Sudah lama aku perhatikan pokok cili yang mama tanam belakang rumah. Pokok cili yang sangat kecil itu mama jaga rapi walaupun mama sekadar datang seminggu sekali. Aku siram pokok cili mama hari2. Tengoklah, kadang2 waktu petang kadang2 waktu pagi. Walaupun aku sebenarnya sangat malas nak menyiram segala mala tumbuhan mama yang menghijau, aku gagahkan juga walupun kadang2 sambil menyandar tepi diding. Aku dan tumbuhan, tak pernah berapa nak ngam
Pokok cili mama itu aku tengok kadang2 segar. Selalunya bila mama ada, warnanya hijau kemain. Pokoknya tegak macam sihat walafiat. Kadang2 sengaja ditumbuhkan putik2 cili sebatang dua, padahal pokok itu masih sangat kecil. Tersenyum2 mama membangga-banggakan pokok cilinya. Aku kadang2 naik meluat dengan pokok cili mama. Mengadanya bukan main kalau mama ada
Tapi bila mama pulang, dan aku tinggal seorang, pokok cili tu mula buat hal. Tak kiralah berapa gelen air pun aku siram, warna hijaunya tak seterang bila mama ada. Putik cilinya pun tak mahu hidup dan membesar. Kadang2 sambil siram pokok lain, aku jeling pokok cili mama. Buat2 menyampah. Dan esok aku tengok daunnya layu pula. Kadang2 aku pujuk jugak, walaupun dalam hati aku tefikir adakah aku gila bercakap dengan pokok cili yang kecil itu. Aku pujuk suruh ia hidup. Supaya nanti bila mama datang, aku tak dimarahinya
Mama dan tumbuh-tumbuhan memang akrab dari dulu. Apa saja yang mama tanam mesti menjadi2 dan membesar dengan sihat lagi gagah. Kalau rambutan yang mama tanam, buahnya akan tumbuh lebat dan banyak. Kalau mama tanam belimbing, tiap2 hari kami minum jus belimbing. Dan ada banyak lagi yang mama suka tanam. Betik, pisang, limau kasturi, limau purut, nangka, jambu, dan segala sayur-mayur dan ulam-ulaman
Mungkin tangan mama sejuk. Aku tak tahu apa yang orang selalu maksudkan dengan 'sejuk' itu, tapi aku buat2 faham. Orang yang tangan sejuk, tanam apa pun jadi. Kalau mama duduk kampung, aku rasa halaman rumah kami akan penuh dengan tanaman jagung. Mama kata, dulu arwah nenek taman jagung tepi Sungai Klang. Aku selalu cebik bila dengar, entah iya entah tidak tanaman jagung kami wujud di tepi Sungai Klang itu. Dulu
Mama selalu cakap, duduk di bandar pun boleh bercucuk tanam. Asalkan rajin dan sayang tumbuh-tumbuhan. Biar tanah lamannya cuma sekangkang kera, tanamlah tumbuh-tumbuhan renek dan bunga2. Berbudi pada tanah, nanti mati ke tanah juga
Aku suka duduk apartment. Konon macam senang tak payah mengadun2 laman. Takut nanti kalau ada laman, yang aku bela hanya semak dan lalang. Jadinya baik duduk apartment saja, cuma ada balkoni yang boleh dihiasi serba sedikit dengan tumbuhan dalam pasu. kalau tak ada terus pun tak apa. Jadilah, takkan nak mencangkul bagai pula. Lagipun aku memang tak ngam dengan pokok. Mungkin pokok jadi panas bila tengok aku
Aku renung pokok cili mama, cuba bersahabat kononya. Bila dilihat lama2, terasa comel pula. Pokok cili yang kecil itu mungkin macam kanak2 yang perlukan kasih sayang dan belaian. Setakat siram air saja macam yang aku buat hari2, pokok yang besar sepemeluk pun boleh mati. Mungkin tumbuh-tumbuhan macam manusia yang perlukan lebih dari sekadar makan minum yang masuk ke perut
Aku jadi faham. Setiap yang hidup perlu kasih sayang untuk meneruskan kehidupan. Keluarga, ibu ayah, anak2, rakan2 dan teman, semuanya adalah lambang kasih sayang. Perhatian, pertuturan, belaian, perkataan dan renungan segalanya adalah kasih sayang. Pokok cili mama mengajar untuk hidup dengan memberi. Memberi dan memberi lebih lagi
Aku harap petang ini pokok cili itu akan senyum padaku. Dan akan membesar lalu berbakti kepada manusia, lalu dibalas pula dengan manusia yang benar2 mampu menghargainya
Kalau mampu kita menghargai mereka dengan apa jua cara...
dan tiba2 aku terkenangkan "Pandora" ;) ah sangat indah!
1 comment:
Grateful for sharing tthis
Post a Comment