kita bahagia. Itu memang perangai manusia

Teman,

TUHAN TIDAK PERNAH KEJAM pada kita. Mungkin sekali kita sendiri yang belum celik untuk melihat betapa Ihsan dan KasihNya Dia. Semakin banyak pancaroba yang didepani kita, semakin tinggilah rasa sayangNya. Sekurang2nya itu jugalah yang terpaksa aku sematkan dalam kotal akal untuk kembali cekal. Walaupun ada juga masanya aku terlalu putus asa untuk berdoa, kerana Dia seolah2 tidak pernah mendengar dan memberikan apa jua yang aku pinta

Aku seorang perempuan, mungkin sekali tidak sesukar dirimu yang ditakdirkan syarat alam, menjadi ketua dalam sebuah penghidupan. Mencari rezeki untuk kemudahan hari depan. Untuk membantu, atau lebih molek aku katakan untuk meyakinkan keluarga dan saudara mara, bahawa pelajaran dan perjalanan hidupmu selama ini tidak sia2

Aku berbangga mengenalimu. Mengenali rakan2mu. Engkau lelaki tabah, pasrah, dan sekali sekala diselangi gelak tawa yang mendamaikan jiwa. Walaupun egomu itu terlalu tinggi mencapai awan hingga tak mampu digenggam tangan, adakalanya engkau terlalu tulus, kawan. Terlalu suci dan kebudakan. Ya, sifat yang mendatangkan sedikit senyuman, sekurang-kurangnya untuk aku yang hanya mampu memerhati di kejauhan. Memerhati atas dasar kemanusiaan

Teman sepenulisan,

Ingat, tuhan tidak pernah zalim pada hambaNya. Mungkin kita yang zalim, meminta2 sesuatu yang akhirnya boleh menzalimi diri kita. Siapa sangka? Apa yang berlaku dalam denyut2 dan detik2 kehidupan, ditentukanNya. Kita perlu bersyukur diberikan bahagia, dan bersyukur juga diberikan duka sebagai ubat leka. Setiap yang berlaku, pasti sekali ada HIKMAH disebaliknya

Kau berpendidikan, terlalu bijak dan sangat tidak molek jika mencurigai Tuhan. Aku pasti, kawan; Suatu hari nanti kau akan kecapi apa yang kau idam2kan. Aku pasti, kerana engkau banyak berusaha, dan usaha itu tangga kejayaan. Sama2lah kita berusaha dan berdoa, semoga Tuhan memberi sedikit kasih sayang dan perhatianNya buat kita

Teman budiman,

Cukuplah sampai di sini. Sudah tamat gelora hatiku, yang meronta2 untuk menasihatimu yang mana perlu. Kemaslahatan keluargamu, ibu ayahmu, adik beradikmu, janganlah engkau gusarkan. Sebaliknya, fikirkanlah jalan2 penyelesaian. Bukan dengan berburuk sangka pada Tuhan. Aku tahu, kau tidak benar2 meniatkannya, bukan?

Tabahlah, hanya itu yang mampu aku katakan. Walaupun jika aku di tempatmu, aku jijik sekali mendengar perkataan ‘sabarlah’ dan ‘tabahlah’ itu. namun bukankah itu saja yang mampu diucapkan oleh seorang kawan kepada kawannya yang diuji dengan ujian? Ah, aku juga tak terkata apa. Sudah, mari bangkit berusaha, cari jalan alternatif yang kedua, ketiga dan seterusnya

Engkau telah termasuk dalam senarai mereka2 yang aku doakan, biarpun siapalah aku ini di hadapan Tuhan. Namamu dan keluargamu telah menjadi sebahagian dari ucap2 doaku di waktu malam, saat bulan bersinar terang. Tenang kawan dan percayalah, ini semua tanda2 bahawa Tuhan terlalu sayang....

Aku percaya, Dia memang Maha Penyayang...

Ikhlas,
Hartini Omar

3 comments:

Nafastari said...

Terima kasih kerana menulis sebuah peringatan yang sangat bagus. Saya berharap teman sepenulisan anda akan membaca catatan ini. Tapi saya rasa dia tidak benar-benar memaksudkan begitu, cuma sekadar luahan dan ingin didengari. Saya kenal dia, dia punyai iman yang kepercayaan yang kukuh pada Tuhan dan dirinya sendiri.

Hartini Omar said...

ahmad,
-kamu terlalu berperikemanusiaan sehingga rela berterima kasih bagi pihaknya. saya faham, mungkin beliau bukan insan yang jiwa2, jadinya sedikit lambat utk memahami tulisan2 saya
-saya ikhlas menulis tanpa mengharapkan apa2 balasan, semoga hendaknya tulisan saya menjadi pedoman dan peringatan
-saya sudah ke perhentian. wahai, sukarlah dpt saya nyatakan keindahannya. semoga kamu lekas2 kembali ke tanah timurmu yang makmur itu bersama keluarga

terima kasih

Nafastari said...

Hatini, tulislah tentang Perhentian sekarang! Terlalu saya ingin membaca. Saya berharap dapat mengunjunginya di masa hadapan dengan Embun. Kami selalu bercerita kepada Embun tentang kecantikan tanah air kita dan pantai serta pulaunya yang menarik, saya berharap dia akan dapat memahaminya suatu hari nanti. Di sini tiada pantai, ikan laut tidak sesegar di sana.