Sunday, December 29, 2013

Bila saya mencari Hartini

Keluhan itu saya lepaskan perlahan. Perlahan namun masih agak kasar jika didengar. Cursor di skrin komputer berkelip2 seperti hamba yang menanti disuruh tuannya berbuat itu ini. Kekal setia tanpa sebarang bunyi. Saya masih memandang kaku laman Google yang sudah beberapa hari menjadi peneman setia. Namun apa yang saya cari masih belum saya temukan. Walau berjuta pun patah perkataan yang saya taipkan

Saya sedikit kesal. Kesedihan tergambar di wajah saya, jika dapat kalian melihat. Sedih benar. Bagai anak2 yang tidak mendapat barang yang dihajati. Serasa mahu saja saya menjerit, menangis dan meraung sekuat hati sehingga mampu saya perolehi. Namun masakan bisa.

Apakah yang saya cari? Ya, saya mencari Hartini

Kotak memori saya masih mampu membayangkan wajah perempuan berkebaya, ayu, molek dan jelita. Kaku berdiri di sebalik pintu memandang pemuda yang basah kehujanan, berdiri tegak di tanah, meneleku memandang kakinya sendiri. Rambutnya lencun. Kemejanya kusut. Ya, dan saya masih ingat bahawa perempuan itu Umie Aida. Dan saya masih ingat bahawa pemuda itu Nasir Bilal Khan

Hanya itu babak yang masih segar di ingatan saya. Hanya yang itu

Saya tidak tahu tahun berapa saya menonton entahkan drama entahkan filem yang berjudul Hartini itu. Namun saya tahu judulnya Hartini. Saya tahu kerana dengan usia sekecil itu saya sudahpun habis mengkhatam novel Hartini yang saya jumpa di dalam almari buruk di rumah ibu saudara saya. Menyelak dan membacanya diam2. Dari satu muka ke muka yang lainnya. Makin lama makin asyik. Makin lama makin menarik. Ya, saya masih ingat itu. Mungkin sekali sekitar tahun 1992 atau 1993

Ya, dan novel itu sangat terkesan. Sangat mengesankan. Walaupun jika dibaca oleh seorang kanak berusia sekecil saya yang masih di dalam darjah dua atau tiga. Saya tertarik dengan bahasa yang baik dan indah dari kecil sampai dewasa. Saya sayang bahasa dan budaya saya sejak saya mula mengenalnya.

Saya mungkin sekali seorang kanak2 pemikir. Mungkin!

Dengan bantuan Google di penghujung tahun 2013 ini saya mampu mendapatkan informasi bahawa babak yang masih basah dalam ingatan itu datang dari telefilem atau drama Hartini yang diarahkan oleh Erma Fatima dan ditayangkan pada hari raya kelima sekitar tahun 1995. Ya, dan terbuktilah bahawa memang Umie aida yang melakonkan watak Hartini tersebut

Dan banyak forum2 yang menyentuh tentang drama tersebut namun tidak banyak yang mengetahui perincinannya dengan lebih lanjut. Khabarnya drama tersebut telah ditarik balik hak tayangan dan difailkan saman kerana Erma mengadaptasinya dari novel karya Aziz Afkar yakni novel Hartini. Ya, itulah novel yang saya baca. Sayang sekali, dua buah karya hebat, samada yang ditulis atau yang dilakonkan, tidak dapat dihayati oleh orang ramai hanya kerana proses penghasilannya tidak melalui jalan yang betul

Kalaulah Erma memohon keizinan untuk menghasilkan sebuah drama yang diadaptasi jalan ceritanya dari karya Aziz Afkar, sudah tentu saya dapat menonton drama itu hari ini. Malah mungkin ia akan menjadi lebih popular dari filem Ombak Rindu yang digembar-gemburkan itu sendiri. Pada saya, siapa yang mengatakan bahawa Ombak Rindu itu sedih, mereka tentu belum pernah menghayati Hartini. Dan belum pernah kenal Haryati (dari novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck). Dua novel hebat karya Hamka dan Aziz Afkar ini saya pilih sebagai novel terulung untuk saya. Lantaran jalan ceritanya yang halus dan mantap. Begitu tulus dan tegap. Begitu mengkhayalkan namun masih lojik. Begitu berat namun tidak memberatkan. Ringan tetapi tidak meringankan

Alangkah hebat mereka menulis cerita. 'Seolah2 sebelum titik air mata saya membacanya, air mata mereka juga tidak sedikit yang tumpah'. Hanya sesuatu yang dari hati mampu turun ke hati. Ya, hanya sesuatu yang ikhlas dan tidak minta dibalas mampu menghadiahkan pengiktirafan jiwa dan perasaan

Saya mengeluh lagi. Menarik nafas dan menghembusnya perlahan. Saya begitu rindukan diri saya yang ini. Diri saya yang hanyut dan terbuai dalam rona jiwa yang hanya saya dapat menilai. Dan saya tahu, selalunya tulisan2 yang begini jarang diminati pembaca. Untuk kebanyakan orang, menghayati dan menjiwai adalah kerja berat. Yang mana untuk saya kejiwaan itu sesuatu yang mengharukan. Dengannya saya dapat terbang ke mana saja tanpa pasport dan tiket di tangan. Dengannya saya dapat merasa deru bayu nusantara yang sudah lebih tiga bulan saya tinggalkan. Dengannya saya dapat merasa denyut cinta tanpa percintaan. Dengannya saya rasa dibelai walaupun tanpa belaian

Mungkin sekali seperti watak Andy Dufresne di dalam filem Shawshank Redemption (yang juga sebuah filem adaptasi dari novel karya Stephen King). Yang mana beliau bebas walaupun terpenjara. Mampu berlari walaupun dipagari. Boleh mendidik walaupun diherdik. Hanya kerana alasan 'kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau'..

Ya, tetapi tidak ramai yang mampu faham bahasa jiwa, bahasa hati, bahasa seni

Saya rindukan kedamaian jiwa. Rindukan kesantunan Hartini dan kerendahan hati Amli. Dalam dunia serba moden dan mencabar ini, segala yang semacam itu telah hampir pupus. Tiada. Hapus. Hangus. Kosong. Lopong.

Tidak ada lagi manusia yang bergerak atas landasan jiwa. Atas laluan hati dan lorong nurani. Ya, kalau ada pun jarang sekali

Saya masih lagi mencari Hartini. Novelnya saya sudah ada. Terima kasih kepada pembaca budiman yang menghadiahkannya kepada saya. Jauh novel itu datang, merentas benua dan negara. Terkesan. Seperti ada sesuatu yang tersangkut di hati saya, tersimpul dan tidak dapat saya leraikan. Dapatkah saya ucapkan rasa terima kasih ini kepada beliau? Hanya doa dan harapan saya panjatkan, agar hidup dan matinya dalam limpah rahmat Tuhan Azza Wajalla

Saya akan menanti dan terus mencari. Kalau2 suatu masa nanti saya terjumpa dengan gerangan manusia yang ada menyimpan drama tersebut di dalam simpanannya. Semoga nasib menyebelahi saya

Dan selalunya beginilah yang terjadi bila saya mencari Hartini. Kerana tanpa sedar saya sebenarnya menjadi Hartini..

22 comments:

Anonymous said...

hartini yang mana?

hehe.

Hartini Omar said...

hartini yang saya :)

Anonymous said...

Dah seminggu lebih sy cuba cari tajuk depan novel ni....apa yg sy rasa sama dgn apa yg saudara rasa dulu...tak sangka ada orglain yg cari novel ni...ye btl...apa yg sy ingat hanya wajah seorang perempuan berkebaya...dan juga umi Aida dlm drama tu.....

Anonymous said...

Dalam arahan Erma tu watak AZIMAH dilakonkan oleh Raja Azura...dan watak AMLI dibawakan oleh Nasir Bilal Khan

Auni Batrisya Azmi said...
This comment has been removed by the author.
Bayang Malam Paranormal said...

saya juga pernah membaca dan menontonnya.....
sangat terkesan di hati.sudah tidak ada karya 'sebegini' jadi tayangan.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
alya said...

Salam kalau sesiapa sudi pinjamkan atau jual novel hartini tersebut sy sgt berbesar hati..apa ug penulis rasa sama dengan apa yg saya rasa mgkin tak pandai diluahkan dengan penulisan..terima kasih: email saya faralya03@gmail.com

Unknown said...

As salam..sy ada dptkn salinan dr novelholic.blogspot.com..cer tny kot2 ada lg..

Unknown said...

As salam..sy ada dptkn salinan dr novelholic.blogspot.com..cer tny kot2 ada lg..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam..sy ad salinan novel tu kalau sesiapa berminat. 0145150430.
http://YouthToEarn.com/?ref=158818

Mama Putri said...

Saya baca buku hartini ini pada tahun 1996. Satu-satunya buku yang telah mampu membuatkan saya menangis ketika membacanya.

Mama Putri said...

Saya baca buku hartini ini pada tahun 1996. Satu-satunya buku yang telah mampu membuatkan saya menangis ketika membacanya.

Khai7780 said...

Hartini..hartini...watak tu buat saya minat baca novel tu ulang kali..masa tu saya tahun 1993..novel simpanan arwah ayah dlm almari lama..sgt terkesan dlm hati kepda sesiapa yg membacanya..hartini..amli..azimah..sudin..tu watak2 yg mguatkan novel tu..novel ni umpamanya adaptasi kehidupan sebenarnya dlm kisah hartini ni..hanya arwah aziz afkar yg tahu.wallahualam..Al fatihah utk beliau.

Anonymous said...

3 kali saya baca 3 kali saya menangis.kawan pinjam novel saya x pulang kan .saya beli lagi.sorang lagi kawan pinjam pun sama x pulang.hingga kini saya kehilangan hartini.cari2 x jumpa lagi.hartini tersimpan di hati.

Unknown said...

Sy sgt suka baca novel hartini..byk kali membacanya.sampai skrg masih ingat ceritanya.mesti tenggelam dgn watak hartini,seolah2 kembali ke zmn itu.walaupuns tu sy masih dibangku skolah rendah.menangis stiap kali membacanya.xdnafikan,krn novel ini juga,sy bercita2 menjadi seorg guru nakun rezeki xkesampaian.

Tyha said...

Saya dh lme mencari buku ni Ada Tak sy nak beli

Unknown said...

Patut la.Saya masih tertunggu tunggu drama tu di tayang semula olih rtm. Rupa rupa telah diharamkan. Antara pelakon yang saya masih ingat. Raja Azura. Nasir bilal khan dan umie Aida.

Anonymous said...

Assalamualaikum...saya berminat untuk beli novel Hartini. Kat mana boleh dapatkan ya?