Di pagi Isnin ini, saya mahu kalian membaca
Sungguh, saya benar2 mahu kalian membaca. Dahulu, bila saya ke seberang, saya menulis kisah ini. Dan bila saya ke Utara, saya menulis yang ini pula. Lalu bila saya menerjah selatan, ceritera ini seakan2 saya yang mengalaminya. Walaupun saya cuma sekadar berada di sana dan melihat dengan mata, namun pengalaman dan kehidupan mereka terasa-rasa bagai kehidupan saya juga
Saya mahu kawan2 yang bertandang di laman saya untuk membaca semua entri2 lama saya. Sementara saya tidak lagi kemana-mana, dan penulisan saya seakan terhenti dek masa yang terlalu banyak dihabiskan demi kerja dan kerjaya, saya tidak mahu kalian hadir ke sini lalu merasa hampa
Saya suka andai kalian membaca. Kalian mesti membaca walau apa jua isu dan jika ada atau tiadanya kisah2 dari saya. Saya akan menulis bila kesedaran dan keindahan itu datang. Saya perlu ruang dan 'mood' yang membantu saya untuk berkarya. Ya, sekali imbas saya bukan penulis yang baik kerana saya tidak boleh menulis dengan rutin masa. Saya hanya menulis bila2 saya suka. Menulis sedikit tapi bermakna
Bacalah. Baca, kerana dengan membaca sahaja kita dapat lari jauh ke dunia orang lain lalu berjaya kembali menginsafi diri di dunia milik kita
Baca, kerana dengan membaca jugalah kita kenal siapa kita dan siapa Pencipta
Baca
No comments:
Post a Comment