Friday, December 12, 2008

dan di Baling itu...

Apa agaknya yang mampu kutulis tentang perjalanan ke Baling itu....? Ah, sukar sekali. Kerana terlalu banyaknya yang indah2, seolah bagai tak mampu dicoret tinta. Pekan kecil yang aman damai, dikelilingi bukit bukau yang berdiri permai. Ai, cocok sekali untuk dirakam dalam kamus hidup yang pelbagai. Kehijauan yang memukau pandangan, sehingga terasa tidak mahu lagi aku kembali ke hiruknya metropolitan...

Dan sempat juga aku berjalan di denai2 bendang, menghirup nafas segar yang dikurnia Tuhan. Indahnya ciptaan Yang Esa. Terkadang aku sendiri begitu sukar menghargainya. Dan berdiri di tengah sawah itu, melihat camar yang terbang girang, melihat pepohon yang beralun rendang, awan gemawan yang seperti tersenyum mengucapkan selamat kepadaku, terasa beruntungnya diri diberikan kesempatan ini. Nyata Tuhan masih memberi perhatian pada doa2 yang tak lelah dipohoni...

Dan sebelum berangkat semula ke ibukota, sempat aku membasah2kan diri di kedinginan lata. Mendengar deruan air yang laju menuruni berbatuan, sesekali terasa ngilu menahan sebak perasaan. Indahnya alam semesta yang Tuhan ciptakan buat kita. Namun tetap juga kita mencari dan menciptakan yang lainnya. Manusia... Jarang mengucap syukur, namun terngadah bila tersungkur! Dan semoga perjalanan ke Baling sana mendekatkan diriku pada Pencipta.. Terima Kasih, Allah!

13 comments:

hans said...

yups
Baling memang aman
dan best utk melancong
tapi kalau secara peribadi nak tinggal sana macam tak kena dengan jiwa sekarang
huhu

Mazarina said...

baling?sy hanya penah lalu jer...x penah singgah..

hans said...

maaf..bukan nak comment cuma nak suruh comment entry terbaru saya dkt www.hanspunyablog.blogspot.com dengan sejujur2 tau..hehe

peace said...

bestnya main air

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI...

La, awak pi Baling ka? Awat tak habaq...kalau tak boleh belanja makan. Kat Baling tu mcm2 ada...cuma mak ayah je yg takde kat situ. Kalau nak shopping pinggan mangkuk ke...kuali ke..apa2 je la, kat Baling mmg syurganya. Barang2 tu sume awak boleh dpt dgn harga yg sgt murah. Bkn barang tiruan ye, tapi berkualiti. Lagi satu, ruginya awak tak pi Telaga Air Panas Ulu Legong...best sgt tempat tu...ala2 mcm hot spring di New Zealand. Bila nak berkunjung ke Baling lagi, bagitau la saya...boleh saya jadi pemandu pelancong. Hehehe:-)

Hartini Omar said...

hans,
-secara peribadi, saya mungkin boleh menetap di sana bila tidak lagi bekerja

mazarina,
-tuan patut singgah. terutamanya di pusat rekreasi air panas ulu legong

hans,
-ya, sy sudah komen dgn seikhlas mungkin

ustazah,
-huh, tak dapat diceritakan keseronokan bermandi manda di lata bayu! ;) fantastic

Hartini Omar said...

ishan,
-mesti la saya dah singgah di ulu legong tu. saya siap drive sampai ke tasek pengkalan hulu lagi. jalan lagi sampai ke weng dan sebelum balik singgah di lata bayu.. memang seronok!

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI...

Oo, ya ka! Ingatkan awak tak singgah kat Telaga Air Panas Ulu Legong tu...hehe...sori! Ermm, kalau kamu nak merasai suasana yg lebih mendamaikan dgn kehijauan sawah padi...kebiruan samudera...ketinggian estetika tinggalan sejarah lama dsb, saya cadangkan kamu dtg ke Daerah Kuala Muda, Kedah pula...atau lebih spesifik ke Lembah Bujang, Merbok dan Tanjung Dawai. Di sini kamu akan lebih menemui kedamaian. Tmpt2 ni just nearby my house. Tak sampai 15 minit dgn pandu kereta dlm keadaan jalan yg tidak jem:-)

MAZEMIE MAZ said...

Ketika berdepan dgn banyak keindahan
mata pun kekadang menjadi tak keruan
biarlah fikiran mampu meraih ketenangan....

Hartini Omar said...

ishan,
insyaallah satu hari nanti sy akan ke sana pula. mungkin waktu itu kita boleh bertemu mata sambil makan2 laksa kedah. boleh naa?

tuan mazemie maz,
ketenangan itulah yg saya dambakan. terima kasih menyinggah

Ahmad WM Omar said...

Subhanallah. Saya pun berasa cemburu dengan pengalaman kamu. Hartini, Ishan nampaknya beria-ia ingin menunjukkan keindahan tempatnya kepada kamu...

Hartini Omar said...

ahmad,
-kamu tak perlu cemburu, sebab kamu sendiri boleh mendapat pengalaman yg lebih drpd itu. ya, saya juga suka jika dapat melawat tempat ishan suatu hari nanti, sptmana sy lawati tempat kamu satu masa dulu ;)

Hawa said...

Assalamualaikum...
Saya hawa

Saya Insyaallah akan ke baling Sbb jemputan kenduri sambil2 shopping ..Tq bg info ttg baling ni