Thursday, June 02, 2011

Berbalam-balam

Saya sudah lama tidak menulis. Hampir2 sebulan. Membaca juga begitu. Sudah lama saya tinggalkan. Hari2 saya mengadap keping2 gambar manusia di hari bahagia mereka. Sampai mata saya berbalam-balam. Apakah saya jemu? Tidak. Saya suka melihat manusia gembira. Dengan senyum dan tawa mereka, dengan usik dan manja. Saya doakan sekalian mereka berbahagia. Kalau boleh sehingga ditarik nyawa

Saya sudah lama tidak menulis. Meskipun saya begitu mahu. Ada banyak ceritera yang terjadi dalam kehidupan saya yang saya tinggalkan begitu saja. Seringkali saya mahu menulis, namun lekas2 terasa letih. Sehingga sahabat baik saya juga kini telah selamat bertunangan, namun saya masih belum mampu menulis sebarang perkhabaran

Manusia berkahwin di hadapan mata saya. Mereka melafazkan akad yang satu itu dan masuk betul2 di corong telinga saya. Mereka menyarungkan cincin sebentuk dan mengucup dahi isteri2 mereka betul2 di hadapan lensa kamera saya, dan dirakam penuh oleh memori saya yang masih cerna. Sebagai jurugambar, saya hadir dalam majlis perkahwinan mereka dari mula sampai tamat. Dan saya selalu pohonkan agar jodoh dan pertemuan mereka dipanjangkan juga hingga ke akhirat. Namun bagi saya, biarlah yang namanya perkahwinan itu untuk mereka2 saja. Dan tidaklah untuk saya

Apakah saya tidak mahu berkahwin? Siapalah yang tidak mahu. Namun saya lebih kepada tidak mampu. Cukuplah hanya dengan jawapan itu. Selebihnya terpulang kepada kalian untuk berteka. Saya lebih senang melihat manusia gembira dalam kehidupan mereka. Kerana saya juga akan turut gembira

Saya ada orang yang saya sayang, dan saya juga ada orang yang menyayangi saya. Cukuplah itu, dan saya tidak meminta2 yang lainnya. Terima kasih Allah

Esok saya akan ke Baling semula, menyudahi fotoshoot Wani dan minggu depan insyallah ke Terengganu pula. Saya benar2 sibuk dengan segenap tugasan. Dan mengajar pula, mujur saja pelajar2 saya sedang bercuti. Jadi dapatlah saya menguruskan dulu segala tentang fotografi

Mata saya sudah berbalam2. Saya amat letih, sungguh. Nanti saya akan menulis lagi. Khas buat manusia2 di luar sana yang mahu tahu tentang kisah manusia yang lainnya. Semoga saya dipanjangkan usia, tetap dalam iman juga taqwa (^^)

Dan untuk kalian semua, senantiasa saya doakan bahagia...

5 comments:

My Azie said...

semoga baik-baik sahaja untuk kamu :)

*Mawar Nafastari* said...

sy nantikan entri utk embun dr kamu hartini omar.. :)

ShaMohamad said...

hehe...tah knapa...saya pon sama...asyik menunggu cerita pasal embun...:)

Anonymous said...

semoga akan jumpe pasangan bahagia :)

Hartini Omar said...

Kak azie,
-terima kasih kak

mawar,
-oh sudah pasti saya akan tuliskan. tunggu bila saya betul2 lapang. kerana saya suka menulis dr hati

sha,
-ya. nantikan

rapunzel,
-saya berjumpa pasangan bahagia setiap minggu dalam hari2 hidup saya (^^)

terima kasih anda semua