kisah i :
HINDRAF sebuah badan bukan kerajaan (NGO) kaum India telah mengadu pada kerajaan untuk membekukan hak2 keistimewaan bumiputera kerana menurutnya hak2 orang India sebagai penduduk minoriti negara disisihkan. Benarkah?? Owh cerdik pandai, jemput2 lah ke Batu Caves. Aku pasti, dari jauh mata kita telah disilaukan oleh patung emas yang berkilau dipanah cahaya. Besarnya bak gajah, tingginya bak galah.. Tersisih lagi kah?? Kadang2 manusia perlu diajar supaya bersyukur. Kalau diamat-amati, mungkin di negara India sendiri pun orang india tidak akan sebebas ini. Janganlah mementingkan diri sendiri..
kisah ii :
Ini kisah MCA, yang kononnya telah membuat cadangan untuk mewujudkan kertas matematik dan sains bagi peperiksaan UPSR di dalam bahasa mandarin. Wah wah.. seronok benar mendengar permintaan mereka yang berbagai rupa, cara dan warna.. Kalau tidak dipenuhi, kerajaan dan nama melayu yang jadi mangsa. Kalau dipenuhi pun macam membiarkan pihak lain menindas bangsa kita. Kalau semua yang istimewa itu telah dikongsi bersama, makanya tidak ada lagi lah yang istimewa. Kadang2 melayu boleh berlembut, tetapi jangan sampai kita dipijak kepala. Berlembut pun biar lah ada batasnya..
kisah iii :
Kisah iii, adalah kisah kita yang melayu. Tunduk membisu, kaku membatu saja kah yang kita mampu?????????? Jika kita tidak mahu memperjuangkan bangsa, jangan lupa kita masih perlu memperjuangkan AGAMA!!!
3 comments:
Seronoknya baca tulisan Tini.
Tini penuh dgn semangat Jati Diri sebagai seorang Melayu dan wanita Islam sejati.
Teruskan menulis, insyaallah kata-kata Tini akan melembutkan hati-hati yang keras....
Perjuangkanlah agama dahulu, kerana itu pun sudah memadai untuk mempertahankan bangsa.
kak aishah,
memang itu lah harapan.. tulisan kita jadi pedoman dan landasan mata2 yang memandang.. moga yang baik itu kita kongsikan.. untuk penghargaan kak aishah, saya panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran.. syukran jazilan =)
tuan nafastari,
agama tetap dijunjung di kepala, hal dunia digenggam dalam genggaman nyata.. bila2 yang agama itu seperti mahu menggelongsor ke bawah, maka yg dunia akan dilepaskan serta merta untuk menyelamatkan agama..
Post a Comment