Wednesday, April 04, 2012

Sekalung Penghargaan



Alhamdulillah. Jujur, saya kira itu perkataan pertama yang perlu saya sebut. Untuk Islam yang masih subur dalam diri. Untuk iman yang masih ada tapi perlu diperbaiki. Untuk rezeki yang tidak pernah berhenti diberi. Dan untuk ilmu, akal, jiwa dan hati yang masih lagi suci. Selayaknya saya bersyukur.

Saya sudah berjaya membeli sebuah koputer riba baru yang molek dan berkapasiti tinggi. Bukan niat saya untuk bermegah2, tetapi saya menyebutnya untuk berterima kasih kepada Allah, dan kepada sahabat2 yang telah banyak memberi kepercayaan kepada saya

Saya tahu harga sebuah laptop tidaklah semahal mana untuk sebilangan manusia. Tetapi bilamana saya mampu membelinya dengan duit hasil titik peluh sendiri yang dikumpul sedikit-sedikit, maka nilainya menjadi terlalu mahal. Sehingga meinitis air mata tatkala saya menyentuhnya

Saya bukan orang kaya. Gaji yang saya perolehi pun tidaklah sebanyak mana. Saya tiada kad kredit untuk membeli segala gajet2 masa kini. Hanya menabung sajalah jalan yang ada untuk membeli apa sahaja yang orang lain mampu beli.

Saya dapat juga membeli flash gun dan beberapa kelengkapan mengambil gambar yang lain dengan mengumpul wang bayaran yang diperoleh dari hobi saya. Hobi mengambil gambar. Dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yang telah sudi mengabadikan kenangan terindah mereka bersama saya

Saya mahu terus maju. Itu cita-cita dan impian saya. Untuk maju, saya tidak akan selamanya berdiri di spot yang ini. Dan saya tidak mahu melupakan segala yang telah saya lalui hanya kerana faktor kemajuan itu. Jujur, saya mahu terus memandang belakang dan tersenyum mengimbau kenangan

Terima kasih semua. Pasangan Ayu dan Aiman, Aja dan Adi, Yusra dan Shamsul, Sarah dan Firdaus, Wanie dan Izwan, Fina dan Fikhry, Huda dan Fairuz, Wahidah dan Faizal, Ida dan Firdaus, Zaharah dan Hishamuddin, Mdm. Lakhsmy, Mdm. Mohana dan rakan2 yang banyak memberikan semangat, dorongan juga nasihat

Dan untuk teman jiwa raga, yang diri anda sendiri tahu siapa anda, perkenalan, perkongsian dan segalanya yang baik yang saya perolehi dari anda, hanya jutaan terima kasih jualah yang mampu saya lafazkan. Semoga anda dan pasangan akan terus diberkati mudah-mudahan

Saya akan meneruskan apa yang dipinjamkan Tuhan ini, sehingga Tuhan sendiri mengambilnya kembali nanti. Saya bukan jurugambar. Dan sememangnya layaklah jika saya sedikit teruja apabila saya mampu mendapatkan sesuatu hasil dari gambar yang saya rakam. Ya, saya teruja dan selebihnya bersyukur. Berbanyak2 syukur

Akan ada beberapa kerja di hujung bulan 4, awal dan hujung bulan 5, dan awal bulan 6 yang akan datang. Doakan saya sentiasa diberikan kesihatan, agar mampu berbakti dan mencari rezeki halal. Agar saya diberi kemahiran dan kreativiti yang tinggi dan kepada Allah jualah saya pohonkan segala kebaikan

Jazakallahu Khairan Kathiran

2 comments:

Anonymous said...

alhamdullilah..segala impian awk sudah menjadi kenyataan.. awk mengunakan sepenuhnya nikmat yang tuhan berikan..tahniah atas segala kejayaan merakam detik indah mereka yang bertuah.. yaa sangat bertuah mereka yang dapat bekerjasama merakam detik indah bersama awAk.. dengan hasil yang sangat baik seperti OP.. semoga awak sentiasa success sentiasa dan dimurahkan rezeki..amin.. kredit for your job!! (^,")

Hartini Omar said...

terima kasih. untuk awak juga, dipermudahkan hendaknya