Saturday, September 25, 2010

Petang

Petang, hujan turun lebat. Aku duduk kemas di meja makan ruang tamu. Di sisiku air Teh O panas berasap2, bagai meminta2 aku mensisipnya. Air Teh O panas itu banyak kenangannya. Kenangan indah yang mudah sekali manusia melupakannya. Tapi bukan aku, aku jarang lupa pada cinta

Hujan turun lebat. Tempiasnya membasahi lantai di sekeliling pintu sliding yang sengaja aku bukakan. Aku berseorangan, tidak berteman. Semenjak hari Khamis lagi aku di sini. Di daerah paling sepi. Aku tidak mahu pulang ke rumah keluarga, kerana di sana nanti aku terpaksa berpura2 bahagia. Terpaksa mengukir senyum dan ketawa. Sedangkan jiwaku meronta. Meronta dan menangisi cinta

Jadi aku kekal dan diam di sini. Di rumah penuh tenteram dan damai ini. Hanya aku dan diriku. Kotak TV itu sudah tiga hari tidak berbunyi. Semenjak aku pulang dari sana dalam keadaan tergesa2, aku terbaring dan menangis mengenangkan lara jiwa, aku tidak pernah memasang kotak TV itu. Dan bila sekarang sakitku hampir kebah, pun aku tidak heran untuk menontonnya. Aku bukan dia. Ya, dia yang dengan TVnya

Aku senyum. Memandang lalu mengenangkan sesuatu yang terjadi atas nama cinta. Gelak tawa dan usikan yang berlaku secara spontan, seperti tidak dipaksakan. Namun mengapa betah dia melupakan aku dan cintaku? Cinta aku buat dia terlalu jujur. Aku jujur menyayanginya dengan setulus hatiku. Dia? Entah lah, mungkin baginya aku cuma sekadar helaian kenangan yang pernah berselak dalam kamus hidupnya. Biarlah.., mungkin dia bahagia dalam ketawa dan senyum mekarnya

Sudah lama aku tidak menyiram rumput2 di halaman. Lagipun sehari dua ini, hujan turun malam dan siang. Sementelah aku di sini, tiada satu pasang mata pun yang sudi menjenguk dan menanyakan khabar. Kalau ada pun cuma papa yang sering menelefon bertanyakan aku. Dan aku katakan pada papa, aku perlu masa untuk bersendirian. Papa seakan2 faham dan tidak bertanya lagi

Masyit dan mami kekal menjadi rakan paling akrab. Tidak pernah mereka gagal memberikan nasihat serta semangat. Apa lagi yang perlu ada dalam diri seorang manusia selain keluarga dan sahabat setia. Cinta? Usahlah disebut perkara itu. Cinta hakikatnya tidak pernah wujud buat aku. Kerana yang sebenarnya hanyalah; dia menipu dan aku tertipu

…………………

Kata2 sahabat kadang2 kedengaran seperti kata2 Muluk kepada Zainuddin, dalam buku cerita kegemaranku

Untuk apa kau bersedih mengenangkan dia dan cintanya, sedangkan dia di sana bersuka2 terseyum ketawa. Dan tidak sedikitpun dia mengingatimu

Janganlah engkau mati kerana hanyut dalam lukamu. Dia di sana tiadalah akan bersimpati, malah mungkin mentertawakanmu kerana kebodohanmu. Betapa bangganya dia, bila ada juga seorang manusia yang mati kerana cintanya

Ayuh bangunlah. Kau bukan orang jahat. Kau orang baik2. Tidak berprasangka, tidak memberi luka, lalu atas kebaikanmu manusia mempergunakanmu

Sudahlah, biar yang berlalu terus berlalu. Percayalah bahawa setiap kelukaan di jiwamu, akan dibalut dengan kebahagiaan di satu hari nanti. Tapi kau mesti terus berdiri. Mesti terus berlari dan kali ini dengan penuh hati2

………………………….

Seperti cinta Zainuddin buat Haryatti yang kekal sampai mati, seperti itu jugalah cintaku kepadanya. Walaupun aku nanti bakal bangkit menjadi lain2 manusia, cinta dan janji itu tetap aku simpan sebagai azimat tanda setia

…………………………..

Air Teh O panas itu aku sisip perlahan. Aku senyum seorang lalu air mata bertakungan….

‘Jemput minum, sayang’

2 comments:

Anonymous said...

(!_!)..

Anonymous said...

Hanya ALLAH Tahu bagaimana galaunya...