Thursday, May 14, 2009

Ada apa dengan...

Aku tak nak lah paksa kalian tonton cerita ni sampai mati2 nak membeli. Tapi kalau2 terjumpa kat atas rak CD rumah makcik, kat dalam bakul kaset rumah kawan, kat dalam album movie rumah pak sedara, atau kat dalam kotak lama rumah member, pinjam dan tontonlah secara percuma. Kalian akan tahu "ada apa dengan cinta--------- PERTAMA!"

Huaaarrghhhh....... Walaupun cerita budak2, tapi dialog2nya matang. Penceritaannya hebat dan terangkat! Kredit la bila cerita2 simple macamni boleh buat aku cair hati.. Tabik!

ww: aku pun tengok free malam td. Kat tb8. Simple, tapi betul2 terkesan. Kira oraitlah, sekadar buat hiburan. Layannnn...

12 comments:

Seorang Bukan Sasterawan said...

sy setuju dgn kamu..serasanya sy sudah menontonnya lebih 5 kali.Cuma sy malu kerana tewas dengan budak itu yang berusaha berhabis-habisan demi cintanya..

ZULKIFLI MOHAMED said...

Salam Hartini,

lama sekali aku tunggui puisimu di laman yang lagi satu ...

Hartini Omar said...

tuan yang bukan sasterawan,

kalaulah benarlah ada lelaki yang tinggi usahanya seperti budak itu, saya sendiri takkan ragu2 membalas cintanya. ayuh kembali menulis, saya teringin mahu membaca cerita saudara

tuan zulkifli,

butir kataku bukan untuk ditunggu. aku malu sebab aku bukan penulis yang maju sepertimu. aku menulis dengan hati yang kadangkala terbuka, kadangkala terkunci. ya, dan hingga hari ini, aku tak dapat menulis barang satu puisi pun lagi. terima kasih mengingatkan aku pada seniku

terima kasih kalian berdua

drlola said...

i saw that movie on tv8 tu. mule2 flip channel je. lame2 tersangkut tengok. sweet and kelakar tgk telatah budak tu hehe

Hartini Omar said...

Dr.,
-kita pun mula2 flip je, tak sangka melekat terus. yup mmg kt setuju. seeeeeettt dan klakar!

eh, mana janji2 manis nak lepak2 bujang? hehehe

cikgubad said...

Tini,

Cuba pula dengarkan lagu Tak Seindah Wajah dendangan S.M. Salim..Bukan tema cinta tapi tentang budi.

Karya klasik yg menyentuh.

Saya akan cuba cari cerita saran Tini itu.

Hartini Omar said...

cikgu,
-malu pula saya. movie tu lebih sesuai ditonton anak2 cikgu kut, berbanding cikgu sendiri

lagu tak seindah wajah itu telah pun saya masukkan dalam entri beberapa tahun lepas. ya, butir liriknya berjaya menyentuh sanubari saya

terima kasih cikgu krn menyinggah

cikgubad said...

Tini lebih dulu 'menikmati' lagu itu. Saya baru je terjumpa lalu muat turun dari library terbesar dunia ni.:)

Saya memang terkesan dgn lagu tersebut. Maka - apa lagi - kongsilah pula dgn pelajar2 saya. Tapi tak semua yg suka bahkan diketawa pula..'cikgu ni tangkap jiwang pula!'

Benar memang ada persamaan antara kita. Pengalaman dalaman, lagu dan hobi. Kita berada dan wujud sbg satu komuniti yg sama di alam maya ini.

Tentang movie tu saya tak kisah tema dan bikinannya utk sape, asalkan ada mesej dan digarap dgn baik maka ia 'movie' sayalah juga tu. Nak2 jk ia 'based on true story'.

Tini dah tengok yang lain spt Kite Runner dan Evelyn ?

Saya juga jurugambar amatur. Saje je beli yg canggih..yalah bila ada duit sikit kita belilah ikut citarasa kita..:)

Anonymous said...

eh.. samelahhh.. samelah kite.. mmg tgh bosan malam tuh, tukar channel last2 nampak budak ni pelakon zathura.. igtkan cerita kanak-kanak kelakar ke, so ok la kot, need sumthing to lough at pun... tapi dah lama2 baru perasan mesej nyer agak dewasa cuma dipertontonkan dari perspektif kanak-kanak....

tp mmg best la... tergelak besar part die konfiden bleh patahkan papan tuh, tapi turn out tgn die yang patah...! pastu nangis kuat2 atas katil lepas marah2 aweks die tak tentu pasal..!! dah lama tak nangis camtuh! nak je aku nangis cenggitu tensen2 kat opis...
waaaaa!!!

moralnya sungguh mendalam, simple tapi susah nak buat... "LUAHKAN RASA CINTA ANDA, USAH DIPENDAM2!

nak cari la cd die!

Aku: nak luah kat sape?

-atbk-

hartini omar said...

razz,
-kalaulah meluahkan tu semudah menyuap makanan, dah lama agaknya saya makan 'berdua'.. hehe

Aku: nak tunggu siapalah agaknya yg sudi luahkan perasaan..

cikgubad said...

Saya baru nonton Little Manhattan (berjaya download dr internet). Sahih - cerita budak tapi jiwa org dewasa.

Fitrah cinta..lebih tulus jika diucap dari budak2. Fikirannya lurus. Perasaannya lebih jernih.

Ah kan elok jika kembali menjadi budak kecil yg membesar dgn kasih syg ibu ayah yg beriman. Tidak perlu mencari kasih syg yg lain.

alexis said...

miss,saya bangga jadi student miss,picture yang miss tangkap cantik ..fuhh!!..memang cantik..