Wednesday, December 17, 2008

Pena dan tinta




Aku jemu menaip. Aku rindu menulis. Rindu melihat tinta menyerap lembaran2 mukasurat yang putih bersih. Rindu mendakap pena dengan dakapan jari-jari. Lama2 menatap blog sendiri, hati seakan mati

Kosong

Aku jemu menaip. Aku rindu menulis. Ya, itu saja, aku rindu melihat tinta yang hitam warna...

10 comments:

rahimin idris said...

hui, tulisan ko ke tu. cantiknya. tulisan tangan aku dari kecik sampai sekarang buruk je. aku lebih suka taip la jadinya.

Hartini Omar said...

rahimin,

-tulisan aku la tu. terima kasih, segan aku ko puji. tulisan aku mmg berseni. nak kata cantik sgt takdelah. tp aku penah la dapat hadiah pertama menulis tulisan rumi. tp waktu umur 6 tahun la.. haha

thanks singgah laman aku

Ahmad WM Omar said...

Tini, aku sudah faham. Kadang-kadang kita lebih puas dengan menjadi sedikit konservatif, cara lama. Kita boleh membuat ketupat nasi dengan merebus beras dalam plastik, tapi kita rindukan pada aroma anyaman daun pucuk kelapa. Kita boleh menghatar SMS untuk mengucapkan sesuatu tetapi kita rasa lebih puas menghantar kad yang sebenar. Kita boleh melihat gambar dalam HP atau di skrin komputer, tetapi gambar yang dicuci pada kepingan kertas adalah lebih memberi makna.

Kita sudah moden, tetapi komodenan kadang-kadang tidak dapat memberi nilai dan sentuhan rasa yang kita mahukan. Lalu kita menjadi penat... Hey, tetapi hidup mesti terus!

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Sungguh cantik tulisan kamu, amat berseni & tinggi nilai estetikanya. Pena kamu juga cantik! Boleh saya pinjam? Nak belajar kaligrafri...hehehe!

Hartini Omar said...

ahmad,
-kamu seakan memahami apa yg saya rasai. benar, adakalanya kemodenan bagai tak mampu membawa kita ke mana2. sedar2 saya masih berdiri di tempat yg sama, di tanah yg sama...

ishan,
-terima kasih. fountain pen itu bukan pen kaligrafi pun. sekadar pen biasa. masih mencari2 sebatang pen kaligrafi yg berjenama. sukar ditemui..

Aishah Jamal said...

Cantiknya tulisan Tini. Tulisan yang penuh berseni dan tak ramai orang sekarang yang boleh menulis secantik itu.
Kalau nak dibandingkan dengan tulisan akak, he he malunya.. kadang-kadang sendiri tulis lepas tu sendiri tak boleh baca..Ha Ha

Hartini Omar said...

kak aishah,
-terima kasih kak. itu tulisan time mengada-ngada. time nak cepat buruk jugak la jadinya..

terima kasih kak dtg singgah

permatabonda said...

-tulisan tini ni memang cantik dan berseni. Masa kat U dulu, kawan-kawan selalu mintak dia tulis kan bila nak buat kad birthday etc...

peace said...

u know my handwriting... hheee ;-)

Hartini Omar said...

permatabonda my best fren,
-ye ye je.. hehe.. thanks mi

ustazah,
-urs ok laa. kalau jawi lagi lawa.. mine kalau jawi entahlaa.. haha

thanks semua