Pelajar2 ku telah bercuti untuk sambutan Tahun Baru Cina ini. Selain dari membereskan slaid2 pembelajaran, masa kupenuhkan dengan membaca artikel2 di laman web, menyorot lembaran suratkhabar yang telah lama tidak dibaca dan mencari laman2 web yang menjana minda
Aku sering khabarkan kepada para pelajarku bahawa pembelajaran sebenar bukan hanya setakat di dalam buku saja. Kerana pembelajaran yang di dalam buku itu lebih memerlukan penghafalan dari pemikiran dan pemahaman. Oleh itu, kebijakan dinilai bukan pada deretan A di dalam transkrip mereka. Kebijakan sebenar adalah apabila kita boleh menyingkirkan dari kehidupan segala yang keji dan tercela
Disamping membaca blog2 politik dan bebelan para perayap, aku suka juga membaca tulisan Dr. Asri yang banyak relevennya. Meskipun banyak tulisan dan pandangan beliau dikritik para cendekia, beliau tetap meneruskan jatidiri, identiti dan penulisan yang penuh islamik dan kontemporari. Bagiku, kritikan memang perlu kerana hanya orang lain yang dapat melihat kekurangan sebenar yang ada dalam diri kita
Satu dari artikel Dr. Asri menyebut tentang kepentingan generasi ulul albab. Negara kita hanya akan berjaya dengan generasi akan datang yang tahu berfikir secara matang. Kematangan boleh diperoleh dari pembelajaran, pemerhatian dan pengalaman. Bukan hanya sekadar menerima bulat2 apa jua yang dikahabarkan
Di sini aku petik kata2 Dr. Asri di dalam blognya…
“Apabila kita menyebut tentang pemikiran yang matang dan berkemampuan membuat penilaian yang betul bukanlah semestinya bermaksud pemikiran mereka yang berkelulusan pusat pengajian tinggi. Walaupun itu satu langkah untuk mematangkan fikiran, namun entah berapa ramai yang berkelulusan tinggi tetapi berakal dangkal.
Maka membina golongan Ulul Albab bukan sekadar membanyakkan universiti atau pondok, atau penghafal buku dan matan tanpa kematangan fikiran. Sebaliknya adalah dengan mengujudkan persekitaran negara dan masyarakat, dasar dan falsafah yang membina akal yang matang sehingga dapat membezakan antara yang benar dan salah, antara yang buruk dan baik, antara yang berfaedah dan sia-sia dan seterusnya.
Barangkali pengajian kita lebih banyak menegaskan soal penghafalan fakta, dan kurang pula membentuk kemampuan menilai fakta secara matang dan berprinsip.”
Memang ada benarnya, memperbanyakkan jumlah universiti dan pusat2 pengajian, meramaikan jumlah pelajar yang ‘berpengajian tinggi’ bukanlah satu langkah terbaik untuk melahirkan insan2 dan golongan cerdik pandai. Kita tidak memerlukan ijazah dan pangkal nama yang berjela untuk menjadi seorang insan yang tinggi pemikirannya. Dan bukan hanya tinggi pemikiran saja, bahkan tinggi juga akhlak dan sahsiah hidupnya
Itulah yang kita perlukan untuk menjana negara. Pendidikan tanpa hala tujuan pastinya memberikan kekeliruan. Adalah penting untuk kita kembali kepada matlamat kita; menuntut, memberi, mengamal, mengajar dan menyalur segala ilmu yang ada semata2 kerana agama Allah. Mencintai ilmu, kerjaya, negara dan generasinya kerana Allah jua…
6 comments:
Sangat setuju dengan anda dan Dr. Asri. Ingin saya petik di sini- tulisan Maszlee Malik (Majalah i, Feb 2008, ms 84: "Sesuatu yang tidak difahami oleh warga UK jika kanak-kanak serendah darjah satu menduduki peperiksaan".
Tetapi kita di sini segalanya masih berorientasikan peperiksaan, daripada prasekolah hinggalah ke universiti.
tuan,
-kerana itu ilmu yg ada pada generasi kita se'sementara peperiksaan jua
-bila tamat saja masa periksa, maka disitulah penamat pendidikannya
To' Guru ckp;Orang yang cerdik adalah orang yang ingat pada mati..Saya pun setuju dgn Dr.Asri,berhujah dgn ilmu,bukan dgn 'keras keng'(loghat timur).
-Lutfi
very nice blog.. sejukkan jiwa..
me tumpang lalu jer.. salam ukhuwah..
student saya pun bercuti hari raya cina. Saya dulu semasa sambung master di UTHM byk dapat berbincang dengan dr asri sebelum dr asri jadi mufti, time tu pensyarah usm. Bagi saya pendapatnya byk boleh diterima dan ia releven pda masa kini.
Hartini omar pun minat jadi doktor, saya dulu pun minat sgt tapi pointer rendah di matrikulasi, so dapat buat first degree dalam kursus IT je.
Mohd Najib Hamdan
najib_kp@yahoo.com
apa apa komen emel kan kepada saya
jumpa lagi
askum
tuan lutfi,
-terima kasih krn masih sudi menyinggah
-bukankah bagus jika fikiran2 begini kita perbincangkan bersama
-adakalanya kita terlupa memperkuatkan ilmu agama
-dan 'kelupaan' itulah yg menyebabkan kita terus terlena
tuan yginsaf,
-terima kasih banyak
-jemputlah datang kembali
-teratak ini cocok benar dgn yg mahu menginsafi diri
-salam ukhwah kembali
tuan najib,
-terima kasih juga kerana sudi menjenguk ke teratak buruk saya
-mungkin banyak ilmu2 berguna yg dapat kita kongsikan bersama
-insyallah, sy akan memanjangkan ukhwah jika bertemu kelapangan masa
terima kasih semua
Post a Comment