Monday, June 07, 2010

Tahun ke-4

Semalam 6/6/2010. Sedar tak sedar blog ini dah masuk ke tahun yang keempat. Kalau tengok2 balik, dah banyak yang aku tulis. Dari belajar di tahun kedua di UIA dulu, sampai lah dah bertugas selama dua tahun setengah di Masterskill ni. Kalau seorang pembaca itu membaca dari mula, maka akan tergambar lah setiap denyut kehidupan aku yang berputar dari satu episod ke episod yang lainnya. Sampai bila? Mungkin sampai tuhan mencabut nyawa

Aku tahu Ceritera ini sudah tidak ramai yang mengunjunginya. Aku maklum, sebab aku sendiri pun jarang nak menulis sekarang. Tak macam dulu2. Tambahan pula dengan wujudnya Facebook, masyarakat tak lagi memandang blog, lebih2 lagi golongan belia. Siapalah yang mahu membuang masa membaca ayat yang meleret2 dan karangan yang berjela2. Masyarakat berubah. Entahlah ke arah jaya atau sebaliknya

Tapi buat pembaca yang tetap setia, yang kadangkala menyinggah tanpa jejak dan nama, untuk kalian aku doakan bahagia. Untuk aku, diriku dan blogku, kami telah terkonstruk, telah terstruktur dan tidak atau sukar sekali untuk diubah dan berubah. Jika kalau tidak dengan alasan dan hujjah yang paling munasabah. Aku tetap aku. Konservatif, unik dan jitu

2 comments:

hans said...

uish
tak kerana anda sis
mesti saya tak semangat nak berblog
sebab anda adalah antara orang pertama yang komen my 1st entry

p/s : Rajnikanth Pun Ada Klon Sekarang http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/bukan-setakat-michael-jackson-jer-ada.html

* Mawar Nafastari * said...

happy birthday "hartini omar"

:)