Wednesday, January 28, 2009

Lang-kawi


Kami pernah ke pulau itu. Dulu. Mungkin tidak sampai pun dua tahun. Dan aku pernah juga mengirim entri untuk percutian ke pulau lagenda itu. Klik di sini jika kalian berminat untuk tahu. Dan semalam kami pergi lagi ke Langkawi. Menghirup udara segar dari tanahnya yang pernah ketandusan selama tujuh keturunan

Percutian 3 hari 2 malam itu kami rancangkan sebaik mungkin. Papa telah amat terkenal sebagai seorang program planner yang sangat teliti. Selalunya hampir 6 atau 7 bulan sebelum percutian berlansung, segala2nya telah dirancang papa. Beliau bukan seorang lelaki yang spontan. Segala2nya perlu perancangan. Dan untuk percutian bulan 6 akan datang pun, papa telah menyebut2 tentang Terengganu dan pantainya yang indah bertiup bayu. Jadi, kalau punya rezeki, kami bakal ke sana pula pertengahan tahun ini

Langkawi bagai dulu2 juga. Kalau ada pun yang berubah mungkin harga coklatnya yang seakan telah mahal dari lawatanku yang dulu. Kami sempat melawat Kilim geoforest park (terima kasih kepada entri Ishan yang sangat membantu), Langkawi Cable Car, Beras Terbakar, makam Mahsuri, Dataran Lang dan berbagai lagi tempat menarik yang pernah kami lawati sebelum ini. Ini tidak termasuk Underwater World yang sangat membosankan untuk kami sekeluarga. Mungkin acara dan aktiviti di situ perlu dipertingkatkan untuk menarik minat lebih ramai tetamu

Sebelum pulang kami membeli belah seperti biasa di pekan Kuah. Dan banyak kami tinggalkan duit2 ringgit kami di sana (tidak termasuk aku kerana aku memang jarang membeli-belah dengan banyaknya). Aku lebih suka mengambil gambar (bukan bergambar!), lebih suka menghayati keindahan alam dengan pelbagai cara. Berbeza. Dari kebanyakan wanita

Kami sempat ke Pulau Pinang manaiki feri di sebelah malam. Singgah semata2 untuk merasai keenakan nasi kandar Line Clear dan pasembor di Padang Kota, kami bertolak semula ke Kuala Lumpur pada jam 1 pagi, selamat sampai pada jam 6 dan tidur tanpa sedar2 lagi sehingga tiba waktu tengahari. Keletihan maksimum apabila kudrat dikerahkan sehingga ke tahap terhebat. Moga2 percutian kami diberikan berkat dan dipanjangkan muafakat

ww: Percutian mengeratkan anda dan keluarga. Jadi, bercuti sajalah di dalam negara. Segala-galanya ada di Malaysia!

6 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam HARTINI,

Syoknya dpt bercuti ke langkawi...x ajak pun noo;-) Lupa nak habaq...nasi kandaq / biryani kat Restoran Kapitan lagi sedap dan mantap drpd kat Line Clear tu. Tapi entah mcm mana, Line Clear tu jadi tersangatlah famous...sampai satu Malaya tau. Apa pun...saya tak suka sgt makan kat Line Clear tu sbb kelihatannya LINE-nya TAK BERAPA CLEAR sgt...hehehe!

Hartini Omar said...

ishan,
-ya benar sekali. line di kedai tu memang tak berapa nak clear saya tengok. kedainya agak sempit dan padat, berdiri di celahan kedai2 nasi kandar yang lain. tak apa lah, yang penting saya mencuba

nanti lain kali saya singgah di sg. petani ya ;)

Mazarina said...

lame x dtg sinih...bestnyer p bercuti....

Anonymous said...

wah...bercuti sakan nampak...

Bila Diary Bercerita said...

Seronoknya bercuti...
akak pernah kesana dulu sewaktu anak-anak masih kecil. Bila tengok gambar-gambar tu terasa macam nak kesana semula.

Hartini Omar said...

mazarina,
-ya, lama kamu menghilang. kamu cukup beruti tak? terima kasih menyinggah

ustazah,
-takd lah sakan sangat sebenarnya.. ok ok je la

kak aishah,
-datang la lagi kak, cumanya langkawi tetap sama lah.. tak ada apa yg berubah